Monday, May 14, 2012

Tanda2 Alergik terhadap Lipbalm atau Lipstik

Hai semua!

Haa...kepada kaum wanita, mesti biasa pakai lipbalm atau lipstik kan?

Kebanyakan orang yang tak pakai mekap pun mungkin akan pakai lipbalm sebab nak elakkan bibir kering. Kadang2 lipbalm ni perlu kalau tempat kerja atau rumah tu ada air-cond. Cuaca panas pun boleh menyebabkan bibir kering jugak...

Tapi, dalam banyak2 lipbalm dan lipstik yang dijual secara berleluasa di kedai2 dan secara online, sebenarnya ada yang boleh menyebabkan alahan atau alergik kepada kita. Pernah alami tak?

Bagi mereka yang baru2 nak belajar pakai lipstik atau lipbalm ni, anda kena tengok beberapa tanda alergik seperti di bawah...

Well, ini yang saya alami sendiri...tak tau lah kalau orang lain macam mana kan...

Tahap Pertama

Mula2 pakai memang rasa seronok...barang baru kan, kita mesti rasa seronok pakai. Tapi, setelah beberapa kali dipakai, jika anda alergik terhadap produk tu, anda akan mula rasa TAK SELESA pada bibir. Rasa macam pedih2, macam kering (padahal pakai lipbalm), dan mungkin rasa gatal (terutamanya bahagian dalam bibir).


Ada orang cakap, kalau nak tau produk tu sesuai tak, tunggu 15 minit lepas pakai dah boleh rasa. Tapi dalam kes saya, selepas dua tiga hari baru rasa tanda2 kat atas tu...




Tahap Kedua
Jika anda sudah mengalami tanda2 di atas, tetapi masih terus memakai produk tersebut, lama-kelamaan bibir akan terasa semakin gatal. Anda akan kerap menggaru bibir, atau menggigit bibir dengan gigi sebab gatal. Bibir terasa semakin kering. Bukan kering biasa macam tak cukup air tu. Kering dia tu lain macam sikit. Rasa macam nak letak air je selalu pada bibir tu...

Tahap Ketiga

Dulu, disebabkan tu first time saya alami alergik pada lipbalm...maksudnya, saya tak tau yang semua tu disebabkan oleh lipbalm, ingatkan disebabkan oleh air-cond...so, saya dengan automatik sampai ke tahap ketiga.

Agak kronik laa...sebab saya ingatkan bibir kering sebab air-cond, jadi saya makin rajin pakai lipbalm. Padahal itulah punca utamanya! huhuhu...

Setelah dekat seminggu gatal2 pada bibir, bibir saya mula membengkak. Rasa macam Angelina Jolie dah masa tu...hehehe. Bila membengkak, bibir jadi berair. Mula2 ingatkan air liur (tapi pelik la kan, takkan air liur meleleh pulak). Lama2, kesat punya kesat, air tetap ada.

Nak cakap nanah bukan. Tapi yang pasti, bibir tu berair dan memang rasa GATAL. Uish, masa ni memang tak pakai dah lipbalm tu sebab duk lap ngan tisu jer.


Tahap keempat (KRITIKAL)

Setelah beberapa hari bibir berair, saya rasa tak sedap hati. Saya pun plan nak jumpa doktor.

Padahal masa tu saya fikir: Perlu ke jumpa doktor? Bibir bengkak aje pun...Macam mengada-ngada la pulak nak jumpa doktor.

Sebelum saya pergi klinik, saya perasan yang saya semakin kerap bersin. Saya rasa pelik jugak kenapa bersin kerap sangat? Padahal takde makan belacan pun. Rasa gatal dalam hidung.



Apa doktor cakap?

Nak dijadikan cerita, saya pun jumpa doktor. Doktor suruh saya buka mulut luas2. Dia suluh dalam tekak. Saya cuma cakap bibir bengkak dan berair. Saya pun tak tau apa masalah saya masa tu.

Doktor cakap: Awak alergik ni. Awak pakai lipstik atau lipbalm?

Dah tentu ya. Dan saya baru teringat, lipbalm tu baru je saya beli. Dan semua tanda2 ni wujud lepas saya mula pakai lipbalm tu! Ades, kenapala saya tak sedar awal2 huhu

Doktor pun cakap lagi: Alergik ni sebab dah lama biar, dia merebak ke bahagian dalam mulut saya. Bahagian tekak tu pun dah ada tanda2 nak kena jangkitan. Dan dia cakap lagi, jangkitan tu sebenarnya dah sampai ke hidung saya (Saya tak cerita pun saya bersin, nampak sangat kesan jangkitan tu ketara).

Dan, dia cakap, kalau saya lambat lagi pergi dapatkan rawatan, ada kemungkinan jangkitan akan merebak ke paru-paru! Huwaaaahhhh!

Dahsyatnya! Tak dapat nak gambarkan betapa risaunya saya masa tu..

Lepas lebih seminggu, setelah makan ubat dan sapu ubat, saya sembuh sepenuhnya. Saya terus buang lipbalm tu walaupun masih baru.


Lepas tu???


Lepas tu, saya memang berhati-hati sangat bila pakai lipstik atau lipbalm baru. Kalau rasa gatal2 sikit tu, memang saya takkan pakai dah. Biarlah barang tu mahal pun, jangan fikir membazir. Fikirkan kesihatan kita!

Oh ya, saya memang senang kena alergik dengan lipbalm atau lipstik murah..tapi yang mahal pun ada jugak yang tak sesuai. Terpaksa bagi pada orang huhu

Tapi...saya nak tegaskan kat sini, silalah berhati-hati dengan pemakaian lipstik dan lipbalm ni. Kalau ada tanda2 tu, jangan biar sampai ke tahap kedua. BAHAYA tau!

p/s: Mungkin akan ada orang kata, tak payah pakai lagi senang. Tak membazir duit, tak kena jangkitan. Tapi sebenarnya, kadang2 benda ni perlu untuk elakkan bibir kering dan juga sakit (Ada pulak sakit lain kalau bibir kering sangat macam ulser)

12 comments:

faheem addin said...

Boleh tau x doc bg ubat ap sbb saya pun alami sume tanda2 nie n dh pg pakar kulit dh. Dy bg scrub bibir n lip balm eucerin. Baik kejap je lepas tue jadi blk mcm nie. So saya just nk tau ubat ap yg doc awak bg n mmg terus baik ke, xd kena lg mcm nie?

Unknown said...

Ubt pe ye sya pon dah ada tanda tu.

Anonymous said...

Eh sama la...jd mcmni lps 5 taun pkai lip balm metholatum tu...plik jgk knape tiba2...skrg x bole nk pkai ape2 kt bibir ni wlupon kdg2 tringin sgt nk tenyeh lipstik...lipstik mahal skalipun, tetap elegik...klau kata da smpai bole efek paru2...rsau nye...sbb sy pon sejak2 ni suka sgt bersin...

Aziemah Gekozen Great Eastern Takaful said...

Alamak...saya minta maaf sangat2 sebab saya tak perasan langsung komen yang ada di post ini. Nama ubat tu pun saya dah tak ingat tapi biasanya kalau saya terkena lagi alergik macam ni, saya cepat2 sapu Oral Aid (botol kecik, label hitam) atau Bonjela (tiub kaler biru). Biasanya kalau sapu bonjela, dah boleh hilang gatal2 tu.

Sekarang dah ada solution baru. Saya pakai lipbalm D'Herbs sebelum pakai apa2 lipstik atau lipgloss. Kalau sebelum ni saya pakai lipbalm biasa sebelum pakai lipstik, bibir memang menggelupas. Lepas saya mula pakai D'Herbs ni, bibir dah okey. Dah lama tak kena alergik pada bibir. Hope this helps all of you and thanks for visiting my blog :)

Dyah Ai said...

Sye pon pernah alami simptom y same. Cam2 lipstik dh try including d'herb, mentholatum, homemade lip balm, Vaseline & byk lagi. Sye just leh gune Majerin or butter je, :-(

Unknown said...

Da dekat 2 tahun sy kene alergic ni.. Da mcm2 guna still k ok.. Sekarang tgh pkai remdii

Eylaa jumrie said...

Sye pon rase sye tgh alamai bnde ni . Skrg bibir sye sakit sgt rase gatal dan pedih . Tktahu nk letak apedah . Perlu pegi dokter ker ? Sbb rase gatal tu dh rase smpai ke tekak . Pergi jmpe doc klinik biase ker or pakar mulut ? Hihi

Unknown said...

sya sakit gusi masa beli lips smlm trus pakai.. pagi da bengkak gusi..

Unknown said...

Lipmatte pertama di Malaysia yang menggabungkan serum dan lipmatte menjadi satu (2 in 1).

👄Di buat khas untuk ibu dan anak.
👄Tidak akan mengeringkan bibir
👄Tidak menghitamkan serta melebamkan bibir
👄tidak perlu memakai lipbalm kerana ianya semulajadi moist.
Berminat?⤵
*follow ig↪@cosmeticteja ☺️

#bibircolourbyteja

Unknown said...

Lipmatte pertama di Malaysia yang menggabungkan serum dan lipmatte menjadi satu (2 in 1).

👄Di buat khas untuk ibu dan anak.
👄Tidak akan mengeringkan bibir
👄Tidak menghitamkan serta melebamkan bibir
👄tidak perlu memakai lipbalm kerana ianya semulajadi moist.
Berminat?
*follow ig kami↪ @cosmeticteja ☺️

#bibircolourbyteja

ieqalolitta said...

Boleh saya tahu cik pergi klinik mana??

Anonymous said...

Sy pn alami benda yg sama..lpas pkai lip balm eu**rin bbir rasa cm tbakar,hitam,luka2 smpi susah nak buka mulut..sy igtkn ada bnda slh mkn atau pn sbb cuaca pnca bbir jdi mcm tu.jdi sy pn tonyoh la sllu lipbalm tu..tp hairan x elok jgk.mcm2 letak kt bbir ttp xjadi apa..last sy cuba letak madu..alhamdulillah ada perubahan wlpn ambil masa..bbir dah tak hitam dah..mkin sihat ada lah...oh ya..sy pasti sy alegik lipbalm brand tu sbb masa bbir dah ok,sy guna semua lipbalm tu..lpas tu baru la sy tahu rupanya punca dia dsbbkn bendalah tu la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts