Aku teringat kembali kenangan masa zaman budak-budak dulu. Pengalaman kena marah dengan ibu kesayangan sememangnya pahit. Bila dimarah, aku fikir macam-macam. Ya lah, dah tentu aku pun marah kalau mama pun marah, betul kan? Tapi, aku nie jenis yang tak berani nak melawan kata, sebabnya? Sebab takut hinggap pulak pelempang sebiji, naya tak naya...
Opss..aku bukannya nak cakap mama aku nie suka dera anak sendiri ke, apa ke...tapi macam ada pepatah Melayu kata: KALAU SAYANG ANAK, TANGAN-TANGANKAN. haha...berbalik pada cerita tadi...
hmmn..bila dimarah, macam-macam aku fikir. Aku pernah terfikir nak lari dari rumah. Aku jugak pernah terfikir nak bunuh diri. Nauzubillah hi minzalik! Masa tu aku masih di sekolah rendah. Jadinya, pemikiran aku memang tak matang, ilmu agama aku pun masih lagi kurang. Aku memang tak tahu masa tu, yang bunuh diri DILARANG DALAM ISLAM. Sesiapa yang bunuh diri memang akan masuk neraka..Ya Allah, nasib baiklah aku tak buat apa-apa masa tu.
Masa aku fikir nak lari dari rumah tu, aku jadi takut, sebabnya aku tak tahu mana nak pergi. Secara jujurnya, merajuk pun aku tak pernah buat. Aku selalu terfikir kalau aku merajuk, apa aku nak buat? Bermasam muka dengan mama sendiri? Dahlah duit, makan, minum, rumah, pakaian, mama yang tanggung semuanya. Lepas tu, nak buat macam tu pulak kat dia?
Aku bersyukur sebab Allah bantu aku, beri aku gerak hati yang betul masa tu. Kalau tak, aku tak tahu apa yang akan berlaku sekarang. Pasti aku menyesal tak sudah-sudah.
Bila dah di ambang dewasa nie, aku semakin menyesal dengan tindakan aku semasa remaja. Zaman remaja adalah satu fasa hidup aku yang kukira agak teruk. Aku tak tahu di mana silapnya, mungkin pengaruh di tempat aku belajar, aku terbiasa menjawab dengan kawan-kawan. Bila aku geram, pasti sahaja ada benda yang aku balas pada kawan-kawan. MALANG SEKALI bagi aku, sebab aku terbawa-bawa sikap aku tu ke rumah.
Untuk pertama kali dalam hidup, aku meninggikan suara pada mama yang selama ini bersusah-payah membesarkan aku seorang dirinya. Papa tak pernah pedulikan kami adik-beradik, semenjak aku berusia 4 tahun lagi. Buat pertama kalinya, aku menghempaskan pintu tanda marah, aku bermasam muka dengan mama, tak bertegur dengannya sehinggalah dia sendiri yang bercakap dengan aku. BETAPA EGONYA AKU! BETAPA DERHAKANYA AKU!
Ya Allah! Ampunkanlah dosaku! Ampunkanlah aku! Sekarang baru aku sedar, bila aku dikuasai perasaan MARAH, macam-macam perkara yang tak baik berlaku. Macam-macam yang kita fikirkan. Macam-macam yang kita boleh buat! Astaghfirullah hal azim...
Sekarang ini baru aku dapat lihat petunjuk dariNya... bila diri sudah marah, syaitan menguasai kita. Bila diri dah sejuk, mulalah menyesal tak sudah. Aku sedar sekarang yang aku AMAT MENYAYANGI mamaku! Aku tak sampai hati melihat dirinya menderita lagi... cukuplah penyeksaan yang diterima oleh hatinya...
Cukuplah pengorbanannya membesarkan lima orang anak perempuan seorang diri. Cukuplah segala penghinaan yang diterima olehnya hanya kerana dia bergelar "IBU TUNGGAL." Cukuplah pihak-pihak yang suka mengambil kesempatan di atas setiap peluang yang ada...
Cukuplah semuanya!
Kawal lah diri bila marah. Sejukkan dulu hati baru berbincang, baru bertindak. Mengucaplah banyak2, mudah-mudahan kita diberi petunjuk ke jalan yang benar. Ingat, KERANA LIDAH BADAN BINASA.
Itu bukanlah hanya pepatah Melayu, tetapi nabi sendiri ada bersabda bahawasanya ramai manusia masuk ke neraka kerana LIDAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Hai semua! Haa...kepada kaum wanita, mesti biasa pakai lipbalm atau lipstik kan? Kebanyakan orang yang tak pakai mekap pun mungki...
-
KEBAIKAN atau * KEBAIKKAN? KEBURUKAN atau * KEBURUKKAN? KEMASUKAN atau * KEMASUKKAN? Sebagai ahli bahasa, saya rasa sangat geram bila bahasa...
-
Hai, terima kasih sebab buka post ini. Dan tahniah diucapkan sebab nampaknya anda mahu belajar. ^^, (Nota: Post ini akan dibuat dalam bahasa...
-
Hai semua! Mesti korang pernah nampak produk ni kan? Kalau yang biasa pegi Watsons tu mesti ada. Haaa...kali ni aku nak kongsi a...
-
AMARAN! Saya bukan jual produk kecantikan. Saje nak share pengalaman saya sendiri. Sama macam ramai orang lain, saya salah seorang yan...
-
Hahahahahaha....pelik tak soalan aku kali ni? Pernah tak korang rasa dianiayai diri sendiri? Maknanya, lebih kurang badan korang sabo...
-
Aku tau, ramai orang hairan kenapa aku boleh tahan tak tidur waktu malam. Nak tau tak, aku sendiri pun hairan hahaha... Bila fikir-fikir b...
-
haha...pesal tetibe plak tajuk aku nie? ada pape ke? xderlah...sebenarnya da lama ada idea nak tulis menda nie, cuma belum berkesempatan lag...
-
Waaaahhh! Dah lama rasanya tak pergi Langkawi! Kali terakhir aku pergi sana 6 tahun lalu. Tahun 2004. Masa tue aku pergi untuk Wilderness Ad...
-
Dah lama sebenarnya nak tulis pasal kucing...tapi terpaksa tangguhkan sebab internet lambat. Sekarang dah ada internet laju, bolehlah letak ...
No comments:
Post a Comment