Monday, July 30, 2012

Defence of Proposal-Kali Kedua!

Fuh! Lega rasanya!

Dalam malas2 aku, dalam menghadapi masalah2 dalaman, berjaya jugak aku siapkan proposal sehari sebelum present!

Gila ke tak gila aku ni? Orang lain dah seminggu berlatih untuk present tapi aku baru siap tulis? Sehari sebelum present pulak tu!

Dan nak dijadikan cerita, dah tentulah semalaman aku menulis. Jadi, lepas siap aku tido la seharian hahaha...

Malam tu baru start buat slides! Bayangkan, pukul 3 pagi baru siap slides! Nak present pukul 8 pagi!

Haih, memang dahsyat la kali ni! Present ni bukan sekadar present, tapi kita kena pertahankan proposal yang kita buat tu. Sebab tu nama dia defence of proposal!

Malam tu memang aku berserah habislah...Dahlah ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.

Pertama sekali, supervisor aku memang sibuk seminggu tu. So, apa2 yang aku dah tulis, aku tak dapat jumpa dan bincang dengan dia. Semua urusan consultation hanya melalui e-mel. Huwarghh, memang sangat berbahaya untuk aku!

Satu lagi masalah, laptop aku takde microsoft power point! Cisss, memang windows starter sangatlah tak best sebab dia tak masukkan power point dalam pakej dia! Nak tak nak terpaksalah pinjam laptop kawan untuk buat slides huhuhu....

Lepas siap slides, memang penat dan mengantuk, tapi sebab terlampau nervous, aku tak dapat tido. Aku rehat jap, sediakan baju, beg untuk keluar esok. Dalam 4.30 pagi baru start berlatih present. Tau2 dah subuh. Dalam pukul 7 pagi dah start bersiap sebab nak keluar pukul 8 pagi. Aku tak nakla lewat pulak kan walaupun giliran aku yang kedua.

Akhirnya, pukul 11 pagi, giliran aku sampai. Masuk dalam bilik mesyuarat (tempat aku present), aku nampak 3 orang panel. Waaah, sebelum ni ada 4 orang panel, hari ni ada 3 orang dan aku yakin, panel ni baik2.

Aku pun mulakan presentation. Nervous, memang nervous tapi aku tak bolehlah tunjuk. Tapi satu lagi masalah timbul!

Alamak, kenapa aku speaking pelik sangat ni?

Huwaaa....yep, sebab dah lama sangat tak bercakap dalam bahasa Inggeris, pronunciation aku sangat teruk huhuhu....dalam hati, sebut betul tapi bila sebut kat mulut, semua lari, huwarghhh!

Dalam setengah jam lebih, aku siap present. Fuh, selesai satu tahap. Tibalah sesi soal jawab pulak.

Maka bermulalah sesi itu. Aku cuba beri reaksi setenang yang mungkin dan senyum setiap kali panel bercakap dengan aku.

Nampaknya, panel2 ni tak condemn sangat aku. Diorang banyak bagi pendapat dan nasihat. Yang penting, diorang cakap, presentation aku clear dan diorang yakin, aku tau apa aku nak buat.

Yang tak best, of course diorang complain pasal speaking aku yang tak berapa betul. Hurmn, rasa malu nak mengaku yang aku ada Bachelor of English for Professional Communication. Takleh nak communicate dengan betul, memang memalukan.

Well, sekali lagi, supervisor aku tak dapat sertai presentation tue. Sepatutnya dia ada sekali, tapi takpelah, aku faham yang dia sangat sibuk walaupun aku agak sedih yang dia takde sekali. Lepas present tu, aku tengah berkira2 nak mesej dia bagitau aku dah siap present, tapi tak sempat aku mesej, dia dah mesej dulu tanya apa komen panel. So, aku bagitau jerlah apa yang jadi.

So, begitulah berakhirnya presentation aku yang kedua. Sekarang belum ada keputusan walaupun dah dekat sebulan aku present. Pihak atasan belum meeting pun lagi. Aku memang harap aku berjaya lepas kali ni, tapi kalau lepas nanti, memang banyak kerja yang menanti huhuhu


Sunday, July 1, 2012

Procrastinating...again ~.~

Here I am...
Sitting before a bunch of journals and several drafts of my proposal.

Yeah, for countless times, I've been procrastinating again!


That's exactly what I said earlier...

"Maybe I should have started sooner!"

Huwaaaa...what can I do?
Procrastination is just my BAD habit that I have not yet thrown it far, far away!

I love to SLEEP! That is my number one problem!


I've spent my weekend reading 9Gag and sleeping!
Ouch!

Seriously! What a waste of time, right?

So, my dear readers, don't be like me.
You will regret it. If not today, you will regret it one day.

Ah, is the flow of this post not good? Not really flowing? Like no connection at all?
Ah, pardon me!

I'm so worried about my proposal right now. 
Because I will have my second attempt to defend my proposal this coming Friday!

Huwaaa...I'm so doomed!

When my supervisor asked me the very same question:

"What have you been doing?"

I was just speechless. And I was thinking to myself:

"I've slept too much!"

p/s: Please pray for my luck, everyone! huhu I really want to pass this presentation, carry on with data collection, finish my masters by the end of this year!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts