Hari ini aku ke kedai atuk dan nenek lagi. Terpaksa, mungkin. Aku perlu menyiapkan jahitan tangan pada baju yang sudah nenek sediakan. Dalam keterpaksaan, aku berasa agak gembira kerana aku tahu, inilah sahaja peluang untuk aku meluangkan masa bersama mereka. Siapa tahu, ke mana lagi aku akan pergi selepas ini...
Haih...hatiku mengeluh. Bila la nak cari kerja ni? Aku bermonolog sambil menjahit. Aku sedar, sangat sedar yang keputusan cemerlang tidak semestinya menjamin pekerjaan untuk aku. Untuk itu, aku sangat takut, tapi aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan...
Aku memandang nenekku yang sedang tekun menjahit. Usianya sudah melangkaui 60 tahun, tetapi dia masih tekun bekerja. Katanya, sudah tiada rakan seusianya yang masih menjahit. Dan yang paling menakjubkan, dia tidak memakai cermin mata sewaktu menjahit! Aku sungguh kagum melihat semangatnya...
Dia sudah lama menjahit. Dari zaman anak dara lagi, tetapi dia tidak pernah bosan dengan kerja itu...Bukan itu sahaja, nenekku ini juga pernah membuka kedai makan yang sangat dikenali di tempat aku. Masa itu aku masih kecil tapi aku masih ingat dengan kemeriahan kedai makan yang diusahakannya bersama atuk. Kedai sudah dibuka sebelum azan subuh berkumandang lagi, dan walaupun baru pukul 6 pagi, sudah ramai pelanggan yang bertandang. Begitulah meriahnya kedai atuk dan nenek aku.
Atuk pula, tidak pernah merungut. Malah, dia sangat gembira untuk duduk di kedai runcitnya sepanjang hari. Aku tak pernah dengar jika dia ingin berhenti berniaga walaupun usianya sudah hampir 70 tahun. Dia masih gagah berdiri, mengangkat dan menyusun barang-barang di dalam kedainya. Walaupun pendapatannya sekarang tidaklah seperti dulu, tetapi atuk masih setia di dalam kedainya.
Atuk dan nenek hanya bercuti sehari dalam seminggu, hari Jumaat. Walaupun bercuti, mereka tidak akan duduk goyang kaki sahaja. Pastinya ada sahaja kerja mengemas yang dibuat. Menyapu di halaman rumah, di belakang rumah. Kadang-kadang atuk pergi menjenguk kebunnya. Begitulah tekunnya mereka bekerja.
Jarang aku lihat atuk dan nenek tidur semula selepas waktu Subuh. Awal-awal pagi lagi air sejuk pasti menyentuh tubuh tua mereka. Padahal aku pula sebaliknya. Selalu sahaja tidur sampai tengah hari. Apalah nak jadi...sudah berbuih mulut mama menasihati aku tapi aku tidak mengendahkannya...mengantuk sebab tidur lambat..ish ish
Diam-diam aku selitkan dalam hati, aku mesti berubah! Aku malu pada atuk dan nenek. Walaupun pelajaran mereka tidak tinggi, tetapi mereka sangat gigih berusaha dalam hidup. Oh, Tuhan! Bantulah aku supaya aku dapat mengharungi hidup yang semakin sukar ini...
Monday, June 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Hai semua! Haa...kepada kaum wanita, mesti biasa pakai lipbalm atau lipstik kan? Kebanyakan orang yang tak pakai mekap pun mungki...
-
KEBAIKAN atau * KEBAIKKAN? KEBURUKAN atau * KEBURUKKAN? KEMASUKAN atau * KEMASUKKAN? Sebagai ahli bahasa, saya rasa sangat geram bila bahasa...
-
Hai, terima kasih sebab buka post ini. Dan tahniah diucapkan sebab nampaknya anda mahu belajar. ^^, (Nota: Post ini akan dibuat dalam bahasa...
-
Hai semua! Mesti korang pernah nampak produk ni kan? Kalau yang biasa pegi Watsons tu mesti ada. Haaa...kali ni aku nak kongsi a...
-
AMARAN! Saya bukan jual produk kecantikan. Saje nak share pengalaman saya sendiri. Sama macam ramai orang lain, saya salah seorang yan...
-
Hahahahahaha....pelik tak soalan aku kali ni? Pernah tak korang rasa dianiayai diri sendiri? Maknanya, lebih kurang badan korang sabo...
-
Aku tau, ramai orang hairan kenapa aku boleh tahan tak tidur waktu malam. Nak tau tak, aku sendiri pun hairan hahaha... Bila fikir-fikir b...
-
haha...pesal tetibe plak tajuk aku nie? ada pape ke? xderlah...sebenarnya da lama ada idea nak tulis menda nie, cuma belum berkesempatan lag...
-
Waaaahhh! Dah lama rasanya tak pergi Langkawi! Kali terakhir aku pergi sana 6 tahun lalu. Tahun 2004. Masa tue aku pergi untuk Wilderness Ad...
-
Dah lama sebenarnya nak tulis pasal kucing...tapi terpaksa tangguhkan sebab internet lambat. Sekarang dah ada internet laju, bolehlah letak ...
No comments:
Post a Comment