Sunday, December 13, 2009

Student's Life..perghhh...(benci version)

Kali nie, ak nak berkongsi satu cerita yang baru jer berlaku awal bulan nie, Disember 2009...
Ianya tentang realiti kehidupan seorang pelajar...
A Student's Life...

Haha..sebelum ak mula..ak nak gelak dulu...
Bukannya sebab cerita nie kelakar tapi sebab sakit hati...
Nak tau tak...ada la ak dan 2 orang sahabat baik diberi peluang
untuk menyertai satu seminar yang dianjurkan oleh
universiti tempat kami belajar.
Maka, dengan riang kami menawarkan diri untuk menyertai seminar tersebut
setelah seorang AJK menawarkan kepada kami
katanya dah tak ada orang nak pergi..
kalau tak keberatan, ambillah peluang nie...
Dengar kata ianya peringkat 'international'
dan kami tak dikenakan bayaran sebab universiti dah tanggung...
Lagi pulak, memang niat kami di hati ikhlas sangat nak menimba ilmu...
Lagipun kami tak ada apa-apa aktiviti sepanjang cuti semester nie
Jadi kami pun dengan rela hati kembali dari kampung kami
yang jaraknya beratus kilometer
Sanggup berkorban membayar tiket bas pergi dan balik sebanyak hampir RM100...
Sanggup menumpang di rumah orang sebab penginapan tak disediakan
Semata-mata untuk menyertai seminar tersebut!

Hari pertama...
Di waktu pagi semuanya berjalan lancar..
Kami tiba sebelum seminar bermula..
sempat makan lagi sarapan yang disediakan..
Pembentangan oleh 'speaker' yang pertama sangat best
"Tak menyesal ak datang!"
Itulah apa yang ak fikir...

Lepas rehat dan makan tengah hari...
Kami diberi kebebasan untuk memilih pembentangan mana yang kami mahu hadiri
memandangkan tajuk-tajuknya dikelaskan kepada bahagian2 tertentu...
Jadi ak dan 2orang lagi sahabat baik nie dgn riangnya berpimpin tangan
berjalan ke arah bilik seminar yang ak kira
tajuk pembentangannya penting dan berkait dengan pelajaran kami..

TAPI TIBA2
Ada seorang urusetia, perempuan, tegur kami
"Eh, kamu tak ada kerja ke sekarang?"
Kami pun jawablah,
"Ha ah, kami memang tak ada kerja...kami nak pergi tengok.."
"Hah, kalau macam tu saya ada kerja untuk kamu..."
Belum pun sempat kami menjelaskan bahawa kami adalah peserta..
Dia sudah pun memisahkan kami dan memberi kerja yang ak kira tak patut
arghh..macam mana ak nak cakap nie..

Dia suruh kami jaga masa????
Di bilik seminar yang tajuknya tak ada kena mengena dengan kami????
Urgghhh...tolonglah!!!!
Kami nie peserta! Bukan urusetia!
Ak tak kisah kalau dia beri tugas jaga masa tue di tempat yang ak nak masuk...
apalah salahnya kalau dia cari peserta lain yang memang nak duduk kat situ, kan?
kenapa mesti dia menyeksa kami?
mengambil masa kami yang sangat berharga tue?
kami tak dapat berbuat apa-apa kerana dia mempunyai kuasa
siapalah kami kan? hanya PELAJAR...TAK PENTING PUN!

Masalahnya...ak lagi sakit hati bila ak tengok orang2 yang sepatutnya jadi urusetia..
aah! diorang memang urusetia pun...
da ada pakaian sendiri yang menggambarkan diorang ajk di situ...
tapi..ak tengok diorang nie semuanya BERLEGAR-LEGAR kat luar tue!!!
Hwaaaaaarrrrrghhhh!!!
SAKITNYA HATI!
Ak tak marah kalau nak minta tolong kitorang jaga masa
KALAU pihak urusetia memang tak cukup orang!
memang tak menang tangan!
TAPI...
Mereka nie memang takde kerja!
Bukannya diorang yang jadi tukang masak..
Bukannya diorang yang kena mengacara majlis!
Bukannya diorang yang kena kemas pinggan mangkuk!
Ya Tuhan! Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati kami diperlakukan begitu..
Terasa segala pengorbanan yang kami buat untuk menghadiri seminar itu
SEMUANYA SIA-SIA!!!
Habis tue, peluang kami untuk menimba ilmu disekat!
Astaghfirullah....
Habis setakat tue...

Kali nie pasal waktu sebelum makan tengah hari,,
terlupa nak tulis yang nie dulu tadi...
erm...sebelum kami dilepaskan untuk makan..
PELAJAR diminta untuk tunggu sebentar..
Pada fikiran aku, mungkin mereka ingin memberi penghoramatan agar semua pensyarah mengambil makanan dulu...
TUP TUP TUP
nak tau apa jadi?
OK..masa daftar pagi tue, kami diberi beg yang berisi buku program, buku nota, pen, kertas, dan SIJIL..penting tue sijil!
Then, urusetia tue, kalau tak silap la...perempuan yang sama..
Mintak tolong macam nie...

"Minta maaf ya...tapi boleh tak kami nak mintak tolong...
sesiapa yang begnya masih lawa...tak ada kotor atau conteng2...
isinya pun tak terusik lagi...
Boleh tak kami nak kamu serahkan beg itu dengan isinya sekali? termasuklah SIJIL...
sebabnya stok kami dah habis...
kami mintak tolong sangat-sangat sebab kita nak jaga nama baik universiti dan ini peringkat antarabangsa...kami tak mahulah nanti bila ada peserta baru yang mendaftar tak dapat beg...apalah pulak kata diorang...nanti esok petang kami beri balik kalau beg tue ada lagi..OK?"

Haaa?? Hati ak yang tak bermata nie terbeliak!
Mula2 ak ingat nak serahkan beg ak tue, berserta sijilnya...tapi..
bila ak teringatkan yang dah ada 2 SIJIL AK TAK DAPAT setelah penat menjalani aktiviti..
ak jadi TAWAR HATI..
Hati ak bertambah tawar bila mengenangkan KERENAH BIROKRASI universiti tempat ak belajar nie sangatlah banyak dan menyakitkan hati...ak mendiamkan diri..
ak katakan yang ak sudah pun menulis nama di atas beg itu...
Tanpa disangka2, hampir semua pelajar di situ menyerahkan beg mereka
tanpa mengambil kira risiko yang bakal dihadapi oleh mereka...
termasuklah seorang sahabatku itu...

Hari yang dinantikan tiba...
Keesokan harinya...selesai sahaja seminar itu..
Rakanku menuntut begnya..atau paling kurang pun sijil..
TAPI tau je lah..
apa yang ak takutkan jadi kenyataan...
diorang dah tak ada stok!!!
Dan kawan ak tue balik tanpa sekeping sijil..
Katanya akan dituntut semula...
kesian dia...ak nak bagitau awal2 tapi masa tue perempuan tue duduk depan kami..
sebab tue ak takleh nak halang dia...

Oh..1 lagi...
masa yang kitorang kena jaga masa tue kan...
masa tue kitorang protes kejap..
kat luar bilik seminar..
MANA TIDAKNYA?
Dahlah tak dapat pergi pembentangan yang kami nak dengar
oleh pensyarah kitorang sendiri pulak tue
dan tak cukup dengan tue..
kami dipisahkan sorang2 diri pulak tue!!!
TIBA-TIBA ada seorang pensyarah nie..
dia tanyalah..kenapa kitorang tak masuk lagi?
Kitorang pun ceritalah..
dia cakap..eh, kenapa macam tue?
Kamu bagi je pada sesiapa kat dalam tue dan pergi ke tempat yang kamu nak...
TAPI macam mana kami nak buat?
Kami kan hanyalah PELAJAR!
Kami tak ada KUASA! Kami terpaksa buat semua tue...
Sedihnya hati...
Pensyarah kami semuanya mahukan yang terbaik buat kami...
Malah mereka berbangga sebab kami sanggup menyertai seminar tue
yang orang lain anggap sangat membosankan...
TETAPI segala-galanya hancur sebab URUSETIA ataupun sebenarnya STAFF
memperlakukan kami sedemikian rupa..
ak tak tau kenapa STAFF sangat tak suka PELAJAR...
sangat tidak mempedulikan kami...
layan kami nie macam peminta sedekah di jalanan sahaja...
KENAPA?
mungkin sebab diorang terpaksa berdepan dengan kerenah pelajar di pejabat?
Masalahnya sekarang..
BUKAN KAMI yang membuat masalah di pejabat!
Malah pelajar yang pergi ke seminar tersebut boleh dikatakan mempunyai rekod yang baik...
URRGHHH...sudahlah...
banyak lagi yang ak nak cakap tapi ak dah lapar..
hingga berjumpa di lain kali..

p/s: Kalau dah tahu anjurkan program peringkat antarabangsa dan tahu pesertanya ramai (walaupun takderlah ramai sangat)...buatlah banyak-banyak dan secukupnya sijil tue...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts