Wednesday, May 11, 2011

Sekeliling Kita

Kelakar, lucu, sedih, membuatkan saya rasa terpanggil untuk menulis sesuatu selepas saya membaca satu tulisan di sebuah laman;http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/2256.html

Jika anda sudah baca, mungkin anda pernah mengalami kejadian sebegini. Tetapi kalau anda belum baca dan tidak pernah mengalaminya, di sini saya ingin bercerita pengalaman saya pula...

Ada suatu tempat di sebuah negeri, tidak perlu saya beritahu di mana, mungkin anda boleh teka (hehehe), di mana hubungan di antara staff dan pelajar agak dingin. Dingin? Dingin yang bagaimana? Seperti orang sedang bercintakah? Ah....hahaha...

Staff 'tidak suka' dengan pelajar...Maafkan saya kerana bertindak menuduh mereka begini. Mungkin ada di antara mereka yang baik tetapi dari kaca mata saya yang tebal ini, saya melihat hampir semua mereka tidak senang dengan kehadiran pelajar terutamanya di SURAU. Kenapa saya kata di surau? SEBAB suatu hari saya pergi ke surau yang saya selalu kunjungi, tiba-tiba, saya terperasan satu NOTIS tertulis:

"PELAJAR dilarang tidur dan membuat bising di dalam surau. Sila hormati STAFF yang ingin solat."

Wahai pembaca budiman sekalian, kalau anda jadi saya, apa anda FIKIR? Ternyata perkataan PELAJAR dan STAFF ditulis sedemikian rupa....

Oh, adakah pahala solat itu dikira mengikut pangkat? Adakah pahala staff lebih tinggi daripada pelajar? Oh, adakah pelajar yang pergi ke surau itu TIDAK SOLAT? Hanya staff yang solat???

HAHAHAHAHAHA....pertama kali saya baca notis itu, saya ketawa terbahak-bahak...Mujurlah tiada orang lain. LUCU bukan? Bila ada yang mahu BERMAIN POLITIK di surau...POLITIK? Ya, bagi mereka yang faham, ini salah satu bentuk politik. Kenapa saya ketawa? SEBAB saya tahu, mereka yang bergelar STAFF inilah yang selalu tidur dan buat bising tatkala orang lain (TERMASUKLAH PELAJAR) ingin solat! Habis, kenapa notis ditulis begitu? Sebab mereka yang tulis! Mereka yang ada kuasa!

Hermn....pada pendapat saya, apalah salahnya kalau dibuang perkataan pelajar dan staff itu. Bukankah lebih elok dan manis kalau ditulis begini:

"Tolong senyap. Sila hormati mereka yang ingin solat."

Apa pendapat anda? Perasaan sakit hati pun tiada, rasa ingin menghormati orang yang ingin solat pun insyaAllah akan timbul...Wallahu'alam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts