Saturday, December 31, 2011

Pernah tak rasa dianiayai diri sendiri?

Hahahahahaha....pelik tak soalan aku kali ni?

Pernah tak korang rasa dianiayai diri sendiri?
Maknanya, lebih kurang badan korang sabotaj korang.

 Okey, kalau korang tak berapa nak faham, ni aku nak bagi sikit contoh2 yang aku sendiri alami dan aku memang rasa teraniaya, oleh diri sendiri.


Sebenarnya maksud yang aku nak sampaikan adalah korang jatuh sakit bila ada benda penting yang korang kena buat.

***
2, 3 hari lepas, tiba-tiba aku kena demam selesema yang sangat teruk. Pada hari yang sama aku jatuh sakit, aku dipanggil ke fakulti untuk membuat kerja editing yang dah tentu makan masa seharian. 

Masa buat kerja tu, aku duk fikirlah, dalam banyak-banyak masa, kenapalah sekarang baru nak sakit? Sakitla minggu lepas ke, time aku tak perlu ke fakulti untuk buat kerja.

Kalau korang baca entri aku sebelum ni, mesti korang tau yang aku buat kerja kat rumah jer sebelum ni. So, bila hari aku kena keluar dari rumah, hari tu jugaklah aku jatuh sakit. Adoiiii, memang sakit hati dengan diri sendiri.

***
Pastu, bila fikir2 balik, dulu masa hari peperiksaan MUET, aku demam, batuk, dan selesema yang tersangatlah teruk. MUET kot weh! Dalam banyak2 masa, masa tu lah aku nak sakit kan? Hasilnya? MUET  aku memang dapat band rendah. huhuhu

***
Lagi satu, hari konvokesyen aku sendiri. 
Korang bayangkan, selama berbulan-bulan aku duduk rumah, takde pun nak sakit. Alih-alih, hari aku nak konvo jugakla tetiba aku demam. Perasaan memang sakit hati gila dengan diri sendiri. Aku pergi jugak konvo sebab semua persiapan dah buat. TAPI bila duduk dalam dewan, memang rasa sedih dan penat giler. Hati meronta-ronta nak balik tido. 


Hasilnya? Aku tak snap gambar dengan kawan2 langsung! Sedih tak kalau korang jadi aku? Bila tengok orang lain semua ada gambar ramai2, pakai jubah konvo, aku pulak takde huhuhu. Sekali seumur hidup jer weh. Kalau pun ada konvo untuk master ni, kawan2 yang lain takde...huhuhu

***
Satu lagi, masa aku nak pergi temuduga untuk first time dalam hidup aku untuk mintak kerja, tiba-tiba jer ada sebijik jerawat, besar punyaaaaa, tumbuh betul-betul atas dahi aku! Korang bayangkan betapa dengkinya badan aku pada diri sendiri! Dalam banyak-banyak tempat, dia tumbuh kat tengah-tengah dahi tu...adoiiii. sedih beb.


Itu jerlah aku nak kongsi. Sebenarnya banyak lagi peristiwa lain yang berlaku tapi itu jer lah yang boleh aku share. Kenapa aku share benda neh? Sebab aku nak bagitau korang, kalau korang rasa tak bernasib baik, ramai lagi orang lain yang tak bernasib baik dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

***
Ada sorang lecturer cakap kat aku:

"Eh, you were sick too last time, right?"

Haaa...tengok, dia perasan aku selalu sakit. Aku pun jawab sambil kesat hingus:

"Yeaah, I get sick very easily..."

Yaaa...aku pun tak tau kenapa dengan badan aku. Selalu sakit. Aku pernah tulis pasal ni>>>http://aziemahgekozen.blogspot.com/2011/12/tension-sebabkan-sakit.html

Apa-apa pun, setiap orang ada ujian masing2. Ok, bye.

p/s: tu tak termasuk sakit yang datang setiap bulan lagi huhuhu

Tuesday, December 27, 2011

Song of the Day - I Hope (Video)

Hey there!

Again, I would like to assign another Korean song as my Song of the Day.

Other than >>Super Junior<<, I also love another band called FT Island
If you watched You're Beautiful, a Korean drama, you will recognise Lee Hong Ki from this group.

He is so sweet and I love his voice too.

So, today the song is entitled "I Hope". I love to play this song over and over again because the lyrics are so beautiful. Here is the video with English subtitles.

ENJOY!

Monday, December 26, 2011

Wish 2012


Sometimes I feel like a teletubbie

Hello there!
(Note: If you wish, I can write this post in Malay. But, just let me know, ok? ^^)

Have you ever heard of Teletubbies? It's a...erm, what do we call it? Somewhat like cartoon aired between 1997 and 2001. If you haven't seen it, this is their picture.


There are four of them. I'll share with you its theme song at the end of this entry.

BUT first, I would like to say,

"Sometimes I feel like a teletubbie..."

Why did I say so?

Because, if you have watched teletubbies, their life is very simple.

Every day, they wake up, sing a song, have their breakfast, and go out to play! Sometimes they have problems and they solve it together. Their days are quite short. After playing, they get inside and prepare to sleep. The next day goes on like that...

Oh, not to forget there is a sun with a baby's face on it. Observing what teletubbies do and laugh with them.

Well...

Nowadays, I can feel that my life has become as simple as teletubbies! huhu

I can say that every day I wake up, have my breakfast, sit in front of my computer, check e-mails, facebook, play games on facebook. Sometimes I go out to buy groceries. Sometimes, I have problems such as getting sick or whatever. Most of the time I spend my time watching movies and sleep.

Work when necessary.

Ouh! Ouch!
How pathetic I feel I am!

Yes, I know maybe some of you wish to be like me. Maybe you wish to have this lifestyle of mine because at the same time, I'm still making money. I can say I've not asked money from my mom anymore and that is something that I'm proud about.

But, my friends....

Why I'm writing this entry?

My purpose is not to make you envy of me or whatsoever.

But I really wish that all of you should stop wishing to have a life like me. No matter how busy you are!

Why?

Because I feel like I'm a BIG LOSER right now! My quality of life has dropped to the lowest level a human would have.

I don't have to tell you how long I have been living like this.

AND I've gained weight too! To the number that I've not ever reached during 22 years of my life! Arghh...

Believe me, BUSY is good!


Now, now...let us all forget about having leisure time for such a long time.

For this approaching 2012, I hope all of us have the will to change towards a better life.

For the new year, I promise to myself that I will change this lousy lifestyle and I want to finish my masters degree latest by September 2012! Amin...

Here is the video of teletubbies' theme song.


Sunday, December 25, 2011

Song of the Day - Srikandi Cinta (Video)

Hi, today I feel like sharing another song of the day.

By the way, maybe you are wondering if I ever listened to Malay songs.

Well, the answer is a big YES!

I listened to all songs that I think fits my taste. And for Malay songs, actually I prefer the ones from 80s and 90s. 

So, here, I would like to share this song entitled "Srikandi Cinta" by Bloodshed.

p/s: for those who do not know, Malay is the language spoken in Malaysia. An Asian country.

Enjoy!


Friday, December 23, 2011

Kenapa Jerawat Keluar Time Kita Sibuk???

Sempena study week yang sedang dan akan berlangsung tak lama lagi, tetiba aku teringat...asal dekat exam jer, jerawat mesti banyak keluar. Benda ni jadi tak pada korang?

Tak pun, kalau sekarang, time ada banyak kerja jer...tengah sibuk2 siapkan kerja (contohnya sibuk selama seminggu), tetiba ada jerawat.

Terfikir tak kenapa?

Haaa...sebab kita tertekan. Alaa...semua orang tau kan? Nak exam atau nak kena hantar kerja, mestilah stress!



Okey, kalau stress, mesti keadaan hormon berubah. Oh, aku tak dapat nak buktikan kat sini tapi aku rasa itulah yang aku baca.

So, mungkin sebab tu lah JERAWAT akan muncul time kita tengah sibuk tu.






Ambik contoh, korang study malam2. Contohnya dari pukul 9 malam hingga 2 pagi. Stay up la kan.

Okey.

Sepanjang masa korang duk baca buku tu, perasan tak muka korang semakin berminyak? Tak percaya? Cuba test nanti. Lepas 2 jam atau 3 jam korang baca buku, cuba sentuh kulit muka. Mesti berminyak kan? Kalau yang tak berminyak tu untung laaa...tapi kalau yang berminyak ni, apa korang buat?

Korang biar je ke?

Dulu, sebelum aku cukup matang, aku biar jer...sebab kadang2 tak perasan pun muka berminyak. Sebab tu lah jerawat senang naik! Sebab muka kotor. Minyak tu atau dipanggil sebum tu, menyekat liang pori dan menyebabkan jerawat.

Sebenarnya sebum tu berfungsi untuk kekalkan kelembapan kulit kita. Tapi kalau keluar berlebihan, terutamanya masa kita tengah stress, boleh sebabkan banyak jerawat.

Jadi, apa nak buat?

Cuci muka, itu penting hehehee.

Betul. Itu je petua yang sebenar-benarnya. Rajin-rajinkan diri basuh muka. Kalau boleh pakai pencuci muka. Lepas cuci muka, lap bersih-bersih. Selain mengelakkan jerawat, cara ni boleh menyegarkan korang untuk terus membaca.

Tak kiralah lelaki atau pun perempuan. Pencuci muka tu penting. Cari yang biasa2 aje pun takpe. Janji ia membersihkan muka.

Sekarang, kalau aku buat kerja lama-lama, dalam 2 atau 3 jam sekali, aku akan pergi basuh muka. Sebab tu muka aku dah kurang jerawat sekarang.

Kalau jerawat keluar jugak?

Maknanya kena cari alternatif lain. Mungkin kena jaga pemakanan. Jangan makan makanan berminyak dan pedas banyak sangat.

Aku dah lama kurangkan makan sambal belacan. Hasilnya, muka kurang berminyak.

Okey, selamat mencuba!

Selamat study dan selamat bekerja!





Kalau stress sangat, ada kucing memang best hehehe



Movie Review: The Cinderella (Thai Horror) (2011)


Hi there...

I just spent almost 2 hours on this Thai movie entitled "The Cinderella".

Yes, the title itself attracted me to watch it. Plus, the genre as it is written is HORROR.

I really love ghost story. What more if it is from Thailand. Usually, Thai Horror movies are the scariest.

BUT...big BUT here

This movie is really a WASTE of time! It is NOT a ghost story! It's just some kind of killing/thriller story that is so lousy!

Seriously! I advise you not to waste your time on this movie.

The poster is much more beautiful than the story....

Rating: 5/10

p/s: indah khabar dari rupa.

Thursday, December 15, 2011

Song of the Day - Shuo Ai Ni (Video)

Hello!

Today I feel lively and my mood is into songs in foreign languages!

I listened to Korean, Bollywood and Chinese songs today.

So, I would like to share one song that I really like to listen to.

Wo hen xihuan ting yinyue ^__^

It is Shuo Ai Ni (Say Love You) by Jolin Tsai.
Yes, it is in Mandarin. I love this song. I've been trying to find the video with English subs but I couldn't find it. So, I put the lyrics and translation down here. You can view it while listening to the song.

Enjoy!


VERSE 1:
我的世界 變得奇妙更難以言喻
wo de shi jie, bian de qi miao geng nan yi yan yu
My world has become strange and unexplainable

還以為 是從天而降的夢境
hai yi wei, shi cong tian er jiang de meng jing
Even thought it was a dream dropped from the heavens

直到確定 手的溫度來自你心裡
zhi dao que ting, shou de wen du lai zhi ni xin li
Until I could confirm that the warmth from your hand came from your heart

這一刻 我終於勇敢說愛你
zhe yi ke, wo chong yu yong gan shuo ai ni
Finally, I dare to say I love you


CHORUS: 
一開始 我只顧著看你
yi kai shi, wo zhi ku zhe kan ni
From the start I was occupied in watching you

裝做不經意 心卻飄過去
zhuang zuo bu jin yi, xin que piao guo qu
Pretending it to be accidental while my heart flew over to you

還竊喜 你 沒發現我 躲在角落
hai qie xi, ni mei fa xian wo, duo zai jiao luo
Secretly happy that you did not notice me hiding in a corner

忙著快樂 忙著感動
mang zhe kuai le, mang zhe gan dong
Busy being happy busy being touched

從彼此陌生到熟, 會是我們從沒想過
cong bi ci mo sheng dao shu, hui shi wo men cong wei xiang guo
From the days where we were strangers to being familiar with each other

真愛 到現在 不敢期待
zhen ai, dao xian zai, bu gan qi dai
Its something we've never imagined


VERSE 2:
要證明自己 曾被你想起 really
yao zhen ming zi ji, ceng bei ni xiang qi really?
Want to prove that you've thought of me, really

我胡思亂想就從今天起 I wish
wo hu si luan xiang jiu cong jin tian qi I wish
I think of everything and anything from today onwards, I wish

像一個陷阱 卻從未猶豫 相信
xiang yi ge xian jing, que cong wei you yu, xiang xin
Like a trap however I’ve had no doubts in believing

你真的願意 就請給我驚喜
ni zhen de yuan yi, jiu qing gei wo jing xi
You are really willing so please give me a surprise


VERSE 3:
關於愛情 過去沒有異想的結局
guan yu ai qing, guo qu mei you yi xiang de jie ju
From the past till now there have been no unexpected endings in love

那天起 卻顛覆了自己邏輯
na tian qi, que dian fu le zi ji luo ji
But from that day, my whole logic has been disturbed.

我的懷疑 所有答案因你而明白
wo de huai yi, sou you da an yin ni er ming bai
All my suspicions all answers are understood because of you

轉啊轉 就真的遇見 Mr.right
zhuan a zhuan, jiu zhen de yu jian Mr.right
turn and turn really meet my Mr. Right

di persimpangan ini...

hari ni rasa nak tulis feeling sikitlah hehehehe

kalau boleh diekspresikan perasaan sekarang ni, mungkin monyok macam kucing kat bawah ni huhu


haih...entahlah. sebenarnya, ada ke tak orang kat dalam dunia ni yang tak perasan kita suka kat dia? ada tak? terutamanya lelaki...hermn...

sebenarnya, aku dah lama suka kat sorang ni tapi aku tak nak luahkan. risau jugak kalau dia reject aku. malu la weh. dah la aku ni pompuan.

so...aku pun menunggu aje lah....

simpan aje perasaan dalam hati. selama bertahun-tahun lamanya aku simpan perasaan ni.



ada sekali, aku dah nekad nak luahkan perasaan pada dia. sebab aku rasa, mungkin dia okey dengan aku. cara dia layan aku pun, aku rasa macam aku tak bertepuk sebelah tangan.

tapi, masalahnya, sepanjang masa tu, dia pernah couple dengan orang lain. dan dah clash balik dah pun.
aku masih tak berani nak confess.
kenapa?


sebab, walaupun dia dah single sekarang, aku jadi ragu-ragu. dia pernah couple dengan orang lain. mungkinkah itu bermakna dia tak suka pun aku? aku je yang perasan lebih?
mungkin dia mesra dengan semua orang. sebab tu lah aku syok sendiri.

satu fakta.
aku tak pernah ada crush lama macam ni kat seorang je. bayangkan, 4 tahun aku simpan perasaan ni.
takkan dia tak perasan langsung?
bak kata kawan aku, dia ni lampi ke?
uh, tak tau dah aku.

so, hari ni...
aku nak berhenti fikirkan pasal dia.
aku dah buat keputusan!
aku tak patut menunggu benda yang tak pasti lagi.
aku patut tinggalkan saja perasaan ni di persimpangan ni.
andai kata satu hari dia meluahkan perasaan yang sama (aku rasa tak mungkin kot)...
apa-apa jer lah.


memang susah nak lepaskan perasaan ni. aku masih berharap tapi aku akan cuba lupakan dia...

Sunday, December 11, 2011

Tension sebabkan sakit?

Dalam dunia ni, ada macam2 jenis orang. Ada orang yang tak pernah sakit pun (macam Firaun), ada orang yang jarang2 giler sakit, dan ada orang yang selalu sakit.

Sakit pulak ada macam2 jenis. Sakit berat dan sakit ringan-ringan. Selalunya orang tak pedulikan sangat orang yang sakit sikit-sikit ni.

Tapi...meh aku nak cakap sikit pasal sakit ringan ni...




Sebenarnya, aku termasuk dalam golongan yang selalu sakit ringan ni. Contohnya sakit kepala, senak perut, lenguh-lenguh, blablabla....

Sebenarnya kan, lagi tension kalau sakit yang macam ni. Sebab?

Orang boleh fikir yang kita ni mengada-ngada. Sakit sikit jer tapi nak komplen. Orang yang kena kanser lagi sakit tau.

Betullah tu.

Tapi kan...memang tensen kalo kerap sakit ni. Sakit sikit-sikit jer tapi itulah yang menghalang kita dari nak buat kerja huhuhu

Mak aku selalu cakap, "Itulah, jangan tension2, nanti senang jatuh sakit."

Betul apa mak aku cakap. Kalau aku tension, tak pun sakit hati dengan orang, aku boleh kena sakit kepala yang teruk, sakit perut, selsema....dan macam2 lagi.

huhu sebenarnya apa yang aku nak cakap ni?

Aku cuma nak bagitau, dalam dunia ni, ada orang mengada-ngada macam aku. Antibodi tak kuat walaupun dah makan vitamin C. Sikit-sikit sakit. Sakit yang ringan2 jer tapi aku tetap rasa terseksa...

 Selalu kalau sakit kepala, aku letak minyak cap kapak. Atas kepala, seluruh muka, aku buat toner je minyak neh. Pastu, kalau tak hilang2 jugak, aku pegi tido. Tapi, kadang2, masa tido pun boleh tersedar sebab kepala sakit sangat.
So, aku akan bangun dan telan panadol sebijik. Kalau dalam masa 5 jam tak hilang jugak lagi, aku telan sebijik lagi.

Yer, aku tau. Telan panadol tu tak elok. Merosakkan sistem saraf...semualah.

Tapi ini yang aku nak sampaikan, korang tak rasa apa aku rasa. Yer, aku tau, korang pun pernah sakit kepala, tak telan panadol pun boleh hilang. Tapi kalau 3 hari tak hilang jugak nak buat apa? Terbaring jer tak buat kerja?

Ops...tapi aku still nak nasihatkan, janganlah makan panadol selalu. Memang ada kesan buruknya. Yang aku boleh nampak sekarang, aku selalu terlupa benda penting. Nampaknya saraf aku dah banyak putus. heheehe.

Yang paling penting kalau tak nak sakit, cubalah jangan stress, jangan tension. InsyaAllah tak sakit.


psst...aku selalu sakit sebab stress huhu 
Atas meja ada Vicks Inhaler. Sebelah kanan ada minyak cap kapak ngan balm pala. Sambil wat keja, sambil sapu ubat huhu

Wednesday, December 7, 2011

Movie Review: Stardust (2007)


Hi my dearest readers!

I just finished watching Stardust!

I know, it's already 3 a.m. but seriously, I didn't know that this movie is really stunning!
I planned to watch half of it first because I wanted to sleep early BUT I just keep watching until the end because it is so interesting!

Well, I really like magical movies like this (other than horror movies). So, I don't know what you will say about it but I just love the movie!

The phrase that caught my intention:

"Reputation needs a lifetime to build but seconds to destroy."

Rating: 9/10

I can't give perfect score because no movie is perfect hehehehehe

Tuesday, December 6, 2011

Slowly But Surely (Picture)

-Created by Aziemah Gekozen-


I don't know who said this originally but I heard it from my lecturers.

"Slowly but surely"

It's okay if you do your work slowly. It's better than not doing anything at all. If you do it slowly, you will surely finish it!

Movie Review: Penunggu Istana (2011)


Seperti biasa, aku memang suka menonton movie dan cerita yang aku pilih, sudah tentulah cerita seram!

Cerita ni keluar bulan April 2011. Dah lama aku cari cerita ni nak download tapi semua link yang aku dapat mesti cakap fail tu dah kena delete. Hairan jugak aku nape.

Akhir sekali, aku tengok kat YouTube aje. Senang cerita. Macam aku buat dengan cerita 2 Alam (click here) hari tu.

Well, first impression???

Sebab orang cakap cerita ni cerita betul! Apa yang dirakam memang betul2 berlaku.
Jadi, masa aku tengok tu, memang kepala aku fikir semua tu memang betul2 terjadi!

Serius, dengan mindset macam tu, dah tentu aku fikir cerita Penunggu Istana ni sangat menakutkan! Sama macam masa aku tengok Paranormal Activity! (click here) Sebab mula2 aku memang ingat cerita dia betul2 berlaku!

Sebab kenapa aku ingat dia real?

Sebab dia berdasarkan footage atau rakaman yang ditemui dan ia ditayangkan kepada umum. Itu sebab aku ingat dia real giler ah.

Cerita ni memang takde hantu yang pakai jubah putih, terbang ke sana ke mari, ada bunyi menakutkan. Semua tu takde! Itu yang membuatkan cerita ni lagi menakutkan.

Tapi, bila dah nak habis, tiba2 sampai part yang ada bunuh2. Orang yang kena rasuk atau mungkin yang menyerupai orang yang hilang tu, bunuh kawan2 dia. Haaa...sampai sini la spoil tapi still, aku ingat cerita ni memang betul.

Habis jer cerita ni, aku terus google movie review yang lain.

Huwaaaaahhhh!
Ramai giler orang kutuk cerita ni! Rasa macam aku ni ketinggalan zaman pulak sebab selalunya aku yang nombor satu yang akan kritik cerita2 hahaha

Tapi kan, apa pun orang cakap, aku tetap nak cakap, cerita ni memang best lah (tapi kena pastikan mindset tu, kena fikir cerita ni memang benar hahaha)

Aku tak tau apa perception aku pada cerita ni kalau aku tau cerita tu hanyalah lakonan semata-mata.
Aku rasa.....

Cerita ni tetap scary! Sebab semua tu memang terjadi di alam nyata! Cuma kita tak tau bila dan di mana. Dan aku tak taulah bab bunuh2 tu boleh terjadi ke tak. Yang tu kena tanya ustaz la yer. Aku tak tau huhu

Rating: 8/10

psst...aku perasan, kalau cerita yang penuh dengan kontroversi mesti takleh nak download. Mesti nak kena tengok kat YouTube jer hohoho

Song of the Day - Mr. Simple (Video)

Hi!

If you've been following my previous posts, you will know that I love Super Junior! 

So, for my very first Song of the Day, I'd like to share their recent song, Mr. Simple. This time, you can see the romanization and its English subtitle!

For those who do not know, this song is in Korean language...


Music All The Time! Yeah!

Yeah!

All of us love music!

Ops, maybe some of us dislike music but still, in silence, there's still music in it!
Am I right?
Yep!

 I Love Music!

I notice that some bloggers will pick a song and name it as Song of the Month in their blogs.

Well, I've been thinking about doing the same too but then, I realised that sometimes, there are several songs  that are entitled to songs of the month during that particular month!

Then, I'm thinking, maybe I should pick a song everyday and name it as the Song of the Day hahahaha. But, then, maybe there will be no song that I want to listen on particular days.

So, I've decided...
...that I'll just put any song that I like and still call it Song of the Day!

I'll put any song! 
Be it Malay, English, Korean, Chinese and others!
Because I listen to all attractive songs in many languages!

So, to start, I'll share my first Song of the Day in the next post!

Enjoy!


Friday, December 2, 2011

Mimpi dalam Mimpi



Okey, kalau korang perasan, aku memang suka tulis pasal mimpi. Dah berapa banyak post aku berkaitan dengan mimpi.

Well, I can't help it hehehe

Aku ni memang suka ambik berat pasal mimpi yang aku alami.

Kali ni aku nak tanya, pernah tak korang dengar pasal mimpi dalam mimpi? Tak pun, pernah tak dengar lagu "umpama mimpi dalam mimpi?"

Haaaaaa....sebenarnya takrifan orang mengenai mimpi dalam mimpi ni berbeza. Tapi pada pandangan aku, mimpi dalam mimpi ni maknanya kita bermimpi dalam mimpi.

Macam mana tu? Meh aku nak share mimpi aku tiga hari lepas.



Macam biasa, lepas maghrib aku akan tidur sebab aku nak bangun tengah malam untuk stay up. So, aku pun tidur lah. Mimpi aku pun start...

Aku mimpi ada kat sebuah tempat, mungkin dalam bangunan lama. Tempat tu suram dan agak scary. Ala-ala macam cerita hantu gitu tapi takderlah gelap mana pun.

Tiba-tiba aku rasa macam aku melarikan diri dari sesuatu. Aku tak tau apa dia, yang aku tau ada benda tengah kejar aku. Then, masa lari dalam mimpi tu, aku pun terfikir.

"Eh, aku tau ni mimpi. Aku tau aku tengah mimpi. BANGUN! Bangun!"

Aku berusahalah suruh diri aku bangun.

Lepas tu, aku rasa lega sebab aku rasa macam aku dah bangun. Macam aku dah keluar dari mimpi tu.

Tiba-tiba, aku masih dikejar oleh sesuatu! Dan masa tu, barulah aku tau aku belum bangun lagi.

 AKU MASIH DALAM MIMPI!

Sekali lagi, aku cakap kat diri aku.

"Aku tau ni mimpi. Bangun! Bangun!"

Aku cuba gerakkan diri aku sambil berlari dalam mimpi tu. Tak lama lepas tu, aku pun tersedar. Rasa lega sekali lagi sebab akhirnya aku dah lepas dari mimpi tu.

TAPI!

Sebenarnya aku masih dalam mimpi!

Boleh bayangkan tak macam mana aku terperangkap dalam mimpi? Tak taulah berapa banyak kali aku mimpi dalam mimpi masa tu. Yang penting, akhirnya aku betul-betul tersedar.

Sangat menakutkan kalau terperangkap dalam mimpi huhuhu




Umpama Mimpi Dalam Mimpi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts