Sunday, March 25, 2012

Defence of Proposal (Result)!

hehehe...sorrylah kalau korang tak suka post yang ada sambungan, ada episod neh...tapi kadang2 perlu buat macam ni sebab kadang2 tak semua benda kita boleh tau dalam satu masa.

Sebagai contoh, post ni...pasal defence aku. Nie post sebelum nie (Defence of Proposal).

Okay, sebab aku dah janji nak bagitau keputusannya, aku akan bagitau kat sini.

Yes, memang lambat giler diorang nak bagitau resultnya. Dah sebulan kot baru nak bagitau. Kalau bagitau awal2 apa salahnya kan...

Dengan ini, diumumkan:

AKU TAK LULUS!

huwaaaaaaaaaaaa...sedih aa beb! Saper tak sedih?

Lagi sedih bila takde sorang pun antara panel tu yang dari bidang aku. Memang sedih bila diorang takleh nak faham apa yang aku nak buat walaupun aku memang tau apa aku nak buat.

LEBIH MENYEDIHKAN DAN MEMALUKAN...hari tu kan cuma 3 orang yang present termasuk aku. Yang bestnya, aku SORANG jer yang tak lepas! hahahaha

Dahla dulu, masa interview untuk biasiswa, dari 4 orang tu, aku SORANG jer yang tak dapat.

Yes, terasa macam ada big L kat atas dahi neh! Terasa macam LOSER giler!

Cist! Sakit hati dengan diri sendiri? Tak tau nak sakit hati dengan saper tapi aku cuba positifkan diri.

Mungkin nie peluang untuk aku perbaiki kerja aku dan juga diri aku. Aku kena tumpukan pada masa depan.

Oh ya, ini bermakna, aku kena present sekali lagi pada BULAN MEI nie! sekali dengan budak2 junior...

Ya, aku terasa malu sangat sebab kena present sekali dengan diorang. Takpe, dalam kes ni, tak boleh malu! Tebalkan aje muka...bukan nye kena buang terus. Cuma kena buat minor correction and present again.

Nak dijadikan cerita, aku baru jer lepas discuss dengan supervisor. Dia cakap:

"I have a feeling that you were not confident on that day"

Well, nak jer aku cakap, aku confident..cuma panel tu yang tak faham2. Tapi aku tak cakap la kan...

Nak dijadikan cerita, aku fikir, sebelum ni, aku selalu senyap masa discuss dengan supervisor. So, aku rasa sebab tu lah prestasi aku tak elok sebab aku rasa mungkin aku tak faham apa yang dia cakap.

So, aku pun cakap banyak masa discuss dengan dia hari tu. Aku nekad, kali ni aku nak betul2 fahamkan apa yang dia cakap. Aku tak nak dah blur sorang2...apa yang aku tak faham, aku tanya betul2...

Pastu, hari tu dia banyak senyap tau. Lepas dia cakap, dia senyap. So, aku ingatkan dia nak suruh aku komen apa dia cakap. So, aku terasa macam kitorang memang tengah diskus masa hari tu.

Tiba-tiba, aku tengah cakap tu, dia pun cakap:

"Aziemah! Why are you being so defensive? Don't be too defensive!"

Terkejutnya aku bila dia cakap camtu! Speechless! Tak terkata! Pastu dia cakap:

"I cakap sikit, u cakap. I cakap sikit, u cakap macam ni...Next time, dengar dulu apa orang cakap..."

Oh my! Berair terus mata! Rasa nak nangis! Muka aku memang totally berubah! And of course dia perasan dengan perubahan expression muka aku!

Weh, sedih dan terkejutla beb! Aku tak sangka yang dia fikir macam tu! Aku ingatkan aku dah memang menjayakan two-ways communication! Tapi sebenarnya tak!

Ya Allah. Sebenarnya aku sedih sebab aku rasa malu sangat2 dengan dia. Aku dah berikan tanggapan negatif dia pada aku!

Itu yang aku sedih sebenarnya...huhuhu

Mujurlah dia kena pergi tempat lain masa tu! So, sesi tu berakhir 5 minit kemudian...masa nak jalan keluar tu, dia cakap:

"Haa...u jangan nangis pulak. I baru tengking sikit, dah nak nangis."

Aku cakap, oh...no, no...sambil senyum sekejap, lepas tu terus jalan keluar cepat2.

DIA CAKAP CAMTU LAGILA AKU NAK NANGIS!

huwaa...yes, aku ni memang manja. kena marah sikit, nak nangis..huhu

tapi korang jangan fikir supervisor aku tu teruk. Dia baik sebenarnya...cuma bila bab kerja, dia agak tegas.

Well, lepas ni kena lah kerja kuat sikit...

Rezeki Ada Di Mana-Mana (Sambungan)

Hello...

Waahh, ni memang dah betul2 kritikal nih. Dah sebulan tak update blog! hahahaha...

Biasalah..Sibuk sikit. Kenapa?

Masih ingat dengan post aku yang bertajuk Rezeki Ada Di Mana-Mana? Kalau belum baca, boleh click link sini.

hehehe...kan aku cakap aku dah takde sumber pendapatan. Well, satu hari tu, aku cuba positifkan diri. Aku doa banyak2 supaya dimurahkan rezeki.

Aku percaya dengan sepenuh hati: Rezeki tu ada kat mana2 jer.Kalau pandai ambil peluang, pasti rezeki itu akan datang. Dan jangan lupa, sentiasa berdoa!

Tak kiralah masa susah atau masa senang! Kena sentiasa ingat Tuhan!

Nak dijadikan cerita, tengah poket aku kering tu...ada la sorang hamba Allah contact aku. Dia cakap, dia ada kawan nak terjemah tesis dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Mula2 kawan dia suruh dia tapi sebab dia terlampau sibuk, dia offer kat aku.

Aku pun apa lagi...bak kata orang, pucuk dicita ulam mendatang!

Aku terus terima!

Tapi...stress tu tetap ada, kan...dah nama pun kerja.

Walaupun dalam 140 muka surat jer tesis dia tapi aku ambik masa seminggu jugak untuk siapkan. Nak kena fahamkan lagi terminologi yang digunakan dan macam2 lagi...

Tapi, mujurlah klien aku tu memahami dan agak rajin. Dia sediakan terms yang mungkin aku tak faham. Bagus betul dia! Bukan senang nak jumpa klien yang sanggup bantu penterjemah. Dengan bantuan dia, dapatlah aku siap cepat dan hasilnya agak memuaskan!

Alhamdulillah! Dan lepas siap, dia terus bayar melalui bank in. Syukurnya rasa masa tu sebab aku memang takde duit dah masa tu. Nak makan pun kena budget betul2 sebab takut takde duit dah nanti huhuhu

Dalam masa yang sama aku duk terjemah tesis kawan ni, ada pulak orang lain contact aku untuk translate questionnaire. Waaahh...

Aku terasa murah sungguh rezeki masa tu! Tapi masalahnya bidang diorang tu memang agak susah bagi aku. Bidang jururawat tu! Ada banyak jugak terma2 yang aku tak faham tapi aku cuba untuk fahamkan. Kalau tak faham, aku google. Kali ni kena terjemah dari bi ke bm.

Memang agak mencabar! Tapi untuk setiap questionnaire, aku berjaya siapkan dalam masa 5 jam jer. Dan aku sangat happy bila diorang terus bayar keesokan harinya!

Ya Allah...syukurnya aku! Sangat seronok rasanya sebab aku dah ada duit untuk beli tiket bas nak balik kampung!

Bayangkan...aku memang takde duit masa tu sampai nak balik kampung pun tak boleh! huhuhu

Eh, aku cerita ni bukan untuk promote bisnes ke apa...aku cuma nak highlight pada pembaca semua, yang rezeki tu ada di mana-mana. Yang penting kena yakin! Dan jugak kena usaha! Tak bolehlah doa aje kan?

Goodluck!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts