Sunday, August 29, 2010

Kisahku di Bulan Ramadhan...

Waahh...dah lebih lima belas hari umat Islam seluruh dunia berpuasa ya...sungguh masa sangat cepat berlalu...

Kalau cerita bab bulan puasa...pasti ada bab sahur nya..ye tak? Kali ni, aku nak jadi informal sikit sebab aku nak bercerita pasal aku di bulan Ramadhan yang mulia ni...^__^

Aku, dari mula-mula aku belajar puasa sampailah sekarang...dah lebih 12 tahun rasanya...SATU perkara yang amat PENTING bagi aku adalah SAHUR! aku memang pantang tak bangun sahur. Aku tak tau lah kenapa...mak aku takdelah paksa pun aku bangun sahur tapi itulah...perasaan memang sukar nak ditafsirkan...Aku memang wajib bangun sahur, dapat minum air pun cukuplah...janji sahur!

Aku tak faham dengan diri aku...TAPI aku akan rasa SEDIH SANGAT-SANGAT kalau aku terlepas waktu sahur. Mungkin salah satu sebab, tentulah aku nak makan! haha...tapi satu sebab lagi...kalau boleh, aku nak ambik berkat tu...sekurang-kurangnya dengan bangun sahur, aku tak terlepas subuh...hehe...

Aku ada satu cerita SADIS...berlaku masa aku tingkatan lima. Masa tu duduk asrama, handset pun takde lagi. Jadi, tak dapatlah nak kunci jam loceng ke, atau nak suruh mak telefon untuk kejutkan. JAM LOCENG??? hahaha...aku dah berpuluh-puluh kali beli jam loceng agaknya...asyik rosak je sebab jatuh. Almaklumlah, katil aku kat atas. Sekali jam loceng jatuh, atas lantai konkrit pulak tu, rosaklah jawabnya....

Berbalik pada cerita sadis aku tadi...hermn... Masa tu, aku fikir, mesti orang lain pun nak bangun sahur jugak kan? Dalam ramai-ramai, seramai enam belas orang dalam dorm tu, pasti ada jugak yang bangun sahur...daaaannn...lumrah duduk kat asrama, budak-budak ni pasti buat bising...dan itulah jam loceng aku setiap pagi...haha...nak dijadikan cerita, ada satu hari tu, aku tak tersedar langsung! Padahal aku dah pesan pada orang yang biasa bangun, tolong kejutkan kalau aku tak bangun lagi. TAPI, tapi pagi tu....huhu..aku terjaga sebaik sahaja azan SUBUH berkumandang! Allah sahaja yang tau perasaan aku masa tu...hati aku hancur berkecai, macam baru lepas break dengan boyfriend je...haha..tapi itulah yang aku rasa!

Aku SEDIH! SEDIH! Hampir2 aku nak menangis sebab tak bangun sahur. Lagi SADIS bila aku tengok orang lain dah bangun, diorang baru je balik dari dewan makan. Aku tanya pada kawan yang aku pesan tu, bangun tak sahur? BANGUN. Ya Allah! Jawapan yang sekali lagi memanah hati aku! Gugur jantung aku dibuatnya. Sedih, jangan nak cakaplah. Dalam hati aku cakap, sampai hati kau tak kejutkan aku. Padahal aku dah cakap yang aku kena bangun. Minum air kosong pun jadilah. Tapi, kau, kau senang hati je sahur tak kejut aku.

Lama aku termenung atas katil. Tengah menahan air mata. Semua orang tak perasan sebab tengah sibuk bersiap nak ke surau dan ke sekolah.

Haa..itu sajalah yang aku nak kongsi setakat ni. BETUL. Ini kisah BENAR. Apa yang aku tulis, tentang apa yang aku rasa, semua tu...memang terjadi, memang berlaku. Mungkin aku masih tak matang masa tu...tapi itulah apa yang aku rasa.... >__<

Sekarang, aku akan pastikan yang aku kunci jam loceng banyak2. Kalau aku duduk jauh dari mak aku, aku mintak dia tolong telefon sampai aku bangun. Setakat ni, alhamdulillah, sejak peristiwa tu, aku dah tak tertinggal sahur dah. Walaupun untuk puasa ganti! Aku mesti bangun! Sahur!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts