Monday, October 31, 2011

My Quote - What You See Is Not Always What It Is


This is my favourite quotation when I get mad of people who think they know about my life. It's simple. What you see is not always what it is.

Do you think what you see is what I am? Oh no no...

Please, don't think you see me like this, then, you think I AM LIKE THIS!

There's so much more of myself that I don't have to show to you.

At least, I know myself better than you.

Yes, I totally cannot accept your words of wisdom. Thank you but just keep it to yourself.

I'd rather listen to my mother's nag than to your few words of wisdom.

Movie Review - 2 Alam (2010)


2 Alam? Apa sebenarnya maksud 2 Alam? Apa maksud dia sebenarnya?

Itulah yang aku tertanya-tanya dan sebenarnya aku nak tengok sangat cerita ni masa dia keluar tahun 2010 dulu.

Lepas tu, banyak giler kontroversi cerita ni sebab penerbit dia, Dr Rozmey cakap cerita ni bakal pecah panggung hingga RM40 juta.

Jelas sekali, dia mendapat kritikan yang sangat sangat hebat dan dahsyat dari semua orang terutamanya pihak media.

Disebabkan itulah, dari aku nak tengok tak jadi nak tengok. Tapi akhirnya, baru-baru ini aku dapat tengok jugak kat youtube hahaha.

Tak perlulah aku nak cerita kronologi cerita dia kan...nanti pandai-pandailah korang tengok sendiri. Aku cuma nak komen dari segi sinematografi jer (eh, betul ke apa aku tulis ni? ah, lantaklah)

Meh, aku nak cakap ikut nombor:

1. Mula-mula sekali, aku tak suka orang yang nyanyi lagu Salam Terakhir tu...sebab aku peminat Sudirman. Jadi, aku rasa tak boleh nak terima orang lain nyanyi lagu dia (macam main-main jer)...dan yang paling mengejutkan, orang tu adalah penyanyi terkenal!

2. Aku tak suka muzik dia yang macam seram masa babak yang ada jenazah tu. Aku rasa tak kena sangat muzik tu dengan cerita ni. Tapi, sebab nak tahu kenapa, aku pun tanya ngan encik google. Oh, rupa-rupanya genre dia cerita seram. Tapi aku rasa cam tak kena kot. Maybe kalau dia cakap lebih kepada keinsafan dan muzik dia kena, baru ok!

3. Macam tak logik pulak, pondan tu boleh jadi penyanyi terkenal. hadoi hahaha...seriuslah. Kalau cakap pelakon ke, maybe acceptable kot.

4. Ada babak yang macam tak perlu ada pun. Contoh, flashback lepas si Amy masuk surat khabar (pengakuan: saya lelaki). Tak taulah sebenarnya dia menyesal ke apa...

Okey okey...macam tak adillah pulak. Asyik kutuk jer kan? Confirm korang dah meluat baca komen kat website lain pasal movie ni. Semua mengutuk cerita ni! Seriuslah weh...kenapa asyik nak kutuk jer? Inilah orang kita. Asal ada orang nak cipta kejayaan, dikutuknya habis-habisan. Bukannya nak tolong orang yang baru nak naik ni.

Waaahh, habislah aku kena fire lepas ni sebab back-up Dr Rozmey tapi sebenarnya kan, cerita ni SANGAT BEST!!!

Cuba, cuba korang letak tepi semua elemen sinematografi yang aku cakap kat atas tu. Tengok pada jalan cerita dia...aku pun boleh rasa insaf tengok cerita ni tau tak...

Yerlah, babak kat katil tu memangla tak perlu. Tapi tengokla kat babak jenazah tu. Ada banyak pengajarannya. Apa dia? Malas aku nak tulis. Tulis panjang2 tapi kalau tak hayati jugak cerita tu, tak guna jugak.

Opss...sorry. Jangan marah kalau aku terkasar bahasa. Tapi, korang faham tak apa konsep 2 Alam tu? Satu alam masa dia hidup. Satu lagi lepas dia mati.

Oh, korang kutuk2 sangat sebab takut dengan bayangan dosa sendiri ke?

Huwaaahh...panas nih. Memang panas! Yerla, aku pun ada dosa. Sebab tu aku cakap aku rasa insaf tengok cerita ni okey? Dia mengingatkan kita pada kematian.

Janganlah sebab Dr tu nak bangga diri yang cerita dia boleh pecah panggung, korang tak nak tengok langsung nilai yang ada dalam cerita ni?

Well, well, sebenarnya rasa nak tulis banyak lagi tapi takut korang dah penat nak baca.

Jadi, apa kata korang tengok dulu cerita ni dan mari kongsi apa pendapat korang?

Rating: 6/10



Movie Review - Real Steel (2011)


I just watched this movie at the cinema.

Well, actually I'm not really into action movie BUT then I heard everyone was talking about this movie and they really liked it. So, I decided to watch it too (after a few months not going to cinema).

At first, I thought the starting was not very interesting. Well, maybe because I was tired and sleepy. But then, the story developed very well.

I really LOVE that kid namely Max or his real name Dakota Goyo (you can read about him here) because he is very sweeeeeeeeettttt!!!!

Well, seriously...you got to watch this movie!

It makes you want to box too hahaha

Rating: 9/10


Wednesday, October 26, 2011

Jualan Gudang Kumpulan Utusan 2011


Hai!

Kepada mereka yang gilakan buku, ada berita baik!

Kumpulan Utusan sedang mengadakan jualan gudang untuk buku-bukunya.

Maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh : 21 - 30 Oktober 2011
Tempat : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, No. 1 & 3, Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Kuala Lumpur
Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang


Sorry sebab lambat bagitau. Terlampau sibuk minggu nie. Apa-apa pun, masih sempat untuk anda pergi dan melihat-lihat ^^,



Aku Tak Suka Jumpa Doktor Gigi!!!


Betul! Kalau dari dulu, masa aku kecik2 lagi, bila ada soalan:

"Perkara apa yang paling kamu takutkan?"

Aku akan jawab dalam hati, sorang2:

"Jumpa doktor gigi!"

Kenapa? Sebab aku paling takut nak cabut gigi. Sebab aku terlampau takut, selalunya mak aku yang akan cabut gigi aku. Tapi sebelum nak cabut tu, punyalah aku meraung, menangis, dengan air mata membasahi pipi (hahaha)...barulah mak aku dapat cabut jugak.

Betul betul betul. Aku takut sangat nak jumpa doktor gigi a.k.a dentist.

Tapi semalam, sebab gusi aku dah bengkak, aku ingatkan sebab ada serpihan gigi susu yang sebabkan bengkak, NAK TAK NAK terpaksalah aku pergi jumpa jugak.

Setelah sejam menunggu (sebab kat luar ribut, system down), aku dipanggil masuk.

"Apa masalah awak?"

Doktor tu tanya. Macam garang je bunyinya. So, aku pun bagitaulah konon ada gigi lain kat gigi geraham aku. Dia pun check.

"Ni bukan gigi lain ni. Gusi awak bengkak sebab ada makanan tersekat kat situ. Awak tak flos gigi?"

Dia tanya lagi dengan nada yang garang.

"Alamak, kantoila pulak."

"Ni, nampak ada makanan?"

Dia tunjuk kat aku. Masa tu aku dah nampak darah. Ah, sudah!

"Gigi awak ada karanglah. Saya cucilah."

Dalam hati aku, okey. Macam mana dia nak cuci ni? Sekali.....

jeng jeng jeng

bbbzzzzzzzz....bunyi mesin dia.

ALAMAK! NGILUNYA! Sakit jantung aku dengar bunyi mesin tu.

Pastu aku rasa nak lari tapi tak boleh. Terpaksalah aku tahan bunyi mesin tu. Rasa ngilu tu rasa macam nak pecah jantung aku aaaarrrkkk....

Bukannya sakit pun masa dia cuci gigi tapi sebab aku ngilu sangat, aku hanya mampu tahan jer lah. Pegang tangan sendiri kuat2 sambil2 fikir:

"Apalah dosa aku..huhu. Bila nak habis ni?"

Lepas beberapa minit, akhirnya selesailah proses yang menyakitkan 'jantung' itu. Aku bangun jer dari tempat duduk, dia suruh berkumur.

ALL I CAN FEEL WAS BLOOD!
Aku ludah jer, sumer keluar darah!

Darah lagi, lagi darah...

Pastu, aku cakap terima kasih. Aku jalan keluar, terus pergi toilet. Ludah, keluar darah lagi huhu

Eh, aku bukan nak takutkan korang! Jangan salah faham yer...Aku cuma nak cakap, rajin-rajinlah jaga kesihatan gigi kita. Dan jangan lupa flos gigi.

Jangan jadi macam aku, gusi bengkak sebab ada makanan. Pastu ada karang gigi lagi. Yerla, aku kan takut jumpa doktor gigi, dah lebih 5 tahun aku tak servis gigi hahaha...

Yang penting, sekarang:

GIGI AKU DAH BERSIH GILER! Gusi pun tak bengkak dah...

psst..kalau korang student uitm, baik pegi check gigi and cuci awal2...semua free oooo...jangan tak tau pulak. Rugi kalau tak guna peluang nie...

Friday, October 21, 2011

Mimpi Indah - Sweet Dreamzzz


Sebenarnya dah 2 minggu aku sibuk kat fakulti sebab tolong pensyarah nak propose program baru. Serius, memang banyak giler keja. Hari2 keja dari pagi sampai petang. Semalam lagi penat sebab aku pi awal.

Balik umah, tunggu Maghrib. Pastu terus pengsan hehehe.

Pastu aku pun mimpi. Kalau aku tido, memang selalu mimpi. Tak sah kalau tak mimpi. Tidur dalam bas ke, dalam kelas ke, sumer mimpi hahaha.

Tadi, mimpi aku ada banyak episod. Mimpi punya mimpi (yang aku tak ingat dah apa dia), tiba-tiba sampai satu episod aku ngah melambai kat sorang lelaki (kononnya boyfriend akula dalam mimpi tu).

Masa tu lebih kurang aku kat jeti. Dia baru naik bot nak pegi mana entah. Kiranya aku say goodbye lah.

Pastu, aku nak baliklah. Aku nak langkah dari jeti tu, aku berpaut pada seseorang (sebab tebing tu tinggi)...

jeng jeng jeng...

Aku tengok kaki dia. Aku tak tengok muka dulu. Yang aku ingat, dia pakai seluar putih, baju putih. Then, aku angkat muka.

"Eh, N!"

Dia sambut tangan aku, tolong aku naik, dia senyum tengok aku.

Aku pun konfius. Tadi boyfriend aku baru pegi, tetiba aku dah jumpa dia pulak.

........

End of mimpi aku.

Hermn, aku tak tau kenapa tapi aku rasa macam mimpi tu satu petunjuk pulak kat ak. haha. Sebab sebelum tido, aku mmg tak teringat kat sesapa pun. Lagi2 bila aku sibuk lately macam ni.

Yang pasti, sedikit sebanyak aku rasa bahagia jumpa N dalam mimpi hahahaha...

Tuesday, October 18, 2011

Pizza Hut (Versi Bagus)


Kali ni aku rasa bertanggungjawab pulak nak bersihkan nama baik Pizza Hut selepas luahan hati aku dalam tulisan sebelum ni. Bagi mereka yang tak pernah baca lagi entri sebelum ni, sila buka kat sini.


Bukannya apa, aku cuma nak cakap, ada tempat yang bagus dan ada tempat yang teruk.

Jadi, aku nak cuma nak bagitau ada satu tempat yang memang aku puas hati sangat bila pergi makan kat sana. Nak tahu kat mana?

Pizza Hut KLCC!

Amacam? Ada orang dapat layanan buruk tak kat sini? Sebab layanan yang aku dapat memang BAGUS lah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain yang aku tak puas hati tu.

Lagi satu, kitorang order Pizza Hut yang 10 layer tu kan, memang banyaklah topping dia. Puas hati makan. Kalau kat Seksyen 7, inti tak banyak. Makan tepung jer rasa huhu.

Kesimpulannya, nak makan Pizza tengok tempat dulu heeeheee....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts