Tuesday, August 16, 2011

5 Sebab Tak Boleh Nak Tidur Malam


Aku tau, ramai orang hairan kenapa aku boleh tahan tak tidur waktu malam. Nak tau tak, aku sendiri pun hairan hahaha... Bila fikir-fikir balik, aku tak macam nie dulu. Aku jadi insomnia bermula masa aku sekolah menengah. Lebih tepat lagi, masa di tingkatan 4.

Sebab-sebab aku mula tak boleh nak tidur malam adalah:


1. Kerja rumah (homework) tak siap.


Masa form 4, kan baru start belajar add math. Kerja rumah add math punya la banyak. Mula-mula dapat catch up lagi sebab awal-awal kan senang, tapi lama-lama makin susah pulak bagi otak aku. Kena pulak masa prep (waktu study budak asrama), bebudak suka buat bising. Aku tak boleh nak fokus. Jadi, kononnya balik asrama nak buatlah atas katil time semua orang dah tido.

Berbekalkan suluhan lampu dari koridor, aku pun buatlah. Tapi tak lama dah ngantuk. Tidur atas buku. Bukan main la mimpi dapat buat. Siap semua! Senang gila! Bila aku sedar esoknya, terkejut beruklah tengok buku latihan kosong lagi.

Sejak dari hari tue, bila ada homework banyak, aku rela tak tidur untuk buat. Aku dah tak sanggup kena denda berlari sebab tak siap kerja (hahaha...yep, pernah kena denda berlari kat tengah dataran dengan kawan-kawan).


2. Tak dapat jawab exam.


Huish...yang ni lagilah dahsyat! Nak study Biologi, Kimia, Fizik bukan senang. Aku nie jenis yang kena baca dari kulit buku depan ke kulit buku belakang baru boleh ingat apa nak jawab. Tak taulah kenapa. Suka hati lah nak cakap aku bodoh ke apa tapi aku tetap kena baca. Kalau tak baca tak boleh nak ingat.


Jadi, banyaklah yang aku kena baca, kan? So, mana nak sempat habis baca kalau esok exam baru aku nak baca malam ni. huhu, aku pulak jenis yang tak boleh study awal-awal, confirm tak ingat punya.


Ada banyak kali dah, aku tak sempat habis baca buku sebab tidur awal. Tidur pukul 11 malam, konon nak bangun balik, harapan tinggal harapanlah...confirm terbangun pukul 5.30 jugak. Lepas tu, terus kena bersiap sebab kena kosongkan asrama.


Dan sebab tidur awal jugaklah aku tak sempat habis baca untuk Fizik dan Biologi untuk SPM aku sendiri!!!! huwaa..dan 2 subjek inilah yang aku tak dapat A! Memang frust gila lah weh.

Sejak dapat result SPM, aku berjanji pada diri sendiri, kalau ada exam, biarlah tak tidur, asalkan aku dapat markah tinggi dalam ujian atau exam. Lepas jawab boleh tidur jugak, kan?


3. Kawan-kawan buat bising


Ni lagi satu sebab. Dulu kan duduk ramai-ramai kat asrama. Rasa macam tidur awal memang tak guna la rasa sebab mesti tersedar bila kawan-kawan buat bising. Bayangkan tengah best tidur, tiba-tiba bila diorang balik bilik, ketawa nak pecah asrama, yang duk bergayut kat telefon lagi...blablaba.

Akhirnya? Baiklah tunggu diorang tidur dulu baru aku boleh tidur. Buat orang nak mengamuk jer bila tersedar dari tidur.

psst..aku pernah mengamuk kot sebab diorang buat bising. Bunyi taip mesej pun aku marah. Takleh blah kan tapi mengganggu gila la beb.


4. Ada orang tidur kat tempat aku


Huwarghh..ini yang tension! Ye la. Taulah dia katil atas kan. Malas nak panjat naik. Jadi, dia tidur tempat aku dulu sebab dia nampak macam aku tengah syok study atau tengok movie.

Masalahnya, habis study mestila aku nak tido jugak kan. Aku nampak dia tidur lena, takkan aku nak kejut suruh dia bangun tidur tempat sendiri? So, aku biar je lah.

Aku pernah cuba tidur tempat dia tapi memang tak bestlah tidur tempat orang weh. Dahlah bantal dia semua dia angkut pi tido ngan dia. Bantal aku pun dia guna. Hish, masalahnya aku tak sampai hati nak kejut dia. So, aku pun tak tido la sampai la dia bangun pukul 9 pagi.

Banyak kali lah jugak dia buat macam tu. Walaupun aku ada bagi hint tidurlah tempat sendiri tapi dia buat2 tak faham, terpaksalah aku tak tidur sepanjang malam sebab nak tidur tempat sendiri.

Kadang2 tue aku tidur atas lantai je terus kalau tak larat sangat.

Lama-lama aku jadi terbiasa tak tidur malam huhuhu


5. Kena 'ganggu'



hermn..biasalah kan kalau duduk asrama nie. Kena tindih tue perkara biasa dah. Tapi sekali kena tindih, esoknya memang penat sepanjang hari weh. Sakit badan.

Aku pernah terbaca pasal kes kena tindih ni sebenarnya lumpuh sementara masa tidur. Bukan kena tindih dengan hantu. (Percaya sangat dengan hantu...)

Tapi masalahnya, lumpuh ke kalau kau memang rasa benda tu duduk atas kau dan badan kau terbenam masuk dalam tilam? Cuba terangkan. Dan bagi orang yang dapat petanda awal kehadiran makhluk tu macam bulu roma meremang ke (sebab benda ni kan cas negatif dia tinggi, itu yang boleh rasa tu), nak nafikan lagi orang kena tindih?

Lagi satu, kalau tak kena tindih, mimpi lawan dengan hantu. Memang bengang la kalau mimpi macam ni. Sebab apa? Sebab confirm esoknya aku takde mood sebab penat giler badan (duk melawan hantu sepanjang malam punya pasal). Adoi...terpulanglah pada korang nak percaya ke tak. Tapi inilah yang berlaku.


Disebabkan semua benda nilah aku jadi takut nak tidur waktu malam. Hati tak tenang. Kalau balik kampung, rasa senang sikit nak tidur malam sebab takde apa nak fikir. Kadang-kadang sebab takut kena marah bangun lambat hehe...

Apa-apa pun, sekarang aku tetap berusaha untuk tidur malam. Paling biasa aku buat, tidur pukul 8 malam, bangun pukul 12 malam. Lepas tue, aku buatlah apa-apa macam study ke, buat kerja, tengok movie, tulis blog, blabla...

Sebab kalau aku nak tidur pukul 11 ke 12 ke, aku secara automatik akan tersedar jugak pukul 3 ke 4 ke...huhu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts