Tuesday, November 22, 2011

Luahan Kepada Blogger

Hai semua rakan blogger!

Terima kasih sebab singgah ke sini. 
Sebenarnya luahan yang aku maksudkan adalah luahan hati aku sendiri kepada sesetengah rakan blogger.

Well, aku tak salahkan korang sebab mungkin kita tak sedar masalah ini terjadi.
Sebenarnya, masalah ini berkaitan dengan saiz laptop.

Eh, apa kena mengena dengan blogger pulak? Kan?
Sabar, ni nak terangkan la...

Dulu aku pakai laptop saiz biasa, 14". Standard la kan. So, takde masalah nak view blog rakan2 semua.
Tapi, sejak aku bertukar ke laptop bersaiz lebih kecil, 10", aku mula dapat masalah nak view blog rakan2.

Kenapa?

Sebab kalau saiz laptop kecik, resolution pun kecik jugak.


So, apa masalahnya?

Masalah timbul bila ada blog yang letak iklan yang 'terapung-apung' atau 'melayang-layang' kat kiri kanan blog. Dan iklan tu tak boleh ditutup. Secara automatik, iklan tu menutup tulisan di dalam blog itu menyebabkan aku tak dapat baca apa yang ditulis (huhuhu).

Well, memang ini masalah aku. Kenapa korang nak peduli kan?

Tapi aku percaya, bukan aku sorang je yang hadapi masalah ni.
Aku yakin, ramai lagi yang ada masalah nak view blog korang, tapi diorang diamkan aje.

Blog yang mana? Nak aku bagi print screen ke?

Aku rasa tak perlulah kot...
Mungkin korang boleh check sendiri.

-peace no war- ^^

p/s: aku suka baca blog korang sebab banyak maklumat yang aku boleh dapat. so, rasa sedih kalau sesetengah bahagian takleh nak baca huhu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts