Thursday, January 12, 2012

Perkataan Hari Ini: Jangan Tegur!

Semua orang ada kegemaran dia sendiri. Betul tak?

Cuba fikir betul2. Mesti ada benda yang korang suka sangat buat.

Sekarang dah pasti apa perkara yang korang suka tu? Okey, mari aku bagi contoh.

Korang suka sangat makan.


Bayangkan, korang tengah happy menghadap makanan. Baru rasa nak enjoy makan nie, tiba2 ada orang tegur:

"Hish...suka sangat makan!"

Haaa...rasa2nya terbantut tak selera makan korang? Kalau tak, aku memang tabik la pada korang. Tapi kalau aku, memang tersentapla weh.

Apa hal? Suka hati orangla nak makan ke tak nak makan. Bukan pakai duit kau pun. Betul tak?

Okey...contoh seterusnya. Apa ek aku nak bagi contoh? Seboleh-bolehnya aku tak nak bagi contoh yang aku baru alami. So, contoh yang ada kat sini hanya perumpamaan kepada apa yang aku baru alami. Okey.

Contohnya korang suka sangat baca buku. Terutamanya buku komik atau majalah.


Bayangkan, tengah syok2 baca, kawan korang pun tegur...

Mula-mula tak dengar sebab tengah pakai headphone. Korang pun susah-payahla pause lagu dan bukak headphone korang tu. Pastu korang tanya:

"Apa dia?"

"Suka sangat baca komik. Bawak2 la baca buku rujukan ke, kamus ke...blabla"

Korang bayangkan apa rasanya? Dahlah tengah syok feeling2 kelakar baca komik, tetiba nak kena dengar syarahan free? Sentap weh. Apa? Ingat orang yang baca komik ni tak boleh dapat Anugerah Dekan ke? Tak boleh dapat straight As? Bukannya korang tak study langsung. Kadang2 nak berhibur apa salahnya?

Ish...hati aku meronta-ronta nak cerita apa aku alami tadi tapi tak boleh aa beb. Kena jaga sensitiviti masyarakat sekeliling aku. Kang tak pasal2 ada lagi orang bergaduh kat blog aku.


Jadi, aku cuma nak cakap, pada sesiapa yang rasa ringan mulut tu, tak payahlah nak tegur2 orang. Kalau tegur benda yang berfaedah tu betul jugak. Contohnya nak suruh solat ke, mengaji ke, betul jugak....tapi kalau nak tegur pun biarlah dengan cara yang berhemah. Jangan menyakitkan hati jer kerjanya. Kang tak pasal2 ko tegur, lagi orang tu malas nak solat. Tak ke naya?

Orang macam aku ni memang tak boleh ditegur. Benda yang simple2 pun tak boleh. Sebenarnya, aku lagi tak boleh orang tegur benda yg simple2. Aku rasa darah aku boleh menggelegak tetiba jer. Sorrylah weh, aku memang sentap kalau orang nak tegur2 neh.

Telemovie Review: Pintu Sakaratul Maut (2011)

Haaa...aku tengok citer ni minggu lepas lagi sebenarnya, tak sempat nak tulis review.

Kenapa dalam banyak2 cerita telemovie, aku nak tulis review pasal citer "Pintu Sakaratul Maut" ni?

Sebab, aku rasa citer ni memang boleh menimbulkan keinsafan dalam diri kita. Biasalah, drama Melayu memang akan menekankan aspek kekeluargaan. Mesej yang ingin disampaikan biasanya supaya kita mengutamakan keluarga kita.


Betullah tu kan? Memang kita kena utamakan keluarga kita.

Tapi aku rasa citer ni memang lain dari yang lain. Cara penyampaiannya sangat unik. Aku suka cara citer ni membuatkan kita berfikir.

Lagipun, lakonan semua pelakon dia memang bagus. Tak macam yang biasa kita tengok. Tak feel...tapi yang ni, aku memang rasa lakonan dia memang menjadi....

Aku tak tau apa korang nak fikir lepas tengok citer ni tapi bagi aku, citer ni memang best!

Rating: 9/10

Korang boleh download cerita ni kat sini >>> http://jiwang.net/2011/telemovie-pintu-sakaratul-maut-2011-sdtv/

Aku paling suka dialog ni:

"Sebaik-baik harta yang dibelanjakan adalah kepada keluarganya sendiri"

aku tak ingatla the exact dialogue tapi lebih kurang camtu la....

enjoy!

Movie Review: The Cat (2011) - Korean Horror Movie

Greetings!

Well, it's been a week since I updated a new post huhu... I was quite busy last week. So, I didn't have much time to write any review of movies that I watched.

Now, let's go straight to the point!

Last night, I felt like watching a horror movie (just as usual hehehe).

So, I decided to watch this Korean movie entitled "The Cat". Well, for horror movie lovers, you will know how it would look like to watch Korean horror movies.

Certainly horrific!


Yes, as the title is written, this movie is about CATs. But don't worry because the cats shown in this movie are very cute! I love how they filmed this movie. Well, I don't want to write its synopsis here. You can read more here >>> http://www.imdb.com/title/tt1935094/ and http://www.beyondhollywood.com/the-cat-2011-movie-review/

I really LOVE this movie!

Rating: 9/10


Okay, basically, it's about this little girl who died while trying to save homeless cats from being killed. But then, she was killed with those cats without people realising it. Since then, this little girl haunts people who are not being nice to cats. Interesting, right? hahahaha

BE NICE TO CATS! who knows, you might encounter this little girl hahahaha

Tuesday, January 3, 2012

Song of the Day - Penerang Hati (6ixth Sense ft Saujana) (Video)

Hi all!

HAPPY NEW YEAR 2012!

I select this song as the first song of the day in 2012 because it tries to motivate us!

So, let's start our new year with positive minds!

It is entitled "Penerang Hati" and sung by two groups: 6ixth Sense and Saujana.

One reason I like this song is because I'm a big fan of 6ixth Sense. The vocalist's voice is so sweet (for me ^__^). If you don't admire this group, it's okay.

Another reason I like about this song is because its lyrics are so beautiful. They summon us to always love our God in whatever circumstances we are in. The music is also harmonious. Not too loud...well...

The eternal love is the love of God.

This song is in Malay language. I don't think there is any video with English subtitle. Sorry.

Enjoy!


Sunday, January 1, 2012

Drama Review: Santau Merasuk (TV3)

Hai...

Pernah tengok tak movie Santau (2009)? Haaa, sekarang dah ada drama dia kat TV3.
Alaa...kan trend sekarang, drama yang banyak episod dibuat berdasarkan satu movie.

Aku tak berapa ingat Santau tu best ke tak best tapi rasanya boleh tahan laa. Mungkin sebab tu sekarang dah ada drama dia. Tajuk dia, "Santau Merasuk."


Mula-mula aku tak layan pun cerita ni, tapi bila ada housemate cakap cerita ni seram, aku terus cari kat YouTube. (Aku tak boleh nak buka Tonton la...tak tau kenapa huhuhu).

Aku rasa, mungkin sebab aku teruja sangat nak tengok cerita ni dan nak tau jalan cerita dia, aku rasa cerita ni memang best! Lagi pulak, bila tengok kat Youtube, mana ada iklan. Pastu, aku boleh terus tengok episod seterusnya....macam tengok movie la pulak kan.

Tapi sekarang baru sampai episod 3 (kalau tak silap aku laaa). 
So, kena tunggu lagi sampai minggu depan untuk tahu perkembangan seterusnya.
Semua sekali ada 13 episod. Kalau korang rasa nak tengok tanpa ada gangguan, korang tunggula sampai 13 episod habis, baru tengok online hehehehe....

Oh, mungkin akan ada orang persoalkan cerita ni. Sebab ada sorang budak ni mati disebabkan hantu. Tapi tak taulah hantu tu buat macam mana. Tau tau jer, budak tu ditemui tergantung atas pokok dan dah meninggal.

Well, korang try ah tengok and kalau rajin, mehla kongsi pendapat dengan aku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts