Monday, July 17, 2017

Kehilangan Arah

Sekali lagi kehilangan tempat mengadu. Apa yang ditakuti kini benar-benar terjadi. Walaupun memang sudah dijangka, tetapi tetap memberi kesan kepada hati dan semangat ini. Tatkala kesusahan yang menimpa di tahap paling dahsyat, barulah kita kenal siapa kawan siapa lawan. Biasa. Orang yang kita bantu itu takkan dapat bantu kita balik. Kadang2 moral support sudah cukup tapi kalau itu pun tak boleh nak bagi, tak tahu lagi nak kata apa. Aku benar2 pasrah. Semua masalah berpunca dari dia. Dan kini dia nak menjauhkan diri. Semuanya hanya untuk membantu dia tetapi kini bila aku dah susah, dia mahu menghilangkan diri atas alasan terasa tidak berguna kerana dia tak mampu bantu aku. Jika dulu, aku akan berharap untuk dia stay. Tetapi kini tidak lagi. Bukan sekali, tetapi sudah banyak kali. Mungkin sudah tiba masa dan waktu, aku hadap sahaja semua ini sendiri. Aku masih memerlukan bantuan tetapi bukan dari dia lagi. Hati ini sangat parah sampai tak tau dah nak rasa apa. Hilang arah. Bagaikan zombie.

Tuesday, July 11, 2017

Dihimpit Waktu

Sendiri aku di sini
Menahan tangis dan sendu
Tatkala yang lain lena dibuai mimpi
Aku terpegun di sini menyalahkan takdir
Kenapa aku ditimpa ujian sebegini?
Kenapa aku yang terpilih untuk duduk dalam situasi ini?
Di mana salahku?
Apa salahku?
Aku cuba, sudah aku cuba untuk buat yang terbaik
Aku berusaha, aku jatuh, aku bangkit
Namun tampaknya semua sia-sia
Hati ini sudah bengkak menahan rasa
Sudah lama aku cuba cekalkan hati
Sudah lama aku menahan tangis ini
Tetapi hening ini, ia terobek kembali
Mengenang kisah lalu yang tak mungkin dapat diulang kembali
Meratapi dalam tangis, malang yang bertimpa
Lepas satu, satu
Terkadang rasa ingin mati
Mujur masih punya iman di hati
Ingin sahaja aku melarikan diri
Dari semua yang ada
Tinggalkan dunia yang fana ini
Sudah aku cuba untuk redha
Namun aku hanya manusia biasa
Aku sudah tidak berdaya
Kudratku semakin hilang
Ditelan masalah yang bertimpa
Waktu semakin membelengguku
Sinar yang ku harapkan
Bagai menyepikan diri
Apakah hikmah di sebalik semua ini?
Aku bertanya lagi seorang diri
Fikiran semakin kusut
Selera semakin susut
Mencari makna yang tersirat
Apakah masih ada hikmah di sebalik semua ini?
Aku pun sudah tidak pasti
Peganganku semakin goyah
Langkah ku semakin lesu

-Aziemah Gekozen, July 2017-

Saturday, June 17, 2017

Decision in the Making

I've been through some series of changes lately. These changes are making me to rethink and reconsider what I really want in my life. What I really desire.

Before, I have always wished to be an outstanding person. Not living a normal life and achieve something that not a normal people can. However, now, everything has changed. All I want now is just a normal life. I just want to live like a normal person. Happily without any abnormal concerns.

Everything that happens really makes me not only stressed but so depressed to the point that my body reacts without my brain knowing it.

I am slowly setting my heart on something. All I want is to get away from everything and be the normal self that I used to be. The old me, the introvert me. All these years have been really tiring. I have experienced everything I need to and now I have learned my lessons.

As I am setting my heart into this, and whether or not I am receiving any support, I think I'll just carry on. A year with someone which I thought can be my other half has not been promising enough. So much obstacles coming along the way until I do not know what else I am hoping for.

So, there it is. I have set my heart on it. Now let the time decide how it will turn out in the future. I still hope for the best and only the best.

Thursday, February 23, 2017

Be Careful of What You Wish For

Pasti ramai yang pernah dengar phrase ini: Be careful of what you wish for, coz you just might get it all.

Dulu, bila saya dengar ayat ini dalam sebuah lagu, saya rasa agak hairan. Kenapa nak kena berhati-hati dengan apa yang kita mahukan? Dan kalau kita dapat apa yang kita mahukan, bukan ke itu memang BAGUS? Siapa yang akan rasa sedih kalau dapat apa yang dia mahukan, bukan?

Semakin lama masa berlalu, saya rasa saya semakin faham dengan maksud yang tersirat di sebalik nasihat itu. Paling senang nak kaitkan contoh adalah tentang hal mencari jodoh.

Tahun ini usia saya sudah menginjak ke angka 28 tahun. Sudah tentu ramai kawan saya yang sudah berkahwin dan ada sudah 2,3 orang anak sedangkan saya masih bujang. Saya teringat dulu masa tahun 2010, ada orang pernah nasihatkan saya, mungkin saya patut senaraikan apa yang saya cari sebagai calon suami saya.

Tidak disangkal, ramai yang mengatakan saya memilih. Biasanya saya akan jawab, macam mana saya nak memilih kalau senarai calonnya pun tak ada? Okey, berbalik kepada senarai kriteria yang saya cari. Saya tak buat senarai seperti yang dinasihatkan sebab sebenarnya dalam kepala, dari dulu lagi saya sudah ada kriteria tertentu yang saya cari.

Pertama sekali, apabila berkenalan dengan seseorang, jujur, soalan pertama yang saya tanya adalah merokok atau tidak. Dan sudah tentu, memang jarang untuk jumpa lelaki yang tidak merokok walhal kriteria nombor satu dalam senarai saya adalah tidak merokok.

Kedua, saya akan tengok bagaimana background family dia. Kebanyakan orang yang saya kenal, mereka ada family yang boleh dikatakan complete. Jarang yang saya jumpa ada single parent. Kalau ada pun sebab ayah dia sudah meninggal. Dan maaf saya katakan, saya merasakan mereka yang ada complete family ini takkan boleh memahami family saya yang agak complicated. Saya bukan cari orang dari broken family tetapi entahlah, saya rasa kalau orang yang family dia perfect dan jika ada masalah pun, hanya masalah family yang biasa, saya rasa orang itu tidak sesuai dengan saya.

Seterusnya, saya tahu kriteria ini agak pelik tetapi saya mencari orang yang buat bisnes. Saya kurang berminat dengan lelaki yang kerja office hour sebab saya berfikir, nanti bila sudah kahwin, banyak benda yang akan sangkut. Contohnya kalau saya nak bersalin ke, suami terpaksa apply cuti atau kalau anak sakit tapi suami tak dapat cuti, susah saya nak uruskan sorang2. Sekurang-kurangnya, kalau dia memiliki bisnes sendiri, dia boleh bergerak ke mana sahaja sesuka hati.

Dan mungkin last but not least, saya tengok kalau orang itu pernah mengalami masalah yang berat. Kerana bagi saya, masalah akan mematangkan seseorang. Dan untuk keadaan saya sekarang, saya memerlukan orang yang sangat matang dalam hal kehidupan. Saya memerlukan orang untuk membimbing saya kerana masalah yang saya ada bukan dialami oleh orang yang hidup dia normal. Masalah apa? Saya pun tak tau macam mana nak cerita tapi apa yang pasti, di kalangan kawan-kawan dan orang yang saya baru jumpa, mereka tak ada masalah yang saya hadapi. Jadi, saya memerlukan orang yang boleh berhadapan dengan challenges.

Dan betullah apa orang kata, be careful of what you wish for, coz you might just get it all. Semuanya benar belaka. Saya menemui seseorang dengan semua kriteria yang saya sebutkan tadi. Saya ulang, semua. Maknanya, orang itu merokok, complicated background, bisnes, pernah berdepan dengan masalah berat.

Ada orang pernah cakap, jangan sebut apa yang kita tak nak sebab itu yang kita akan dapat. Jadi, sebab itu saya jumpa orang yang merokok hahaha. Dan setiap kriteria yang saya sebutkan, ada dugaannya yang tersendiri. Tak perlu saya huraikan satu per satu sebab akan menceritakan perihal dia pula.

Walaupun begitu, kami masih di peringkat perkenalan. Belum ada apa yang pasti. Cuma saya terpanggil untuk menulis post ini kerana saya baru terfikir kaitannya dengan apa yang saya wish for bertahun-tahun dulu kini mula menampakkan result.

Kadang-kadang, tipulah kalau saya tak pernah persoalkan, kenapa Tuhan uji saya sebegini rupa? Kenapa Tuhan tangguhkan jodoh saya? Kenapa saya masih belum bertemu Mr. Right? Dan di saat saya sangkakan saya sudah bertemu orangnya, banyaknya dugaan di tengah jalan yang membuatkan saya give up sahaja dalam bab relationship. Mahu sahaja saya cuma fokus pada kerjaya tetapi saya juga manusia, kadang-kadang saya juga mahukan teman hidup. Untuk buat perkara simple seperti makan dan tengok TV pun kadang-kadang terasa macam loser sangat sebab semuanya buat sendirian. Penyudahnya, tidur membuatkan saya tidak berfikir tentang semua itu.

Apa pun, saya berharap tulisan saya kali ini dapat membuka mata seseorang untuk perbetulkan balik wishlist. Cuba renung balik. Jangan buat silap macam saya. Saya percaya, Tuhan itu maha adil. Dia dengar apa yang kita minta. Dia akan bagi semua yang kita minta tapi sama ada Dia bagi sekarang atau lambat saja. Sebab itu orang kata, be careful of what you wish for, coz you just might get it all.



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts