Tuesday, August 1, 2017

Aku Tertanya Lagi

Tuhan, hati kecil ini berbicara kembali
Membuatkan aku tertanya lagi
Beratnya dugaanMu ini sungguh aku tak mengerti
Jerih perih payahnya
Seksa jiwa ini
Tuhan, sampaikanlah bantuanMu
Buat hamba insan kerdil ini
Sungguh sakit tak tertanggung
Menahan derita ini
Yang tak mungkin orang biasa mengerti
Aku tertanya lagi
Kenapa aku diuji begini
Jiwa ini sakit, semakin luka
Darah jiwa yang mengalir
Pedihnya tak terungkap dengan kata-kata
Tuhan, sungguh aku mengharapkan bantuanMu
Kerana diri ini kadang-kadang dirundung pilu
Kenapa malang sentiasa datang bertimpa
Sudah ku cuba
Sudah ku usaha
Mencari kesilapan diri ini
Sungguh aku tak bisa berdiri lagi
Jika harus terus terseksa begini
Tuhan, bebaskanlah aku
Dari cengkaman duniawi
Yang tampaknya semakin membelenggu diri

Monday, July 17, 2017

Kehilangan Arah

Sekali lagi kehilangan tempat mengadu. Apa yang ditakuti kini benar-benar terjadi. Walaupun memang sudah dijangka, tetapi tetap memberi kesan kepada hati dan semangat ini. Tatkala kesusahan yang menimpa di tahap paling dahsyat, barulah kita kenal siapa kawan siapa lawan. Biasa. Orang yang kita bantu itu takkan dapat bantu kita balik. Kadang2 moral support sudah cukup tapi kalau itu pun tak boleh nak bagi, tak tahu lagi nak kata apa. Aku benar2 pasrah. Semua masalah berpunca dari dia. Dan kini dia nak menjauhkan diri. Semuanya hanya untuk membantu dia tetapi kini bila aku dah susah, dia mahu menghilangkan diri atas alasan terasa tidak berguna kerana dia tak mampu bantu aku. Jika dulu, aku akan berharap untuk dia stay. Tetapi kini tidak lagi. Bukan sekali, tetapi sudah banyak kali. Mungkin sudah tiba masa dan waktu, aku hadap sahaja semua ini sendiri. Aku masih memerlukan bantuan tetapi bukan dari dia lagi. Hati ini sangat parah sampai tak tau dah nak rasa apa. Hilang arah. Bagaikan zombie.

Tuesday, July 11, 2017

Dihimpit Waktu

Sendiri aku di sini
Menahan tangis dan sendu
Tatkala yang lain lena dibuai mimpi
Aku terpegun di sini menyalahkan takdir
Kenapa aku ditimpa ujian sebegini?
Kenapa aku yang terpilih untuk duduk dalam situasi ini?
Di mana salahku?
Apa salahku?
Aku cuba, sudah aku cuba untuk buat yang terbaik
Aku berusaha, aku jatuh, aku bangkit
Namun tampaknya semua sia-sia
Hati ini sudah bengkak menahan rasa
Sudah lama aku cuba cekalkan hati
Sudah lama aku menahan tangis ini
Tetapi hening ini, ia terobek kembali
Mengenang kisah lalu yang tak mungkin dapat diulang kembali
Meratapi dalam tangis, malang yang bertimpa
Lepas satu, satu
Terkadang rasa ingin mati
Mujur masih punya iman di hati
Ingin sahaja aku melarikan diri
Dari semua yang ada
Tinggalkan dunia yang fana ini
Sudah aku cuba untuk redha
Namun aku hanya manusia biasa
Aku sudah tidak berdaya
Kudratku semakin hilang
Ditelan masalah yang bertimpa
Waktu semakin membelengguku
Sinar yang ku harapkan
Bagai menyepikan diri
Apakah hikmah di sebalik semua ini?
Aku bertanya lagi seorang diri
Fikiran semakin kusut
Selera semakin susut
Mencari makna yang tersirat
Apakah masih ada hikmah di sebalik semua ini?
Aku pun sudah tidak pasti
Peganganku semakin goyah
Langkah ku semakin lesu

-Aziemah Gekozen, July 2017-

Saturday, June 17, 2017

Decision in the Making

I've been through some series of changes lately. These changes are making me to rethink and reconsider what I really want in my life. What I really desire.

Before, I have always wished to be an outstanding person. Not living a normal life and achieve something that not a normal people can. However, now, everything has changed. All I want now is just a normal life. I just want to live like a normal person. Happily without any abnormal concerns.

Everything that happens really makes me not only stressed but so depressed to the point that my body reacts without my brain knowing it.

I am slowly setting my heart on something. All I want is to get away from everything and be the normal self that I used to be. The old me, the introvert me. All these years have been really tiring. I have experienced everything I need to and now I have learned my lessons.

As I am setting my heart into this, and whether or not I am receiving any support, I think I'll just carry on. A year with someone which I thought can be my other half has not been promising enough. So much obstacles coming along the way until I do not know what else I am hoping for.

So, there it is. I have set my heart on it. Now let the time decide how it will turn out in the future. I still hope for the best and only the best.

Thursday, February 23, 2017

Be Careful of What You Wish For

Pasti ramai yang pernah dengar phrase ini: Be careful of what you wish for, coz you just might get it all.

Dulu, bila saya dengar ayat ini dalam sebuah lagu, saya rasa agak hairan. Kenapa nak kena berhati-hati dengan apa yang kita mahukan? Dan kalau kita dapat apa yang kita mahukan, bukan ke itu memang BAGUS? Siapa yang akan rasa sedih kalau dapat apa yang dia mahukan, bukan?

Semakin lama masa berlalu, saya rasa saya semakin faham dengan maksud yang tersirat di sebalik nasihat itu. Paling senang nak kaitkan contoh adalah tentang hal mencari jodoh.

Tahun ini usia saya sudah menginjak ke angka 28 tahun. Sudah tentu ramai kawan saya yang sudah berkahwin dan ada sudah 2,3 orang anak sedangkan saya masih bujang. Saya teringat dulu masa tahun 2010, ada orang pernah nasihatkan saya, mungkin saya patut senaraikan apa yang saya cari sebagai calon suami saya.

Tidak disangkal, ramai yang mengatakan saya memilih. Biasanya saya akan jawab, macam mana saya nak memilih kalau senarai calonnya pun tak ada? Okey, berbalik kepada senarai kriteria yang saya cari. Saya tak buat senarai seperti yang dinasihatkan sebab sebenarnya dalam kepala, dari dulu lagi saya sudah ada kriteria tertentu yang saya cari.

Pertama sekali, apabila berkenalan dengan seseorang, jujur, soalan pertama yang saya tanya adalah merokok atau tidak. Dan sudah tentu, memang jarang untuk jumpa lelaki yang tidak merokok walhal kriteria nombor satu dalam senarai saya adalah tidak merokok.

Kedua, saya akan tengok bagaimana background family dia. Kebanyakan orang yang saya kenal, mereka ada family yang boleh dikatakan complete. Jarang yang saya jumpa ada single parent. Kalau ada pun sebab ayah dia sudah meninggal. Dan maaf saya katakan, saya merasakan mereka yang ada complete family ini takkan boleh memahami family saya yang agak complicated. Saya bukan cari orang dari broken family tetapi entahlah, saya rasa kalau orang yang family dia perfect dan jika ada masalah pun, hanya masalah family yang biasa, saya rasa orang itu tidak sesuai dengan saya.

Seterusnya, saya tahu kriteria ini agak pelik tetapi saya mencari orang yang buat bisnes. Saya kurang berminat dengan lelaki yang kerja office hour sebab saya berfikir, nanti bila sudah kahwin, banyak benda yang akan sangkut. Contohnya kalau saya nak bersalin ke, suami terpaksa apply cuti atau kalau anak sakit tapi suami tak dapat cuti, susah saya nak uruskan sorang2. Sekurang-kurangnya, kalau dia memiliki bisnes sendiri, dia boleh bergerak ke mana sahaja sesuka hati.

Dan mungkin last but not least, saya tengok kalau orang itu pernah mengalami masalah yang berat. Kerana bagi saya, masalah akan mematangkan seseorang. Dan untuk keadaan saya sekarang, saya memerlukan orang yang sangat matang dalam hal kehidupan. Saya memerlukan orang untuk membimbing saya kerana masalah yang saya ada bukan dialami oleh orang yang hidup dia normal. Masalah apa? Saya pun tak tau macam mana nak cerita tapi apa yang pasti, di kalangan kawan-kawan dan orang yang saya baru jumpa, mereka tak ada masalah yang saya hadapi. Jadi, saya memerlukan orang yang boleh berhadapan dengan challenges.

Dan betullah apa orang kata, be careful of what you wish for, coz you might just get it all. Semuanya benar belaka. Saya menemui seseorang dengan semua kriteria yang saya sebutkan tadi. Saya ulang, semua. Maknanya, orang itu merokok, complicated background, bisnes, pernah berdepan dengan masalah berat.

Ada orang pernah cakap, jangan sebut apa yang kita tak nak sebab itu yang kita akan dapat. Jadi, sebab itu saya jumpa orang yang merokok hahaha. Dan setiap kriteria yang saya sebutkan, ada dugaannya yang tersendiri. Tak perlu saya huraikan satu per satu sebab akan menceritakan perihal dia pula.

Walaupun begitu, kami masih di peringkat perkenalan. Belum ada apa yang pasti. Cuma saya terpanggil untuk menulis post ini kerana saya baru terfikir kaitannya dengan apa yang saya wish for bertahun-tahun dulu kini mula menampakkan result.

Kadang-kadang, tipulah kalau saya tak pernah persoalkan, kenapa Tuhan uji saya sebegini rupa? Kenapa Tuhan tangguhkan jodoh saya? Kenapa saya masih belum bertemu Mr. Right? Dan di saat saya sangkakan saya sudah bertemu orangnya, banyaknya dugaan di tengah jalan yang membuatkan saya give up sahaja dalam bab relationship. Mahu sahaja saya cuma fokus pada kerjaya tetapi saya juga manusia, kadang-kadang saya juga mahukan teman hidup. Untuk buat perkara simple seperti makan dan tengok TV pun kadang-kadang terasa macam loser sangat sebab semuanya buat sendirian. Penyudahnya, tidur membuatkan saya tidak berfikir tentang semua itu.

Apa pun, saya berharap tulisan saya kali ini dapat membuka mata seseorang untuk perbetulkan balik wishlist. Cuba renung balik. Jangan buat silap macam saya. Saya percaya, Tuhan itu maha adil. Dia dengar apa yang kita minta. Dia akan bagi semua yang kita minta tapi sama ada Dia bagi sekarang atau lambat saja. Sebab itu orang kata, be careful of what you wish for, coz you just might get it all.



 

Friday, September 2, 2016

Personal Loan? Think Again...

Kalau zaman dulu, nak apply loan dengan bank mungkin susah sangat tapi zaman sekarang, bank siap call kita lagi nak offer untuk ambil personal loan! Kalau bukan dia call pun, kita pegi mana2 pun memang senang nak dapat. Just walk in, bagi IC, dia tolong print penyata KWSP, bagitahu berapa yg kita layak apply, bam! Approve masa tu jugak! And kita check account beberapa minit lepas tu, duit dah ada! Macam tak percaya!

Aduhai. Punya senang nak buat LOAN rupanya tapi berapa ramai yg sedar sebenarnya loan macam ni tak perlu pun. Seksa nak membayarnya. Ada org pernah cakap, SENANG approve tapi SENANG nak jadi bankrupt hanya semata-mata sebab tak dapat bayar di kemudian hari.

Cuba fikir, loan yg diapply cuma RM5,000. Duit cash yg dapat tak sampai 5k sebab ada sikit tolak utk cover insurans sbb kalau meninggal, sape nak bayar? Dan campur tolak interest gedebak gedebuk, end up ko kena bayar dekat RM9,000.

Cuba fikir balik. Buat kira2 balik. Berbaloi ke tak berbaloi?

Mungkin, ada org yg memang terdesak nak pakai duit. Macam saya beberapa tahun dulu, terpaksa buat jugak loan sbb memang nak pakai duit tapi sampai skrg saya menyesal sbb tiap2 bulan kena bayar loan. Saya duk fikir, kalau saya simpan duit sendiri lagi bagus.

Bodohnya saya masa tu. Belum celik kewangan dan mungkin keadaan yg memaksa.

Saya berharap saya takkan ulangi kesilapan yg sama dan saya harap org lain juga sama. Jangan hanya kerana nak bermewah, pergi buat personal loan. Nak kahwin? Kalau boleh jangan berhutang.

Sebenarnya walaupun saya dah celik kewangan dan dah tahu risikonya, saya terjebak lagi dgn personal loan ni tapi atas sebab2 yg tak dapat saya elakkan. Dan sekali lagi saya menyesal tak sudah. Tolong, jangan jadi macam saya. Hidup hanya utk bayar hutang. Hidup berhutang ni tak bahagia. Lambat sikit bayar, bank call hari2. Tak cukup dengan tu, sms lagi suruh bayar dan ugut akan ambil tindakan. Tak ubah macam along.

Saya dah rasa. Saya dah buat silap. Sekarang saya cuma nak settle semua hutang saya cepat2 dan bersihkan nama saya dari rekod bank. Dan saya berharap sangat, anda semua kat luar sana, fikir masak2. Ya, ramai juga yg buat loan sbb nak tolong org. Nasihat saya, JANGAN! Jangan sebab nak tolong orang, akhirnya kita yg merana. Sebab tak mustahil, org yg ditolong tu gigit balik tangan yg menolong dgn seikhlas hati ni.

Dah banyak yg saya lalui. Walaupun saya ada ilmu, saya sedar apa yg sedang berlaku, tetapi saya masih buat silap. Yang terbaru, golongan MLM ni sangat menggalakkan org utk buat loan. Itu lagi satu hal. Mungkin ada yg betul, tetapi banyak jugak yg salah. Nak berniaga pilih jalan yg betul. Jangan masuk skim cepat kaya.

Menyesalnya saya Tuhan saja yg tahu. Hari2 menangis pun dah tak guna. Hadap saja masalah dan berdoa supaya Tuhan tunjukkan apa hikmah di sebalik semua kejadian ni.

Personal loan? Think again...

Jangan jadi macam pepatah kata, korek lubang gali lubang. Hutang sini utk bayar hutang sana.

Wallahu'alam.

Tuesday, August 9, 2016

Jatuh Bangun Terduduk

Mungkin kita biasa dengar cerita-cerita tentang orang yg pernah jatuh, yg pernah gagal dalam hidup atau perniagaan atau percintaan dan sebagainya. Mudahnya orang menceritakan, "Dulu si polan tu sangat berjaya, sekarang dia dah down. Dia dah jatuh. Habis semuanya." Dan mudah juga kita yang hanya mendengar tetapi sebenarnya kita tak dapat membayangkan keperitan yg dialami oleh orang tersebut.

Sekarang, Tuhan memilih saya utk berada dalam situasi itu. Saya tidak menganggap diri saya gagal kerana apa yg terjadi bukanlah disebabkan saya tetapi disebabkan keadaan yg tidak dapat saya kawal. Tetapi apa yg pasti, saya merasa sangat2 down. Tipulah jika saya kata saya tidak terkesan dengan apa yg terjadi.

Dugaan demi dugaan datang menimpa. Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Tetapi berkali-kali ditimpa tangga ni. Dan apabila saya mengalami kesukaran begini, dan saya juga pasti kita semua juga sama, saya memerlukan sokongan dari orang-orang yg dekat dengan saya.

Tetapi apa yg lebih teruk adalah orang yg saya harapkan sokongan sahaja, bukannya bantuan dari segi material atau kewangan, telah memutuskan untuk meninggalkan saya terkapai-kapai keseorangan dalam masalah yg tidak berkesudahan.

Puas saya berfikir, di mana salahnya. Saya buntu. Tetapi saya mendapat kesimpulan, masa susah ni lah baru kita tahu siapa kawan siapa lawan. Mudahnya untuk menguji manusia. Tatkala dia sedang susah, saya sentiasa memberi sokongan dan bantuan. Tetapi bila tiba giliran saya, ini yang dibalas.

Ya, saya bukan mengungkit. Saya tidak berkira dengan apa yg saya lakukan. Cukup sekadar berada di sisi saya untuk melalui semua kesusahan ini. Tidak banyak yg saya minta, hanya moral support. Tetapi tanpa ragu-ragu, mudahnya dia membuat keputusan.

Pada awalnya, saya memang sedih, kelu, terpempan. Saya bagaikan bermimpi. Betul-betul tidak percaya dengan apa yang terjadi. Semuanya bagaikan tidak wujud. Saya telah menerima tamparan yg sangat hebat dalam hidup saya. Terasa ingin lari jauh dari semuanya dan menyepikan diri dari dunia ini. Hati saya benar-benar kecewa. Saya sudah penat untuk melalui semua ini berseorangan.

Saya betul2 penat dan tidak sanggup lagi untuk berdepan dengan orang2 yang tidak jujur hatinya, yang tidak ikhlas berkawan dengan saya, yang berkawan dengan saya hanya untuk mengisi kelapangan, hanya untuk menghilangkan rasa bosan. Sedih. Terluka hati, tertusuk sangat dalam.

Karma itu wujud. Tuhan itu ada. Saya terus-menerus katakan ini kepada diri sendiri. I just need a break. Saya cuba yakinkan diri saya bahawa semua yang terjadi mungkin ada hikmah di sebaliknya. Saya katakan kepada diri, mujurlah Tuhan tunjuk kebenaran sekarang daripada nanti sudah terlambat.

Tetapi saya masih persoalkan, Why now? Oh God, why?

Di saat saya benar2 berada di bawah. Di saat saya sedang menghadapi kesukaran yg maha hebat. Dugaan yg paling berat dalam hidup saya. Kenapa ia perlu terjadi sekarang?

Astaghfirullahalazim. Sungguh tak sangka. Apa yg saya dengar, apa yg saya baca selama ini sekarang berlaku kepada diri saya sendiri. Apakah saya tidak mengambil pengajaran dari pengalaman orang lain?

Mungkin ya, mungkin tidak. Patutlah ada ayat al-Quran yg mengatakan, ada mata buta, ada telinga pekak.

Ya Allah, apa yg aku dah buat dengan hidup aku?

Saya menangis. Bukan kerana sedih sebab orang itu sudah tidak ada. Tetapi sedih dengan apa yg sudah berlaku dalam hidup, perkara yg tidak dapat ditebus balik, masa yg habis yg tidak dapat diputar kembali.

Saya sakit hati, marah kerana saya tidak nampak sifat sebenar orang-orang di sekeliling saya. Kenapa saya tak nampak semua ni? Naif sangat ke saya? Kenapa saya terlampau bersangka baik kepada orang lain? Sedangkan orang itu hanya mengambil kesempatan ke atas saya.

Kerana saya percaya, setiap orang ada kebaikan yg tersembunyi, ada nilai yg dia sendiri tidak nampak. Sebab itu saya bertahan dengannya di saat dia mengalami kesusahan. Namun, semua itu hanyalah sia-sia.

Kali ini, saya banyak belajar. Orang yg nampak ikhlas pun boleh jatuhkan saya. Ramainya orang bersifat hipokrit dalam dunia ni. Apa tujuan nak menjatuhkan saya, saya pun tak tahu. Saya belum pun berdiri tinggi tetapi kenapa dah ada orang nak jatuhkan saya?

Dan saya rasa mereka berjaya. Sekarang saya memang jatuh. I am at the lowest point of my life. Apa yang lebih teruk daripada dijatuhkan oleh orang kepercayaan sendiri? Orang yang selama ini saya berkongsi kisah suka duka. Orang yg selama ini banyak juga membantu dalam hal2 tertentu. Tetapi akhirnya orang yang sama itulah yg menjatuhkan saya, yang meninggalkan saya.

Saya sudah hilang kepercayaan. Jiwa saya benar2 kosong. Mujur saya masih ada Tuhan. Saya masih ada agama. Dan saya tahu, Tuhan menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Saya memang rasa tak mampu nak lalui semua ni lagi. Allah, pinjamkan kekuatanMu kepada hambaMu yang lemah ini.

Kalau orang itu terbaca tulisan saya ini, saya tak tahu apa yang anda rasa. Apa kepuasan yg anda dapat bila buat begini pada saya. Saya memang sedih dengan apa yg terjadi. Kesannya memang teruk. Tetapi kalau macam ni sikap anda terhadap saya di saat saya mengalami kesusahan, tak apa. Saya tak rugi sebab saya tak perlu hidup dengan org yg hipokrit. Yg menipu diri sendiri dan menipu saya dan org lain selama ini. Banyak yg saya nak luahkan, tetapi semuanya saya hold sebab tiada guna lagi bercakap dengan org yg melayan saya macam sampah.

Cukup saya minta jangan buat macam tu lagi pada org lain. Karma itu wujud. Mungkin dia dah rasa apa yg saya rasa sebelum ni. Saya tak perlu doa supaya Tuhan buat dia rasa apa yg saya rasa. Saya hanya nak dia sedar.

Saya masih di bawah. Saya masih terduduk. Sedang termenung. Merenung langit. Memerhati dengan pandangan kosong. Orang lain semakin menggapai impian tetapi impian saya musnah begitu sahaja. Semuanya hancur lebur. Nothing left for me anymore. Saya terpaksa bina semuanya semula. Terpaksa bina dari bawah balik. Kejatuhan saya memberi kesan kepada keluarga saya kerana sayalah tempat keluarga bergantung. I feel so bad for them.

Kalau saya jatuh seorang, tidak apa. Tetapi kesannya hingga ke orang yg saya sayangi. Allah, pertemukanlah aku dengan orang yg benar2 ikhlas hatinya. Aku sudah tak sanggup untuk rasa kecewa lagi. Amin...

Saya dah tak tahu apa yg saya nak dalam hidup ni. I am slowly picking myself up. Picking my heart that shattered into pieces and trying to mend everything. Saya dah agak benda ni akan berlaku tetapi saya tak sangka ia akan jadi seteruk ini. I have screwed up my life, totally screwed up.

Tetapi saya katakan pada diri, orang lain kena lagi teruk. Semoga saya dapat melihat hikmah di sebalik semua yg berlaku ini. Saya cuba melupakan semuanya dan teruskan hidup. Saya perlu bangkit semula. Bukan untuk diri saya sahaja, tetapi untuk keluarga saya juga. Dan diri saya sendiri yg perlu menyokong saya. Jika tiada sokongan orang lain pun tidak apa. I can survive alone. Thank you for everything. I will forgive but I will never forget.

You were everything, everything that I wanted
Were meant to be, supposed to be but we lost it 
And all of the memories, so close to me, just fade away
All this time you were pretending
So much for my happy ending

It's nice to know that you were there
Thanks for acting like you cared
And making me feel like I was the only one
It's nice to know we had it all
Thanks for watching as I fall
And letting me know we were done

-Avril Lavigne, My Happy Ending-






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts