Tuesday, December 14, 2010

Langkawi

Waaaahhh! Dah lama rasanya tak pergi Langkawi! Kali terakhir aku pergi sana 6 tahun lalu. Tahun 2004. Masa tue aku pergi untuk Wilderness Adventure Camp, wakil negeri Pahang. Dah lama sangat tu, dah ada banyak perubahan kat Langkawi nie. Memanglah dah banyak kali aku pergi tapi zaman kecik2 manalah nak ingat keadaan dia. Nak beli-belah pun tak reti lagi.

Kali nie aku berpeluang pergi sebab ikut makcik aku yang mesyuarat kat sana. Kitorang 2 buah keluarga pergi. Semua sekali 7 orang. Waah..memang padatlah kereta dari Seremban ke Kedah. Kitorang naik feri dari Kuala Kedah. Perjalanan makan masa 1 jam 15 minit. Mula-mula okey jer, tapi lama-lama aku mabuk hahaha..terus aku tidur.

Sampai jer, aku terus nampak burung helang yang besar tue. Oh, aku tak pernah ambik gambar kat situ. Jadi, kitorang pegi malam sebelum kami balik sebab sebelum tue kami pi jalan2 kat tempat lain. Bukan main susah nak tangkap gambar burung helang tu waktu malam sebab kamera aku bukannya yang jenis mahal, kan. Yang kat bawah nie adalah yang terbaik dapat aku tangkap.






Kat Langkawi nie, orang kata tak sah kalau tak naik kereta kabel. Jadi, kitorang pun pegilah. Walaupun orang yang nak naik terlampau ramai, tapi kitorang tak perlu tunggu lama sebab kereta dia banyak. Satu kabin cuma 6 orang boleh naik. Agak GAYAT masa duduk dalam tue sebab tinggi sangat. GERUN tau...kat bawah nie pemandangan dari atas. Rasa macam naik helikopter pun ada (walaupun tak pernah naik pun helikopter hehe)




Lepas tu, Langkawi nie kan terkenal dengan sejarah Mahsuri yang dihukum bunuh kerana fitnah. Jadi, kami pun melawat makam Mahsuri. Kat bawah nie, gambar makam beliau dan sejarah dia sekali.



Oh, mula-mula kami sampai di Jetty Point lebih kurang pukul 3.30 petang, ada PAMERAN KUCING GERGASI! Pameran cuma hari tue sahaja dan akan ditutup pada pukul 5 petang. Jadi, kami bergegas ke bilik penginapan, solat, uruskan diri sekejap...pastu terus ke pameran tue. Masa tue diorang sedang berkemas dah...tapi kami sempat tengok kucing2 kat situ. Waaahh, memang sangat COMEL dan kucing2 tue sume besar2 dan bulu memang LEBAT. Agaknya berat dia mungkin 6kg kot. Memang besarlah...kat bawah nie salah seekor darinya.




Kami ada kat Langkawi 4 hari 3 malam. Banyak jugak tempat yang kami pergi termasuklah tempat minyak gamat dan tempat beli-belah yang jual pingan mangkuk dan coklat murah. Memang seronok pergi sana terutamanya kalau bersama dengan ahli keluarga. Rasa macam nak pergi lagi jee...hehe...tunggulah kalau dah ada duit sendiri nanti...
****__________________________________________________****
(p/s: Yang tak bestnya, mata sakit dan bengkak masa kat sana. Terpaksa pakai spect hitam huhu)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts