Friday, November 25, 2011

Komen: Neutrogena Hydro Boost Water Gel


Hai semua!

Mesti korang pernah nampak produk ni kan? Kalau yang biasa pegi Watsons tu mesti ada.

Haaa...kali ni aku nak kongsi apa pendapat aku mengenai krim gel ni.

Hari tu, masa pegi Watsons, aku tanya jurujual kat situ, ada tak produk untuk kulit muka kering?

Sebab kulit muka aku memang kering. 
Kalau selsema pulak, kawasan hidung mesti menggelupas sampai berhari-hari. 
Sampai ke hari tu, aku tak dapat lagi selesaikan masalah tu. Aku dah cuba produk lain, tapi tak menjadi. Kulit jadi gatal lah, makin berminyak blabla

Nak dijadikan cerita, dia pun tunjuklah kat aku produk ni. 

Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Mula-mula aku macam tak nak percaya kan. Biasalah, sayang duit sekali. 

Pastu, aku mintak try. Dia try kat tangan aku.

Waaahhhhh! Bau dia wangi! Lepas sapu kat tangan, rasa lembut gila!

Jadi, aku terus beli!

Agak mahal la bagi aku sebab harga sebenar dia dalam RM50 lebih. Tapi, sebab masa tu ada promosi dan dah tentulah aku tak mampu nak beli BioTherm yang berganda-ganda mahalnya, so aku ambik jer. Dapat la dalam RM30 lebih. Ok lah daripada RM200 kan?

Balik tu, aku terus pakai. Lepas sapu, biar kejap. Biar dia kering dulu. Then, aku rasa takleh nak berenti nak sentuh muka, sebab rasa lembut sangat!

Aku tak pakai hari2 krim ni sebab aku ada benda lain nak pakai. Tapi, kalau lepas pergi swimming atau kena sunburn atau selsema, kulit akan menggelupas kan...So, aku cepat2 pakai krim ni.

Serius! Memang betul2 menjadi! Kulit muka pun terasa licin jer. So, aku memang rekomen benda ni untuk korang yang kulit muka kering. Cubalah!

Cuma, masa pakai tu, kena sapu sikit2 jer. Takyah sapu banyak2. Jimat kan?

p/s: tapi dia takkan hilangkan jerawat (setakat ni la)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts