Wednesday, November 23, 2011
Nukilan Yang Tak Berapa Nak Jiwang
Dulu...
Dalam hidup...matlamatku hanya satu...
Aku mahukan kehidupan yang sempurna
Dan apakah definisi sempurna bagiku?
Aku hanya mahu berjaya dalam hidup
Pelajaran yang terutama
Keluarga sentiasa didahulukan
Aku tak pernah terfikir untuk mencari teman istimewa
Kerana aku percaya,
Tiba masa dan waktu, si dia akan muncul juga
Bahkan aku percaya
Mungkin aku akan terima sahaja si dia
dan kami akan bercinta selepas berkahwin
Tetapi nyata...aku tersilap...
Selepas peristiwa itu...aku sudah tersedar dari lena
Nampaknya,
Bukan mudah untuk aku menerima orang asing dalam hidupku...
Sekarang,
Sudah jelas bagiku
Aku amat takutkan perkara yang tidak pasti
Aku yakin,
Aku takkan dapat menerima orang asing begitu sahaja
Kerana aku tahu,
Mungkin si dia akan terkejut dengan sikapku yang sebenar
Dan aku tidak yakin
Jika si dia mampu menerimanya
Jika si dia mampu menerima kehidupanku yang serba serbi pelik ini
Dan aku amat yakin
Hanya yang betul-betul boleh menerimaku seadanya
Dialah yang layak bagiku
Oh,
Bukannya aku memilih
Jauh sekali untuk aku menolak takdir
Ku rasa, biarlah keadaan kekal begini
Untuk sementara waktu...
Sebelum aku benar-benar bersedia
Menerima kehadiran seorang lelaki ajnabi
Buat masa ini,
Matlamatku hanya satu...
Hidupku dan keluargaku
No comments:
Post a Comment