Sunday, June 24, 2012

Berhati-hati dalam berkata-kata

Tak banyak yang aku nak katakan untuk tulisan kali ni.

Rasanya sebelum ni aku ada tulis panjang pasal jaga percakapan harian kita. Jadi, tak perlu aku nak ulas panjang-panjang.

Cukup sekadar mengingatkan, FIKIR DULU SEBELUM CAKAP.

Biasalah, kalau dah cakap laju sangat tu, tak sempat nak berhenti untuk fikir. Tapi cubalah biasa-biasakan diri untuk fikir sebelum cakap. Nampak ayat tu macam biasa tapi terkadang ia mungkin mengguris hati...malah mungkin mencalarkan maruah.

Sampai macam tu sekali? Fikirlah sendiri. Erti maruah itu berbeza bagi setiap orang.

Dan kadang2, cuba fikir. Apa yang kita cakap pada orang tu, sebenarnya kita sendiri buat atau tidak?

Kalau aku nak cakap post ni tidak berkenaan dengan yang hidup atau yang mati, memang menipu tahap dewa la kan...

Cuma nak tegaskan, ini cuma kesimpulan untuk semua yang pernah berlaku sepanjang hidup aku.

Ceh, nak cakap macam aku ni baik sangatla kan. Okey, aku mengaku, kadang2 aku pun sengaja dan tak sengaja mengguris perasaan orang lain dengan kata-kata aku.

Sebab aku tau, perangai aku...aku tau aku boleh sakitkan hati orang dengan kata2 aku, aku pilih untuk berdiam diri. Aku cuma boleh berharap, agar orang yang suka mengata aku, dapat hidayah. Supaya dia tutup mulut dan tak perlu jaga tepi kain aku.

Ada juga aku berdoa semoga orang tu alami apa yang aku alami. Supaya dia boleh rasa sendiri. Supaya dia insaf.

Alhamdullillah, nak dijadikan cerita, doa aku termakbul...tapi ada sedikit rasa kesal di hati aku sebab doakan dia macam tu. Terdetik dalam kepala, Allah turunkan ujian berdasarkan kemampuan kita. Dan ternyata, dia bukanlah orang yang bersedia untuk ujian seperti itu. Astaghfirullah...

Dan ingatlah, nabi juga pernah berpesan, kerana lidah, ramai umat terutamanya wanita masuk neraka. Jadi, sama-samalah kita pelihara percakapan kita.

Wallahu'alam.

(p/s: mulut tak laju. tangan jer yang laju nak penampor orang hahahaha)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts