Thursday, July 14, 2016

Masalah Jerawat di Muka?: Sincere Product Review

 AMARAN! Saya bukan jual produk kecantikan. Saje nak share pengalaman saya sendiri.

Sama macam ramai orang lain, saya salah seorang yang suka tukar2 produk kecantikan atau pembersih muka sebab nak cantik punya pasal kan hehehehe

Kadang-kadang tu baru pakai sehari dua dah expect nak ada perubahan. Memang saya jenis yang tak sabar. Kawan2 suka bebel sebab diorang cakap, pakai la sampai 2,3 bulan dulu, jangan baru pakai sebulan dah nak tukar produk. ehermn saya cuma jawab ya, ya tapi dalam diam saya tukar jugak.

Sebenarnya banyak je produk yang elok kat pasaran. Yang penting kena konsisten guna dan ada jugak produk yang ada pantang larangnya. Contoh tak boleh campur dengan produk lain, tak boleh pakai bedak. Ha, yang ni mula2 konon setuju dengan pantang larang tapi last2 saya langgar jugak. Pegi pakai bedak, pegi campur produk lain, memang habis muka. Kalau ikut kata yang jual tu, kalau tak langgar pantang, memang muka boleh jadi cantik. 

Erm rasanya saya tak dapat nak ikut pantang tu, rasa terbazir pulak beli mahal2 RM180 medium set tapi tak nak pakai dah. Baru pakai sikit, baru 2 minggu. Sape rasa nak cuba? PM saya cepat 0193663348, saya rasa nak jual balik untuk harga RM50 sekali dengan postage. Alasan sebab saya tak boleh nak ikut pantang. Rugi takde orang guna. Ni produknya, Cantiqa. Produk dia memang bagus. Kawan saya pun muka dia tak perlu pakai bedak, memang cantik.


Sebelum saya pakai Cantiqa ni, saya pakai produk Tabita. Kan feymes jugak produk ni.

Tabita ni memang best! Seminggu pakai muka dah glowing. Housemate saya pakai sampai sekarang dah tak tukar2. Masa sahur itu hari kan baru bangun tido, saya siap tanya, tido tak tanggal make up ke? Dia cakap mana ada make up. Ha nampak tak? Muka dia memang dah cantik sekarang. Cuma ada orang kata produk dia kuat sikit tapi saya rasa okey saja kalau orang yang memang ada masalah jerawat yang teruk tu nak cuba. Sebab housemate saya dulu jerawat dia besar2, sekarang dah kurang, dah tak nampak. Harga dia masa saya beli dulu RM130. Mahal sikit tapi daripada u ols duk tukar2 produk, sama juga habis duit kan.

Kalau elok kenapa saya tukar jugak produk ni? Muka saya pun jadi elok. Dah takde jerawat. Dulu selalu jugak naik jerawat. Saya tukar sebab tu memang habit saya ish ish. Saje nak cari produk yang lebih bagus and sebab kawan saya tu recommend cuba produk yg kat atas tadi.

Dulu saya jugak pernah pakai Tia Amelia. Ni lagi satu produk yang okey dan tak mahal sangat. Mula2 saya pakai, perubahan memang sangat ketara. Muka makin cerah and glowing. Cuma kadang2 berminyak sikit. Tapi kena ingat, effect pada orang lain mungkin berbeza. So kalau nak cuba pun okey jugak.

Lastly, nak dijadikan cerita, masa tu 2 hari lagi nak raya. Muka saya dah teruk sangat. Menggelupas sebab beberapa hari sebelum tu saya pakai masker. Pastu siang hari saya pakai foundation and bedak. Memang suka langgar pantang ish ish

Risau sangat2 sebab dah nak raya. Macam mana ni? Last2 adik saya recommend saya pakai Nour Ain. Mula2 macam ragu2 dan macam tak percaya. Tapi sebab nak cantik punya pasal dan saya tengok muka adik dengan mak sedara saya pun dah cantik, saya beli jugak. Mak sedara saya pun jerawat besar2, sekali jumpa dah licin. Tanya pakai apa? Pakai Nour Ain.
Alah, beli set yang ada sabun, toner, krim siang, krim malam macam yang kat atas ni. Hari tu saya dapat harga RM95 tapi rasanya kedai biasa mahal sikit. Kalau nak dapat harga murah, cuba cari kedai yang memang jual harga borong. 

Sekali saya pakai malam tu, besoknya terus hilang kesan merah macam burn kat muka saya. Wah, family pun cakap memang dah hilang. Kuat kan produk ni? Tapi dia tak rasa pedih pun macam asid. Sebab tu saya happy sangat.




Ni muka saya masa raya hari tu haha tapi ni pakai BeautyShot, macam tak aci pulak kan. Muka sebenar takdela flawless gini sangat tapi kira muka dah okey dah. Muka masa kulit rosak hari tu saya dah terdelete gambarnya. So tak dapatla nak wat testimoni hehehehe

Okay okay..ni muka takde beautyshot hehehe



So saya saja tulis post ni sebab saya tau macam mana perasaan orang yang tengah mencari-cari produk muka yang sesuai. Perasaan tension bila semua orang tegur kenapa dengan muka tu? Banyaknya jerawat. Kenapa muka burn? Kenapa muka naik jeragat? So sebab tu saya tulis review ni. Saya bukan jual produk. Kalau nak beli pegi cari kat kedai atau online ye hahaha

Cuma produk Cantiqa tu, sape rasa nak cuba, boleh pm saya. Kalau ada yang nak share experience, boleh comment di bawah. Tenkiu sebab sudi baca sampai habis :)

Nota kaki: Kalau u ols jenis yang tak suka produk2 yang jenis macam ni, lebih rasa selamat beli kat Watsons/Guardian, saya recommend BioEssence yang Bio-Gold 24k tu. Bio-Gold water/toner tu mmg mahal sikit tapi tahan lama. Dah berbulan-bulan saya pakai tapi baru separuh botol. Okey untuk kulit biasa and boleh control jerawat. Produk Hada Labo yang tulisan Jepun ke Korea tu okey jugak. Amek yang kaler biru. Good luck!

Update March 2018:
Saya baru terdedah dengan pembacaan tentang krim2 kilo ni. Ah sudah! Dah berapa banyak merkuri yang saya tempek kat muka ni. Nasib baiklah saya ni jenis yang suka tukar2 produk, so saya tak setia dengan produk2 bermekuri tu walaupun hasilnya memang superb!
 
Sekarang saya berbalik kepada BioEssence tapi kali ni yang kaler biru sebab kulit saya kering. So far saya pakai okey. Lagipun BioEssence ni jenis picit sikit je dah cukup untuk cuci muka. Memang jimat & berbaloi2.
 
Mary Kay? Pernah juga pakai. Kena consult dengan Beauty Consultant (BC) sebab depa nak tau jenis kulit muka kita. Tak boleh suka hati nak terus pakai produk yang kaler pink ke, yg dragonfruit ke. Kata BC saya, MK ni focus untuk kita dapatkan kulit yang sihat. So dia memang ambil masa sikit.  Satu tiub cleanser tu memang tahan sampai 4 bulan macam tu. So kalau harga RM75 macam tu pun masih rasa berbaloi kan? Saya ambil berperingkat. Mula2 beli cleanser. Lepas tu baru beli pelembap. Tapi biasalah, saya jenis tak setia. Dekat setahun juga saya pakai tapi saya tak berapa puas hati. So saya tukar balik. Kepada sesiapa yang nak cuba MK tu, boleh cari kat fb nama dia Nurul Afifah Hussin.
 
Apa pun, banyakkan baca review produk. Yang penting tak perlu obsess nak jadi putih. Bagi saya, cukup sekadar muka saya takde jerawat hehehe walaupun kadang2 masih terasa nak putih lagi tapi biar sahajalah. Terima sahaja keadaan kulit kita.


3 comments:

Aziemah Gekozen Great Eastern Takaful said...

[update]
Hai semua,
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.
Berkenaan produk yg saya review di atas, baru-baru ini banyak tersebar tentang produk yg mengandungi merkuri dan setelah diperhati dan diteliti, walaupun nama produk di atas tidak dinyatakan secara spesifik, saya rasa mungkin ada yg mengandungi merkuri atas sebab kesannya memang cepat. Jadi, nasihat saya, terpulang kepada anda sama ada mahu cuba atau tidak. Saya sudah lama berhenti memakai produk tersebut di atas dan sekarang cuba untuk berbalik kepada produk yg dijual di kedai seperti Watsons. Saya belum menemui produk yg benar2 sesuai dan masih ada jerawat yg naik. Saya dalam perancangan untuk memulakan produk baru yg semakin terkenal di negara ini. Nantikan review saya nanti jeng jeng jeng

deq said...

Assalam sis sy baru ingat nk try cantiqa coz dh stop tati..muje break out habis stop tati..kulit burn n kering extreme ya amat...adakah cantiqa sewaktu dgnya klw d pndang pada pencuci same Kaler dgn tati n cream lak same macm kri. Kilo....plz sis bg kepastian...google cantiqa xd isu macm tati

Aziemah Gekozen Great Eastern Takaful said...

Hi deq, maaf sangat2 saya baru tengok komen ni. Untuk selamat, lebih baik pakai produk yg boleh dibeli di drugstore macam watsons, guardian & caring. Saya juga pernah pakai Tati dan hasilnya muka saya memang jadi cantik, takde break out. Saya beli pencuci, toner, krim kunyit n krim malam. Masa saya pakai tu, saya rasa macam krim tu bau dan tekstur dia sama macam Nour Ain. Tak lama lepas tu, saya tengok krim malam bau dia lain macam, so saya tak pakai dah. Bila Tati habis, saya bertukar ke produk lain dan lepas tu barulah saya tahu tentang semua produk kilo ni. So skrg saya cuma beli dari Watsons. Lagipun produk local macam ni boleh tahan mahal juga. Saya juga pernah pakai Mary Kay hampir setahun tapi saya rasa tak banyak perubahan yg saya nampak. Sekarang saya pakai BioEssence. Lebih puas hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts