Sebenarnya sebelum nie, aku tak pernah dengar pasal novel Salina karya Dato' A. Samad Said nie sebab aku jarang baca akhbar (hehe...)
Pertama kali dengar tentang novel nie awal tahun 2011 bila aku sedang berbincang dengan pensyarah tentang tajuk kajian untuk sarjana.
Aku cakap yang aku nak kaji tentang terjemahan dan beliau cadangkan novel nie. Sebabnya novel nie telah diterjemahkan ke 5 bahasa dan sangat terkenal.
Dan...novel ini telah 2 kali diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh 2 orang yang berbeza! Wah! Pertama kali aku dengar. Menarik untuk dikaji.
Maka bermulalah pencarian aku untuk 3 buah buku iaitu buku Salina original dalam Bahasa Melayu, dan 2 lagi Bahasa Inggeris.
Tak susah mencari dua versi buku yang telah diterjemahkan tetapi buku original punya susah nak cari! Buku Salina yang BM dah tak ada kat pasaran! Kata nak diterbitkan April 2011 tapi tak jadi.
Puas aku hubungi orang tu, orang ni, syarikat tu, syarikat nie, tapi hampa....semua xder dalam simpanan atau dalam proses untuk terbitan semula....huhu
Akhir sekali, aku buat pinjaman dari satu library tapi tu pun pinjaman antara library. Maknanya, dia kena contact org lain untuk dapatkan buku tue.
Finally, setelah hampir 3 bulan mencari....minggu lepas dapat jugak aku memegang dan membaca buku nie. Tapi, itupun aku hanya dapat Salina Edisi Ringkas dan bukan yang original...tapi jalan ceritanya masih sama la....
Mujurlah, tak sia-sia pencarian aku....
Jalan cerita novel ini sangat best! (Bagi yang meminati linguistik dan bahasa la...)
Edisi ringkas nie mudah difahami. Sebenarnya aku
ingatkan buku nie penuh dengan ayat2 sastera dan bunga2 tapi tak...memang senang faham dan jalan ceritanya lancar.
Tahniah buat Dato' A.Samad Said (walaupun dah terlambat nak ucap hehe...)
Sinopsis? erm...sila google sebab dah ramai yang tulis. Aku malas dah nak tulis hehehe...
(erm...tapi tiba-tiba tak tau nak kaji apa...huhu)
No comments:
Post a Comment