Thursday, May 31, 2012

Susah bila tak boleh terima "rejection"

Ya, sebagai pelajar sepenuh masa, dah tentu entri aku mesti berkait dengan student life hehehe

Minta maaflah. Otak aku masih belum berkembang ke dunia pekerjaan. Masih di takuk yang sama. Masih di bawah tempurung dunia pelajar.

Baiklah, mari kita bincangkan tajuk di atas (wah, dah macam nak jawab esei dalam peperiksaan! hahaha)

Ya, memang susah bagi kita nak terima hakikat sebenar, yang berlaku.
Tambahan pulak, apa yang berlaku tu memang pahit untuk ditelan. Sukar untuk hati menerima apa yang nyata.

Apalah yang aku duk bebel ni kan?

Hurmn, tadi aku duduk belek2 balik folder yang aku simpan semua draft untuk proposal aku 

(Aih, cakap pasal proposal lagi? Takde benda lain ke nak cakap?)

Sebab tu aku cakap awal2 tadi, memang itu jer lah topik aku selagi aku tak habiskan tesis huhuhu

Sejujurnya, aku tersangatlah teringin nak habiskan belajar dan ada pekerjaan. Teringin nak ada duit gaji sendiri. Teringin nak ada kenderaan, rumah sendiri. Dan macam2 lagilah!

Tapi, semua tu takkan jadi nyata selagi aku belum berjaya tamatkan pengajian aku ni. huhu

Aku sedar, teramatlah sedar. Aku dah lama melarikan diri dari pensyarah aku. Okey, dah 3 bulan! Tak pernah aku buat kerja teruk macam ni.

Dulu, aku seorang pelajar yang sentiasa berdedikasi terhadap kerja yang diberi. Tapi, tapi sekarang ni...

Aku tau. Aku jadi macam ni sejak aku gagal dalam presentation hari tu. Well, sebenarnya bukanlah gagal sepenuhnya. Aku hanya perlu buat minor correction dan present balik. Itu keputusan penuh.

Tapi, memang jelas lagi nyata, aku terasa seperti di"reject". Dan aku tak boleh nak terima hakikat tu.

Sekarang ni, sepatutnya aku dah di tahap terakhir untuk proposal aku sebab minggu depan aku dah kena hantar intention to submit proposal. Tapi aku masih tak buat apa2.

Yes, literally...Aku memang tak buat apa2 sejak 3 bulan lepas!

Ya, aku memang ada baca journal2 dan artikel2. Tapi aku memang tak tulis apa2 pun. 

Sebenarnya, aku dah takut. Aku dah tak berani nak buat apa2 pada proposal aku tu. Dalam kata lain, tak tau dah nak buat apa. Buntu. Titik. Noktah. Aku takut kena reject lagi!

Aih, apakah ini sejenis trauma? Sejenis penyakit baru?

After-effect-of-failing-proposal-defence? Proposal-rejection-trauma?

Urghhh...apa aku buat ni??? huwaaaa!!!

Tarik diri? Ya, aku pernah terfikir. Banyak kali. Tapi sekarang dah terlambat. Sangat terlambat.

Sebabnya aku dah terikat dengan satu organisasi yang berikan aku pinjaman pelajaran. Jadi, nak tak nak terpaksalah teruskan juga (eh, bukan aku tak ikhlas. cuma secara tak langsung, ia jadi pendorong untuk aku teruskan dan tak jadi berhenti)

Tapi masalah lain pulak timbul. Masa yang aku ada hanyalah hingga hujung tahun ni. aaaargghhh

Macam mana? Proposal aku ni hanya akan dibentangkan pada bulan tujuh nanti. Kalau lepas, mungkin aku dapat teruskan, dan mungkin berjaya habis tahun ni. Tapi, kalau tak lepas, macam mana?

Aih, kalau tak lepas, rasanya aku patut batalkan aje pengajian ni. Tapi pinjaman tu macam mana? Sia2lah. Kena bayar balik lagi. Hurmn....

Sorry sebab aku tulis panjang sangat (kalau korang berjaya baca sampai sini, memang tabiklah...).
Tapi inilah gunanya blog kan? Tempat meluahkan perasaan. A public diary. Tengok saja header aku tu: When Emotions Are Talking. Bila emosi berbicara.

So, sekarang ni aku memang meluahkan perasaan habis-habisan huhu.

Sejujurnya, aku memang nak siapkan tesis dengan jayanya. Dan aku amat berharap yang pensyarah aku masih okey dengan aku.

Nak tau tak, hari tu dia ternampak kawan aku kat fakulti. Dia pun tanya:

"Where is Aziemah? Is she around here or in her hometown?"

Kawan aku tersengih jer. Tak tau dan tak berani nak jawab apa. Pastu pensyarah aku tanya lagi.

"Did she get married or what???"

Aaaaa....

Kelakar pun ada bila dengar kawan aku cerita. Mintak maaf banyak2 huhu

Aku tau, pensyarah aku tu memang ambil berat. Cuma aku je yang bermasalah. Huhuhu. Harap sangat yang dia tak marah aku. Hari tu dah kena marah, tapi yang membina la kan.

Hurmn, harap2 semuanya berjalan lancar. Tolong doakan ya. Terima kasih ^^,

Wednesday, May 30, 2012

Pendapatan dah kurang separuh



Huhu ya, seperti yang tertulis dalam tajuk. Sekarang pendapatan bulanan aku dah KURANG SEPARUH dari yang aku dapat sebelum ni huhu

Macam mana boleh jadi?

Ya lah, aku kan tengah belajar lagi. Takde kerja tetap pun.

Tapi sebelum ni aku ada kerja dengan fakulti dan aku freelance dengan satu company ni. So, dalam sebulan boleh kata ak dapat agak banyakla. Bolehla nak bermewah sikit. Tapi aku dah berenti semua sebab nak fokus. Tambahan pulak, aku dah berjaya dapat tajaan.

Alhamdulillah, setelah setahun mencuba, dapat juga tajaan walaupun dalam bentuk pinjaman.

Cuma satu jer masalah, jumlah duit yang aku terima tu adalah separuh dari pendapatan aku dulu.

Memang terasa sesak dada. Banyak tu huhu..sekarang aku kena berjimat dalam banyak benda. Tiba2 aku terbayang, macam manalah orang yang gaji kurang dari seribu dan ada  keluarga? Aku yang bujang ni pun sakit beb!

Tapi apa2 hal pun, walaupun duit aku sikit, aku rasa bahagia sekarang. Tak taulah kenapa. Mungkin sebab aku dah tak perlu kejar deadline macam dulu. Beban kerja dah tak banyak.

Sekarang terbukti pada aku, walaupun duit kurang, kita boleh bahagia. Tapi tak bolehlah selamanya macam ni. Kita kena usaha untuk tambah pendapatan.

Cuma dalam kes aku, buat masa sekarang, aku happy. Walaupun keinginan nak beli kereta terpaksa aku tahan buat masa sekarang.

Insya allah, satu hari nanti matlamat itu akan tercapai.. Amin.

"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka berusaha untuk mengubahnya."

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 16, 2012

Kita Tak Tau Bila Ajal Kita Akan Datang

Salam sejahtera kepada semua pembaca...

Kali ni aku rasa macam nak tulis benda yang serius sikit.

Semuanya gara2 perkara yang baru sahaja berlaku pagi tadi.

Perkara yang mungkin boleh meragut nyawa setiap orang yang ada di kawasan itu, jika Allah mengkehendakinya.

Baiklah, bunyi macam serius? Ya, dah tentu! Kalau bukan sebab Allah nak selamatkan aku dan rakan2, mungkin sekarang aku, tak pun kitorang dah takde kat dunia ni. Mungkin aku tak duduk di sini menulis...

Erm, aku tak tau sama ada nak cerita sepenuhnya ataupun tidak apa yang dah berlaku. Ya lah, ia semua bermula daripada kesilapan manusia. Sesiapa sahaja boleh melakukan kesilapan. Cuma tinggal siapa dan apa kesilapan yang dilakukan oleh seseorang itu.

Memanglah lumrah manusia itu cepat lupa. Jika diteliti dari bahasa arab, manusia itu sendiri bermaksud pelupa. Betul, kan?

Okeylah, nak dijadikan cerita. Sebelum aku teruskan, aku nak cakap, aku tak marah pada sesiapa atau insan yang melakukan kesilapan itu. Cuma sekarang aku nak cakap pasal benda lain. Bukannya aku nak salahkan sesiapa. Bukan aku nak marah (mungkin sebab aku dah rasa 'sejuk' kot).

Okey, ceritanya...ada lah hamba Allah dalam rumah aku terlupa nak tutup dapur gas sebab pagi tadi dia panaskan lauk semalam. Dia buka gas tu semaksimum mungkin sebab dia nak makanan tu cepat panas. Ya lah, dah lambat nak pegi kerja, mestila nak cepat kan. Ditakdirkan, dia terlupa nak tutup. Dia keluar pergi kerja tanpa menyedari yang dia tak tutup gas tu. Masa tu, aku dan tiga orang lagi budak rumah masih tidur (sebab malam tadi tidur lambat).

Ditakdirkan lagi, tiba-tiba seorang kawan aku tersedar dari tidur. Dia pelik tengok asap berkepul2 dalam rumah. Bau hangit. Mula2 dia ingatkan ada litar pintas. Dia terus check seterika. Tak buka pun suisnya. Dia check pembakar roti. Tak buka pun. Lepas tu, dia masuk balik bilik. Rasa pelik, dari mana datang asap tu. Dia cakap asap tu memang dah penuh dalam rumah tapi dia tak tau dari mana. (Aku dan yang lain masih tidur, ditakdirkan kitorang memang tak sedar langsung).

Lepas tu, dia tergerak hati nak masuk dapur. Dia nampak asap tapi belum pasti puncanya. Sekali dia masuk dapur, api tengah menyala-nyala kat atas dapur tu! Asap tak payah cakap la kan. Mujurlah api tu belum marak. Dahlah sebelah kiri ada tong gas, sebelah kanan ada peti sejuk...

Bayangkan! Bayangkan apa akan jadi kalau takde pun salah seorang dari kitorang tersedar? Dahlah tu, masa aku bangun tidur, kawan aku tadi dah keluar. Jadi, aku tak tau apa yang dah jadi. Rasa pelik kenapa badan rasa lesu dan penat. Rasa macam nak pitam pun ada. Pelik tengok tingkap terbuka luas. Pelik kenapa ada bau hangit.

Sorang lagi kawan baru bangun jugak. Dia pun rasa pelik kenapa kepala dia rasa berat sangat hari ni. Selalunya kalau tidur lambat, takdelah rasa macam ni bila bangun. Rupa-rupanya, kitorang sebenarnya dah tersedut asap tu agaknya masa kitorang tengah tidur. (Mujurlah tak mati sesak nafas ke apa...)

huhuhu...bila kitorang dapat tau apa yang dah terjadi masa tidur tadi, terfikir banyak kemungkinan yang boleh terjadi. Yang boleh berlaku. Yang paling jelas, kalau semua tak sedar, memang mautlah yang menanti. Nauzubillahiminzalik!

Takutnya bila terbayangkan semua tu...hanya Allah yang tahu betapa terkejut, takut, risau, dan marahnya kitorang masa kawan yang sorang tu bercerita pada kitorang...
Ya, sekali lagi...aku tak nafikan, semua orang boleh buat salah. Cuma siapa yang buat salah, itu persoalannya. Tapi kitorang fikir, benda ni boleh dielakkan. Sebab kawan yang terbuat salah tu, selalu kelam-kabut pagi2 nak pegi keja. Masa tu lah nak panaskan lauk, masa tu lah nak gosok baju, masa tu lah nak mandi, mekap, blablabla...

Tak rasa ke benda tu boleh dielakkan dengan bangun lebih awal? Atau buat persediaan malam ke kalau nak bangun lewat pagi? Okey, okey..sekarang aku tak nak salahkan dia dah.

Mungkin ini satu dugaan, satu peringatan yang Allah turunkan melalui perbuatan dia. Siapa tahu, bukan?


Mungkin Allah nak uji kitorang, adakah kitorang akan melatah dan marah dia dengan sewenang-wenangnya begitu sahaja? Mungkinkah kitorang akan maafkan dia? Ya, kita tau dia tak sengaja. Gila ke apa kalau dia sengaja? Dah tentu tak kan...

Jadi, kalau bab kemaafan tu, aku dengan senang hatinya boleh maafkan dia sebab aku tau semua orang pun mungkin boleh berbuat kesalahan yang sama tanpa disedari.

Ya, dia dah hantar mesej mintak maaf dengan semua housemate.

Tapi kan, memanglah...perancangan Allah itu sangat teliti dan rapi. Cuma kita kena nilai sendiri apa maksud yang tersirat di sebalik apa yang berlaku.

Cuma aku nak cakap, ditakdirkan hari ni kitorang keluar rumah lambat. Selalunya aku dengan kawan2 keluar pergi library pagi2 lagi. Macam semalam kitorang keluar pukul 8 pagi. Tapi hari ni ditakdirkan kitorang keluar lambat.

Bayangkan lagi..apa jadi pada rumah tu kalau kitorang takde kat rumah? Lagi dahsyat rasanya..

Apa-apa pun, aku amat bersyukur yang kitorang terselamat dari apa-apa bencana. Seram sejuk rasanya bila fikirkan apa perasaan mak aku bila dapat tau berita buruk di Hari Guru ni? Dahlah kebelakangan ni aku jarang telefon dia sebab terlampau sibuk. Tiba-tiba dapat berita buruk? Astaghfirullah, tak dapat bayangkan...

Apa yang jelas sekarang, inilah satu peringatan yang aku rasa aku nak kongsi dengan semua orang.

Ajal maut tu di tangan Allah. Kita memang tak akan tau bila malaikat Izrail akan datang menjemput kita, dalam keadaan apa, dan di mana ia akan berlaku.

Dengan ini, marilah kita sama2 bermuhasabah diri dan renung2 kan...bertaubatlah sebelum terlambat.

Wallahu'alam.


Monday, May 14, 2012

Tanda2 Alergik terhadap Lipbalm atau Lipstik

Hai semua!

Haa...kepada kaum wanita, mesti biasa pakai lipbalm atau lipstik kan?

Kebanyakan orang yang tak pakai mekap pun mungkin akan pakai lipbalm sebab nak elakkan bibir kering. Kadang2 lipbalm ni perlu kalau tempat kerja atau rumah tu ada air-cond. Cuaca panas pun boleh menyebabkan bibir kering jugak...

Tapi, dalam banyak2 lipbalm dan lipstik yang dijual secara berleluasa di kedai2 dan secara online, sebenarnya ada yang boleh menyebabkan alahan atau alergik kepada kita. Pernah alami tak?

Bagi mereka yang baru2 nak belajar pakai lipstik atau lipbalm ni, anda kena tengok beberapa tanda alergik seperti di bawah...

Well, ini yang saya alami sendiri...tak tau lah kalau orang lain macam mana kan...

Tahap Pertama

Mula2 pakai memang rasa seronok...barang baru kan, kita mesti rasa seronok pakai. Tapi, setelah beberapa kali dipakai, jika anda alergik terhadap produk tu, anda akan mula rasa TAK SELESA pada bibir. Rasa macam pedih2, macam kering (padahal pakai lipbalm), dan mungkin rasa gatal (terutamanya bahagian dalam bibir).


Ada orang cakap, kalau nak tau produk tu sesuai tak, tunggu 15 minit lepas pakai dah boleh rasa. Tapi dalam kes saya, selepas dua tiga hari baru rasa tanda2 kat atas tu...




Tahap Kedua
Jika anda sudah mengalami tanda2 di atas, tetapi masih terus memakai produk tersebut, lama-kelamaan bibir akan terasa semakin gatal. Anda akan kerap menggaru bibir, atau menggigit bibir dengan gigi sebab gatal. Bibir terasa semakin kering. Bukan kering biasa macam tak cukup air tu. Kering dia tu lain macam sikit. Rasa macam nak letak air je selalu pada bibir tu...

Tahap Ketiga

Dulu, disebabkan tu first time saya alami alergik pada lipbalm...maksudnya, saya tak tau yang semua tu disebabkan oleh lipbalm, ingatkan disebabkan oleh air-cond...so, saya dengan automatik sampai ke tahap ketiga.

Agak kronik laa...sebab saya ingatkan bibir kering sebab air-cond, jadi saya makin rajin pakai lipbalm. Padahal itulah punca utamanya! huhuhu...

Setelah dekat seminggu gatal2 pada bibir, bibir saya mula membengkak. Rasa macam Angelina Jolie dah masa tu...hehehe. Bila membengkak, bibir jadi berair. Mula2 ingatkan air liur (tapi pelik la kan, takkan air liur meleleh pulak). Lama2, kesat punya kesat, air tetap ada.

Nak cakap nanah bukan. Tapi yang pasti, bibir tu berair dan memang rasa GATAL. Uish, masa ni memang tak pakai dah lipbalm tu sebab duk lap ngan tisu jer.


Tahap keempat (KRITIKAL)

Setelah beberapa hari bibir berair, saya rasa tak sedap hati. Saya pun plan nak jumpa doktor.

Padahal masa tu saya fikir: Perlu ke jumpa doktor? Bibir bengkak aje pun...Macam mengada-ngada la pulak nak jumpa doktor.

Sebelum saya pergi klinik, saya perasan yang saya semakin kerap bersin. Saya rasa pelik jugak kenapa bersin kerap sangat? Padahal takde makan belacan pun. Rasa gatal dalam hidung.



Apa doktor cakap?

Nak dijadikan cerita, saya pun jumpa doktor. Doktor suruh saya buka mulut luas2. Dia suluh dalam tekak. Saya cuma cakap bibir bengkak dan berair. Saya pun tak tau apa masalah saya masa tu.

Doktor cakap: Awak alergik ni. Awak pakai lipstik atau lipbalm?

Dah tentu ya. Dan saya baru teringat, lipbalm tu baru je saya beli. Dan semua tanda2 ni wujud lepas saya mula pakai lipbalm tu! Ades, kenapala saya tak sedar awal2 huhu

Doktor pun cakap lagi: Alergik ni sebab dah lama biar, dia merebak ke bahagian dalam mulut saya. Bahagian tekak tu pun dah ada tanda2 nak kena jangkitan. Dan dia cakap lagi, jangkitan tu sebenarnya dah sampai ke hidung saya (Saya tak cerita pun saya bersin, nampak sangat kesan jangkitan tu ketara).

Dan, dia cakap, kalau saya lambat lagi pergi dapatkan rawatan, ada kemungkinan jangkitan akan merebak ke paru-paru! Huwaaaahhhh!

Dahsyatnya! Tak dapat nak gambarkan betapa risaunya saya masa tu..

Lepas lebih seminggu, setelah makan ubat dan sapu ubat, saya sembuh sepenuhnya. Saya terus buang lipbalm tu walaupun masih baru.


Lepas tu???


Lepas tu, saya memang berhati-hati sangat bila pakai lipstik atau lipbalm baru. Kalau rasa gatal2 sikit tu, memang saya takkan pakai dah. Biarlah barang tu mahal pun, jangan fikir membazir. Fikirkan kesihatan kita!

Oh ya, saya memang senang kena alergik dengan lipbalm atau lipstik murah..tapi yang mahal pun ada jugak yang tak sesuai. Terpaksa bagi pada orang huhu

Tapi...saya nak tegaskan kat sini, silalah berhati-hati dengan pemakaian lipstik dan lipbalm ni. Kalau ada tanda2 tu, jangan biar sampai ke tahap kedua. BAHAYA tau!

p/s: Mungkin akan ada orang kata, tak payah pakai lagi senang. Tak membazir duit, tak kena jangkitan. Tapi sebenarnya, kadang2 benda ni perlu untuk elakkan bibir kering dan juga sakit (Ada pulak sakit lain kalau bibir kering sangat macam ulser)

Wednesday, May 9, 2012

Song of the Day: Reflection (Christina Aguilera)


And again, I'm thinking of my proposal.

Just so you know, I've been ignoring my proposal thingy since quite a month. Since before I went to Langkawi.

Don't you think it's some kind of irresponsible to do that???

Yes, I know. huhu I feel so pathetic to myself.

You know, I'm a freelance translator and editor. Several months ago, I translated someone's questionnaires. It means that person was collecting data (which is the stage after proposal). Several months ago, I translated someone's thesis.

And now, guess what? I'm editing their final writing!

Oh, wow! Dear me!

A knock smashing hard to my head when they contacted me today to edit their work...

I wonder...

What have I been doing????

They are already towards the end of their journey, while I'm still here!

Oh, pardon me to write quite a lot...

So, I just stumbled with this video and I would love to share it with my readers...

I think this song entitled Reflection by Christina Aguilera is somewhat motivational and suits my situation right now....

Enjoy!




Friday, May 4, 2012

Langkawi 2012-Day 6 (Last Day-Shopping!)

Huhuhu...the last day!

Can't believe we were there for six days already! It seemed so short. Yet, it was full of activities...

I think, this was the best vacation ever!

We came here stressed...but we released them all during our stay here...

But, we can't forever run from our problems...Like it or not, we have to face it! So, after this, we were going back to our normal life...But, let's enjoy before going back to the hustle bustle of the city!


-Last shot at the beach beside our motel-


-There were many people coming here because it was Saturday-


-We were leaving while others were coming to enjoy their weekend-


-Sweet memories-


-Won't forget my days spent with these two girls-


So, we checked out at 9am. We started our journey to Kuah immediately after that.

Though it was quite early, most of the food at stalls were finished already. Luckily, we found a stall and had rice for breakfast. Must get enough energy for shopping! hahahaha

Then, immediately we searched for Haji Ismail Group's supermarket. Oh, HIG had many branches! I just knew that..

The prices of items on this island vary differently, though it is the same item! So, you have to be very careful and always compare the prices before you buy it. The difference is very large. Not only one or two ringgit...But up to RM30-40! Be careful! Even it is only on the next door, the price is very different.

So, to be safe...just go to Haji Ismail Group to do your shopping...or to a few other shopping malls.

For souvenirs, we found that the prices in Kuah town were quite expensive...compared to the shop that we found at Makam Mahsuri. So, we decided to do our shopping very quickly and headed back to Makam Mahsuri to buy souvenirs.

After all, we had to go there too to return the car and go to the airport...


-Some of the items from HIG hahaha-

Seriously, we shopped like CRAZY! Because there were so much to buy in a very limited time!

If you had noticed in my previous post, this was the ONLY day that we did our shopping...

After shopping at HIG, we headed to a shopping mall near Langkasuka Hotel...I had been there during my visit with my family, and I knew there were abundance of cheap but branded perfumes!

Yes, we shopped like CRAZY, again! I bought two perfumes...Well, consider it was quite a lot for me because I already had three perfumes at home! hahahaha

My other two friends got themselves a purse each (which was very cheap for a branded item). Another friend also bought two perfumes....fuuuhh

Oh, wow! We were running late for lunch! But we made a stop at Makam Mahsuri first and bought whatever we could grab for souvenirs.

Again, the brother of my friend invited us for lunch. This time, he cooked for us. So exciting! A chef cooked for us!

It was undeniable, delicious! Lucky us!

I was worried about the items that we just bought. We needed to rearrange all of them because we were afraid if the luggage would exceed 20kg and we had to pay additional charges...

Yes, it was! It exceeded 20kg! But luckily, the person in charge said we could bring the extra kg as our hand luggage (which I was quite worried too because only 7kg was allowed for hand luggage). Fortunately, we passed the security check and we were happy because we didn't need to pay extra charges worth RM80! Fuuhhh...


-Finally, boarding...leaving the island with the most wonderful memories ever!-

I hope all of you enjoy my posts. I just want to share so that you will know what Langkawi Island has to offer. Before this, I didn't know that there were a lot of things to try there...even though I had been to Langkawi so many times hahahaha...

One thing for you to bear in mind: The food on the island is super expensive...If you would like to save money, be prepared. Maybe you should get a hotel with coffee/tea making facilities. Maybe you can save your budget for breakfast and supper...

Or, just bring an electric kettle and iron on your own! Seriously, I regretted for not bringing these two items...hermn. We had to borrow an iron from my friend's brother. That was lucky. What if my friend didn't have her brother there?

So, that's all...

Thank you for reading!

Just drop your comment if you want to share your experience with me ^^,
I would love to read it

Langkawi 2012-Day 5 (Island Hopping)

Today, we were required to wait a bit later than the previous 2 days. At 9 am.

So, we decided to have a proper breakfast first. We hoped to find some rice but we ended up at a Western restaurant. So, we only ordered sandwiches. Fortunately they were scrumptious!


-Nescafe is a must for my breakfast hehehe-


-Today, unlike the previous days,the boat was full of people. And only today, there were many locals. Usually, only the three of us representing Malaysians hahaha-


-I was wearing contact lens , you know...It was easier if I were to swim or getting involved in any activities-


-However, it was an open boat. As it was speeding, the wind blew hard on my face. So, I had to put on my sunglasses to prevent my eyes from drying. I was quite worried if my lens flew away hahaha ^^,-


-We were enjoying the view of small islands-


-Actually, we also had eagle feeding at Pulau Singa Besar but again, we don't have the picture-



-I loved seeing the green colour of the water-


-Arriving Pulau Dayang Bunting-


-I had to put on that pink sticker because we were from different packages-


-There were a lot of monkeys hanging around that island-


-They were sitting on our walking track. So, we were very cautious-


-That is the label-


-Our track towards the lake-


-Seriously, we had to climb up the stairs. A lot of stamina needed!-


-I wonder about other people...I mean older people. We were not informed that we had to walk along quite a challenging track-


-Now, after this, we had to climb down a very steep staircase before reaching the lake-


-I could see the lake!-


-Paddle Boats-


-The packages offered there-


-We were thinking: to swim or not to swim?-


-Because we didn't bring any change. Just look at my bag...-


-But I was so excited to swim in that lake. So, we decided to rent the life jacket for RM5 each.-


-The water is very deep. I can't remember how deep it is. Maybe 3 storeys of a building? Can't remember huhu-


-We enjoyed the fresh water-


-I wasn't dragging her hahaha ;p-


-We wanted to reach that rope-


-But I didn't dare to go any closer because it was quite hard to control myself hahaha-


-My friend got a problem with her life jacket-


-I got really worried because the lake was very deep. I asked her to come out and fix the jacket-


-But she said: it's okay-


-For those who didn't wish to swim, they just sat on the platform-


-Or rented a paddle boat. It was quite expensive for us. So, we didn't take it-


-It's time to go back-


-Last shot-


-We had to pay RM10 upon getting the jacket but we got RM5 back when we returned it in a good condition-


-I didn't know what was the area for-


-The monkeys were searching for fleas-


-Me and friend wanted to dry up our clothes-


-So, basically we were sunbathing-


-The catapult should be used to prevent monkey attack-


-Since there was no monkey attack, can I? hahaha-


-Then we went to Beras Basah Island-


-There we were, the two in the middle-


-My body also felt itchy here. I was worried about jellyfish. But maybe there wasn't any jellyfish-


-It was near noon. The tide was going up. The waves became stronger. As we were not wearing life jackets, we decided to get out of the water.-


-The jetty at Beras Basah Island. Why was it called Beras (Rice)? Maybe because the sand there looked and felt like rice grains...seriously-


-I think they are anchovies (bilis). Aren't they?-


-This might be the last day we would be at a jetty. Finally, our package ended...quite early for that day-


-The local's house-


-Before going for the island hopping, they snapped our picture. When we got back, they had printed our pictures on those plates and sold it for RM10 each. But if you didn't want to buy it, it's just okay-


-Since we got back at our motel early, we decided to swim at the beach beside our motel-


-But, as I said, the tide had gone up. So, we didn't dare to swim. The current was too strong-


-So, we ended up sleeping like a baby. We planned to go for shopping at Kuah town that night but we didn't wake up on time. So, we planned to go to Kuah on the next day since it was already late-


-We went out for dinner at Telaga Restaurant. And we walked along Cenang Beach, looking for souvenirs. Just so you know, Cenang gets alive at nights....-

That night, we started to pack our things because we were going to check out early and go for shopping! Yeay!

Quite sad because 5 days seemed so short.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts