Wednesday, October 5, 2011

Nak Makan Pizza? Tengok Tempat Dulu...

haaa...sekarang ada trend terbaru kalau aku dan kawan2 nak makan Pizza (Hut). Kenapa?

SEBAB:

Ada tempat yang layan best dan ada yang memang TERUK la

Sebelum aku terus menulis, aku nak puji dulu Pizza Hut yang memang ada servis yang bagus macam yang ada di Kuala Terengganu, Tesco Shah Alam, Plaza Masalam...

Tahniah diucapkan sebab dapat layan pelanggan dengan baik.

TETAPI ada satu tempat ni, memang dari dulu lagi, dari masa aku ngah wat degree lagi, memang layanan dia TERUK GILA!

yerla, tau la kan tempat tu student selalu pergi. So, dia layan tak layan je bebudak yang nak makan Pizza neh. Kalau family yang pergi, bukan main baik lagi kan layan...

MASALAHNYA:

Kitorang bukannya takde duit nak bayar! Kalau takde duit, takdela kitorang nak pergi makan Pizza tuh! Dahla SERVICE CHARGE and GOVT TAX mahal nak mampos!

Weh, sedarlah sikit yang pelanggan jugak bayar gaji korang. Kalau customer tak puas hati tapi diorang still bayar service charge tu (which is no choice), korang agak-agakla kan:

HALAL KE DUIT YANG KORANG DAPAT TU???

(hermn...siapalah aku untuk cakap duit gaji korang halal ke haram kan? cuma aku nak mengingatkan)

back to the topic...

korang nak tau tak tempat yang aku maksudkan?
(sebelum tu, bukan niat aku nak burukkan ya tapi ini cuma satu teguran)

Pizza Hut kat SACC Mall, Shah Alam!

Kalau student UiTM dan Unisel mungkin biasa kan? Amacam layanan? Mungkin korang dapat layanan baik tapi aku selalu dapat layanan teruk.

Kenapa aku pergi lagi walaupun dilayan teruk?

Sebab aku berfikiran positif. Aku fikir mungkin diorang dah berubah. Mungkin pekerja dah berubah. Mungkin juga layanan akan berubah.

TAPI TIDAK SAMA SEKALI!

Baru dua hari lepas, aku pergi lagi lepas dah berbulan2 aku tak pergi. Kronologi kisahnya:

1) Sampai. Cari2 tempat duduk. Meja kosong tapi takde pinggan mangkuk sudu garfu. Aku ambik sendiri menu sebab nampak macam takde orang.

2) Dah decide nak makan apa, takde pulak staff. Nak tekan, baru perasan benda nak tekan2 tu takde. Pindah meja. Ada satu keluarga baru sampai sebelah kitorang. Tadi tak duk situ sebab kotor.

3) Sekali kitorang dah pindah meja, tekan CALL. Staff datang tapi ambik order keluarga tu dulu. Pelik tak?

4) Okey. Sampai turn kitorang. Rasa nak makan pasta. "Hari ni semua pasta takde. Ada pizza je." Ok. Aku mintak lasagna. Mujur ada.

5) Belek ke belakang menu sebab aku tak nak air Pepsi. "Air ni semua takde. Ada soft drinks jer." Pulak dah... Geram, kawan aku tanya: "Ada function ke?" Rupa-rupanya memang ada function.

Tapi korang pelik tak? Kenapa kalau ada function, semua orang lain takleh nak order apa diorang nak dari menu? Kalau ada function, tambahlah jumlah makanan, kan? (Memang senang aku cakap, tapi kalau nak buat bisnes, buatlah betul2)

6) Okey. Aku mintak 7Up jer. Bila semua makanan kitorang sampai, tiba2 breadstick kena tukar jadi garlic bread. Dahla masa hantar tak bagitau pon kenapa. Bila tanya baru nak cakap breadstick dah habis. Dahlah ganti jadi kurang dari yang sepatutnya...

7) Aku cakap kat kawan2, sabar2. Tup tup...sekali kitorang ternampak pekerja yang layan kitorang tadi duk bawak air yang KONONNYA TAKDE tu! Hah??????

WHAT THE HELL IS GOING ON!!!????

Tadi cakap takde air tu? Sekali dia yang bawak keluar kepada pelanggan lain yang datang sebelum dan selepas kitorang. Weh, ko ingat kitorang tak nampak ke apa kau bawak tu?

Ya Allah! Aku tak tau dah nak cakap apa. Pelik memang pelik.

8) Akhir sekali, dah kenyang (walaupun sakit hati), tiba masa nak bayar. Kalau nak panggil, tak tau la zaman bila nak datang kan..So, kitorang terus pergi kaunter. Ada sorang ni, dah tengok kat kitorang tapi dia buat tak tau jer..Dekat 5 minit jugakla duk berdiri depan kaunter tu...

TAK NAK DUIT KE???

Adoi...aku tak faham lah apa yang diorang ni fikir sebenarnya. Orang nak bayar pun buat tak tau? Kalau dalam game Burger tu, lambat ambik bayaran, customer blah jer terus..hish

So, kawan2...bermula hari ni dan seterusnya,

I BAN PIZZA HUT SACC MALL

(cakapla apa korang nak cakap tapi aku tak nak bayar SERVIS YANG TERUK)

4 comments:

Kongsi Apa2 Aje said...

salam BW
mekasih coz singgah di blog kongsi yer

setuju ngn awk. kita ada hak. kan kita sebgai pembeli. dorang patut bg layanan sebaik mgkin

tang function tu lak. dh thu ada function..knp tak buat menu lebih kan..bt byk pun apa salah..org len p xkan nak mkn angin jer..

sekadar pendapat peribadi (^_^)

Aziemah Gekozen Great Eastern Takaful said...

yep...betul pendapat awak tu ^^

tiadanama said...

samalah dengan saya. Time tu outing nak makan. sebabkan saya ni budak sekolah aje, diorang buat macam saya ni budak2. Staff Pizza Hut siap jegil bijik mata dia.
Dahla tax tinggi nak mampos. Biarpon saya budak sekolah, saya still ada duit nak makan kat situ. Diorang ingat budak sekolah poket kering memanjang? Mak bapak kitorang bagi duit saku la. Respect la customer.. bila customer lari.. kau promote beli 1 percuma sepuluh pon orang tak datang la.

Aziemah Gekozen Great Eastern Takaful said...

haaa...betul tu Anis Suraya. kalau budak 'besar' ni pun dia x berapa nak layan..budak sekolah lagi la...uih, kalau tempat tu teruk, takyah pi jer. buat promosi free semua pun belum tentu orang nak pi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts