Saturday, February 21, 2015

Monolog: Kahwin?

Musim cuti sekolah atau perayaan. Semua orang pun tau musim ni sinonim juga dengan musim kahwin. Dan yang bujang2 ni pun dah boleh expect soalan yg sama akan ditanya oleh kawan2 atau saudara mara, "Bila lagi nak kahwin?"

Bila terkena soalan tu, aku hanya tersengih macam kerang busuk. Biasanya aku jawab, "Tahun depan." Kali ni aku hanya tersengih.

Banyak kisah pahit manis yg terselindung di sebalik sengihan aku kali ni. Peritnya luka kat hati masih berbisa, belum kering pun nanahnya. Baru je terasa ada sinar harapan, rupanya semua tu palsu.

Bila aku lihat gambar2 kawan yg baru sahaja selesai majlis, rasa happy untuk diorang sebab aku tau, bukan senang nak sampai ke tahap tu.

Banyak dugaan dan cabaran yg perlu dilalui. Dan kepercayaan juga adalah satu perkara yg sangat2 penting dalam perhubungan. Rupanya susah untuk saling mempercayai. Tak tau kenapa tapi itu satu cabaran yg agak besar.

Bila lagu Hey Ladies yg dinyanyikan oleh Rossa berkumandang di corong radio, aku hayati setiap bait2 liriknya. Nasihat yg terselit memang ada betulnya. Jangan terlalu percayakan lelaki sebab pujuk rayu dia semuanya bohong. Memang tak semua lelaki macam ni, tapi tak dinafikan, sangat ramai yg bersikap macam ni.

Kalau begini gayanya, mungkin mereka yg sama macam aku fobia untuk mempunyai apa2 perhubungan. Takut terluka lagi. Mereka mahukan kesetiaan tapi dalam masa yg sama mereka ada yg kedua, ataupun mungkin lebih. Apa kes kalau macam ni?

Memang layak ditinggalkan saja. Tapi apa yg menyedihkan, kenapa golongan ini masih wujud kat dunia ni? Tak takut tuhan kah mereka? Tak takut kalau benda yg sama akan terjadi pada mereka sendiri?

Buat gadis di luar sana, jangan cepat percaya lelaki. Sayang macam mana pun, berhati-hatilah. Walaupun sudah berjanji dan merancang untuk kahwin, masih kena berhati-hati. Jaga diri.

Alhamdulillah, tuhan masih sayangkan aku. Kebenaran ditunjukkan dalam banyak cara. Tiada lagi peluang kedua. Semoga dipertemukan orang yang lebih baik, amiin...

Aku bercerita kat sini bukan nak buka pekung di dada tapi aku nak semoga semua yg membaca post aku ni, ambik pengajaran. Belajar dari pengalaman org lain supaya tak terkena kat batang hidung sendiri.

Kalau org kata kita memilih, biarlah. Dulu org kata aku macam tu. So aku longgarkan sikit kriteria pemilihan aku. Aku cuba beri peluang. Aku cuba buka ruang untuk terima dengan seadanya sebab aku tau aku bukannya perfect sangat. Tapi ternyata, apa yg aku buat tu tak betul rupanya. Nampaknya si dia langsung tidak menghargai penerimaan kita ni.

Jadi, lepas ni, memang memilih lah jawabnya aku ni. Tapi memilih biarlah bertempat. Bukannya susah sangat kriteria yg aku cari. Cukup solat 5 waktu? Boleh setia? Senang kan? Senang sangat tapi susah nak cari. Haish.

Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts