Semua orang suka bercakap...
*
Suka sangat nak komen apa-apa sahaja yang ada di depan mata..
*
Selalu je ada perkara yang kita tak puas hati pasal apa-apa...
*
Sepanjang masa..ada jer perkara yang nak diungkapkan..
*
Kalau tak diluahkan...rasa tak senang duduk...
*
Oh..oh..sebelum aku terus menulis, ingin aku ingatkan yang tulisan aku kali nie tak ada kaitan dengan sesiapa pun...ini hanyalah luahan pendapat yang diilhamkan dalam fikiran aku setelah mengkaji hidup seharian...ok?
*
ehemn..kita memang suka bercakap...
*
Kalau orang yang jarang bercakap atau pendiam tu mungkin tak setuju dengan aku...
tapi aku rasa mereka pasti bercakap..di dalam hati, betul tak?
*
Pernah tak kita terfikir...
*
kenapa ada orang yang tak balas apa yang kita cakapkan?
*
Terutamanya kalau kita bergaduh dengan orang?
*
Atau masa kita ada perselisihan pendapat dengan orang tu,
*
dia hanya mendiamkan diri?
*
Pasti hati kita menterjemahkan tindakan mereka tu macam nie...
*
"Dah tak tau nak balas apa lah tu..."
*
ataupun.. "Tengok, betul lah apa yang aku cakap.."
*
atau.. "padan muka, dah sedarlah yang dia tu salah.."
*
ehemn..ini hanya apa yang aku fikir okey?
*
tapi pernah tak kita fikir apa sebenarnya yang mereka nie fikir?
*
Aku nak kongsi dua kemungkinan daripada situasi ni...
*
Sama ada mereka ni fikir..
*
"Apa yang kau cakap tu memang betul"
*
atau
*
*
"Tak payah layan la orang macam nie.."
*
haa..biarlah aku straight to the point je..mungkin akan kedengaran kasar tulisan ak seterusnya nie tapi terima lah kenyataan...
*
orang nie, kalau dia dah malas nak layan cakap kita tu, (mungkin) maknanya dia fikir yang pendapat kita tu tak sesuai langsung dengan tahap pemikiran kita nie..
*
dia mungkin dah malas nak layan betapa tak matangnya cara kita berfikir...
*
betapa banyaknya benda yang kita tak puas hati dalam hidup nie..
*
betapa kita tak bersyukur dengan apa yang kita dapat...
*
mungkin ada yang fikir..
*
"habis tue, kalau dah tak puas hati, kenalah komen!
contohnya kalau pergi restoran, servis dia tak bagus, kenalah komen!"
*
ok, kalau itu yang anda fikir, harus aku ingatkan yang aku tengah cakap pasal orang yang suka sangat komen tak bertempat nie...
*
kalau komen bertempat, dengan tujuan untuk meningkatkan produktiviti, itu memang digalakkan..
*
okeylah..aku harap apa yang aku cuba sampaikan jelas..walaupun aku tak nyatakan sepenuhnya apa yang aku nak cakap...fikirlah sendiri..
*
nasihat aku...
*
kadang2 bila kita buka mulut, kemungkinan untuk orang lain memandang kita cetek ilmu,
*
atau tidak matang, atau dalam bahasa kasarnya bodoh adalah sangat tinggi...
*
mungkin anda nak cakap
*
buat apa aku risau pasal apa orang nak cakap pasal aku?
*
ya..ak pun fikir macam tu kalau ak yakin yang ak nie betul
*
atau pendapat ak tu memang disokong oleh fakta yang sahih lagi benar
*
tapi kalau kita sendiri tak tau apa kesahihannya? apa buktinya?
*
jadi berhati-hatilah bila bercakap tue...kerana lidah badan binasa..
2 comments:
kalau aku, aku senyap sbb klu aku explain myself pun org tu dh ada judgment dia sndiri, so susah dia nk dgr penjelasan or terima alasan masa tu. klu aku x pedulik dh dgn org tu, mls dh aku nk explain. lantak engkau la. hahahaha
hehe..ye la cik anarif_88 weh...
mmg takde guna kita nak explain pada org yg da ada judgment sendiri neh...
Post a Comment