Sudah bertahun-tahun agaknya aku berfikir tentang isu yang satu ini
SIHIR!!! Masya-Allah..
Kenapalah perkara ini masih lagi diamalkan dalam kehidupan yang serba moden ni?
Aku percaya bahawa masyarakat kita semakin lama semakin maju,
malah masing-masing semakin tinggi tahap pelajarannya..
tak cukup dengan pelajaran di peringkat menara gading di universiti tempatan
ada pula yang menuntut ilmu sehingga ke luar negara
tetapi mengapa ya?
Masih ada dari golongan ini..ataupun dari mana-mana golongan pun yang mengamalkan sihir?
Nak kata tak ada pelajaran...ada!
Oh..nanti..aku tau..aku tau...
Aku rasa ni mesti sebab pelajaran agama yang tidak diberi perhatian, kan?
Ya lah...kalau orang yang tahu hukum-hakam agama
Pasti mereka ni sedar bahawasanya...
sihir itu dilarang di dalam Islam!
Hukumnya HARAM! Faham? H.A.R.A.M.
Mengapa? Kenapa?
Apakah hak mereka ini untuk merosakkan kehidupan orang lain?
Kenapa mereka perlu menyekat kebahagiaan dan kejayaan orang lain?
Bukankah azan yang dilaungkan lima kali sehari itu...
mengajak kita sesama Islam menuju kejayaan?
Apakah mereka ini tidak sedar bahawa dengan menyihir orang,
mereka telah bersekutu dengan musuh kita yang paling nyata?
SYAITAN! Siapa lagi?
Mereka berkawan dengan syaitan durjana yang dilaknat Allah?
Nauzubillah hi minzalik!
Sedarlah wahai saudaraku!
Mengapa anda harus menghantar hantu raya?
ataupun pelesit?
ataupun santau?
Hanya kerana anda dengki dengan saudara anda yang selalu bernasib baik itu?
Sedarlah wahai saudaraku!
Apa yang dilihat oleh mata kasar tidaklah seperti apa yang berlaku!
Anda mungkin melihat saudaramu itu sering bernasib baik dalam pelajaran,
ataupun perkerjaan yang dilakukannya...
tetapi anda tidak sedar bahawa dia mungkin mempunyai derita yang lain..
mungkin sahaja dia ada masalah keluarga...
masalah kesihatan...
kewangan...
dan sebagainya..tetapi dia cuba untuk menyembunyikannya
Maka dengan itu anda hanya nampak dia itu seringkali bernasib baik
Padahal hakikatnya tidak begitu!
Tidakkah anda rasa berdosa memusnahkan hidup orang lain?
Anda mungkin sahaja telah mengambil masa2 sihat orang itu untuk beribadat kepada Allah!
Masya Allah!
Betapa besarnya dosa mempraktikkan sihir ni...
Sihir ada bermacam-macam jenis...termasuklah memakai minyak pengasih!
Kalau orang itu memang tidak dijodohkan dengan anda..
mengapa mesti dipaksa?
Ah..sudahlah...aku rasa kalau hendak ditulis lagi mengenai sihir...
tersangatlah banyak pendapat, isu, komen, perasaan yang ingin aku hamburkan..
Aku hanya ingin mengatakan yang aku tersangat sedih..
melihat masyarakat kita yang saling menghancurkan..
saling memusnahkan saudara seagama...
patutlah orang lain boleh berjaya..
tak cukup dengan itu, kita pula yang rasa tertindas oleh kejayaan mereka...
tak faham? erm..cubalah fikirkan sendiri...
Mengapa mesti ambil jalan pintas yang hitam pekat lagi berdosa?
Nasihatku...Jangan pilih jalan hitam!
Sedarlah bahawa doa-doa orang yang teraniaya akan diperkenankan oleh Allah!
Fikirkan bahawa orang-orang ini pasti memohon agar
orang yang melakukan sihir ke atas mereka supaya mendapat balasan yang setimpal..
Mungkin sahaja balasan yang diharapkan..
Anda merasa semua penderitaan yang mereka alami selama bertahun-tahun disihir itu..
Rasakan bagaimana pelesit menghisap darah anda
Hantu raya yang membuat bising di rumah pada malam hari
....dan macam2 lagi..
Wallahu alam...
Semoga kita semua dilindungi...
No comments:
Post a Comment