Thursday, January 28, 2010

Di Mana Salahnya?

Sudah lama aku perhatikan sikap orang kita. Sudah lama aku mendengar percakapan mereka. Sudah lama aku mengkaji pemikiran mereka. Kesimpulan aku nanti hanyalah satu STEREOTYPE iaitu tak semua terlibat. Jadi, sesiapa yang terasa marah dengan tulisanku, mungkin anda terlibat...

Ingin aku ingatkan, tulisan aku sentiasa menjadi isu hangat, pernah mencetuskan kontroversi yang hebat di kalangan masyarakat sekelilingku. Jadi ku pohon, silalah bertindak dengan penuh diplomasi...

Aku tak faham...mengapa masyarakat kita suka membuat andaian yang buruk? Mengapa mesti dituduh-tuduh orang yang tak berbuat apa-apa kesalahan? Mengapa? Untuk tulisan ini, aku ingin kupas satu isu yang tak pernah LUPUT DEK ZAMAN iaitu 'janda'...

Haha..terbeliak mata? Memanglah... nak kata aku nie cetek ilmu? katalah... kerana itu sikap manusia yang sentiasa tak puas hati dengan sesuatu perkara, bukan? Tuan-tuan, inilah fikiranku, inilah pendapatku, inilah pemerhatianku...

Kenapa semua orang sangat memandang serong JANDA? Kenapa? Aku pinta penjelasan. JANGANLAH HANYA KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA. Inilah namanya STEREOTYPE. Setiap kali ada perceraian, pasti pihak perempuan yang dipersalahkan, kenapa?

Aku bukannya feminist ataupun anti-lelaki. Ha..inilah orang kita! Pantang ada yang membela kaum hawa, ada sahaja tuduhan benci lelaki dan pro-perempuan...macam-macam!

Dalam perceraian, dikatanya si bekas isteri tak pandai jaga suami, tak pandai layan suami, tak pandai jaga diri, tak pandai jaga anak...dan bermacam-macam lagi! Betul ke? Betul ke tuan-tuan? Saya tanya ni...betul ke? Jangan hanya dengar sebelah telinga tuan-tuan. Jangan hanya pandang sebelah mata tuan-tuan...

Seorang hakim di zaman sahabat adalah seorang hakim yang sangat adil dalam mengendalikan perbicaraan. Satu hari, dia disogokkan dengan rasuah oleh pihak yang bersalah dan pihak itulah yang menang. Di ambang sakaratul maut, si hakim memanggil anaknya supaya mencium bau kedua-dua belah telinganya. Satu telinganya berbau hanyir dan busuk. KENAPA? Sebab dia hanya mendengar sebelah pihak sahaja, tuan-tuan. Sedarlah, nilailah, fikirlah...

Ada banyak sebab untuk pasangan bercerai. Yang paling banyak pernah saya lihat adalah kerana si suami yang tidak bertanggungjawab! Tak setuju wahai duda-duda? Baiklah, kalau anda memang bertanggungjawab dan bekas isteri anda yang sememangnya curang, itu kes anda. Sekarang ini, tentang kes yang suami tak pandai nak beri nafkah pada isteri!

Saya pernah terjumpa kes di mana seorang suami yang suka merajuk. Jika dia merajuk, sampai berminggu-minggu tak pulang ke rumah. Sampaikan pada hari sambutan Aidilfitri pun, dia sanggup tak pulang. Sedih bukan? Apa sebabnya? Sebab si suami cemburu buta. Dituduhnya si isteri keluar dengan lelaki lain padahal si isteri ke pasar untuk membeli keperluan dapur.

Sudahlah si isteri tak dibenarkan keluar, si suami pula suka meninggalkan rumah berhari-hari lamanya. Si isteri nak makan apa, tuan-tuan? Si suami tak beli pun keperluan dapur. Kalau si isteri ikut cakap suaminya jangan keluar rumah, macam mana dia nak makan?

Baiklah, cukup setakat tu... saya sudah cakap bukan yang ada banyak sebab untuk pasangan bercerai? Sebab-sebab itu, para pembaca boleh fikir sendiri kerana terlampau banyak sebab untuk berlaku perceraian. Ya, saya tahu, ANTARA PERKARA HALAL YANG ALLAH TAK SUKA ADALAH PERCERAIAN. Betul kan apa yang saya tulis?

Tapi, Allah tak melarang perceraian. Malah, ada banyak jenis perceraian. Ini kalau tak silap, ada dalam Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Kalau tak silaplah... antaranya:

-kalau si suami bertaklid...(tau taklid tu apa?)...macam nie contoh dia, "Kalau awak balik rumah mak awak, jatuh talak"...itulah namanya taklid, dan kalau si isteri betul2 balik rumah mak dia, jatuhlah talak 1. Kalau sampai 3 kali taklid dan 3 kali juga jatuh talak, maka si suami dan isteri tak boleh rujuk semula.

-kalau suami lebih dari satu tempoh masa (rasanya 3 bulan) tak balik rumah tanpa memberikan nafkah, si isteri boleh minta cerai.

Ada lagi, tapi saya tak ingat, para pembaca bolehlah kaji sendiri, ya?

Berbalik kepada topik kita, di mana salahnya janda? Kenapa semua orang benci janda? Dikatanya janda tu perampas suami orang...kalau yang rampas tu, salah dialah..tapi kalau yang tak rampas ni? Kalau si suami orang tu yang gatal sangat nak kacau janda nie? Apa kes?

Sesuka hati je tuduh mereka nie macam-macam. Nak tau tak? Nak tau tak yang naluri hampir, hampir ya, hampir setiap perempuan tak mahu bercerai! Mereka tak pernah minta diceraikan atau memohon fasakh. Ini adalah hati hampir setiap perempuan. Kalau terjadi juga, itu bukan atas kehendak mereka!

Ingat tuan-tuan, INGAT, JODOH PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN! Jika Allah sendiri mengkehendaki sesuatu perkara terjadi, kun fayakun! Jadi, jagalah percakapan kita. Jangan lah menuduh orang sesuka hati. Kalau kena batang hidung sendiri, baru anda tahu macam mana rasanya dituduh walau anda tak berbuat apa-apa.

Diharap anda dapat mesej yang saya ingin sampaikan. Dalamilah ilmu agama supaya kita tak jadi cawan kosong yang hanya tahu bercakap.

Diam adalah lebih baik dari bercakap tanpa ilmu yang cukup..wallahu alam.

2 comments:

Anarif88 said...

all of a sudden ckp psl ni napa? did something bad happen? azie, whatever they say, how bad the thing is, just take a look at ur mum and u. u r still standing high and none of those rubbish could ever affect you. so brace urself as u always do, even if the threat comes from ur own f*t***!

Aziemah Gekozen Great Eastern Takaful said...

haha..this issue exploded quite a long time ago..but i only the other day that i have time to write about it..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts