Friday, November 4, 2011
Sibuk? Apa makna dia?
huwarghhh...penatnya!!! Dalam sebulan ni, rasa macam sibuk giler. Ke sana ke mari dengan berbagai-bagai urusan. Pegi seminar la, pegi dengar ceramah, pegi bayar bil, beli barang dapur, tolong buat dokumen untuk program baru bla blabla...
terlampau sibuk sampai tak sempat nak basuh baju, lipat baju, kemas rumah...dan yang paling penting...
PROPOSAL TAK BERSENTUH LAGI!!! huwarghhhh....
Teringat supervisor cakap dalam seminar hujung minggu hari tu....
"I do not know why they have not defended their proposals yet..."
huhu...aku pun tak tau kenapa. SIBUK sangat ke aku ni? kalau korang baca entri aku yang lepas2, tak habis2 dengan proposal tak siap, kan?
haih, tu lah masalah aku. Aku takde kelas, takde exam, proposal tu je lah yang akan melayakkan aku teruskan kajian dan seterusnya nak dapat skrol sarjana. sebab tu, aku tak habis2 cakap pasal proposal huhu
Oh, apa maksud tajuk aku tu? Apa makna sibuk sebenarnya?
Sebab aku pernah terbaca satu artikel, sebenarnya tiada istilah sibuk pun dalam dunia ni...
Eh, biar betul? Habis, kita ke sana ke mari tu, istilahnya apa? Sibuklah kan?
aku pun tak tau nak komen macam mana kenyataan ni. rasa macam tak logik. nak bagi link untuk korang baca, aku tak tau kat mana sebab aku dah baca lama dulu.
tapi bila fikir2 balik, ada logiknya jugak.
hah? biar betul? maknanya takde istilah sibuk?
yerlah, contohnya kita ada seminar atau kena dengar ceramah. ceramah tu bukannya sepanjang hari pun kan? jadi, kita masih ada masa untuk benda lain bukan? tapi apa kita buat lepas habis ceramah? ok, apa aku buat? aku balik TIDO ler...lepas tu, aku cakap aku sibuk hahaha
Penat kot duk mendengar, kan?
Masa ada kelas dulu, pegi kelas 2 jam jer. Balik tido lagi. hahaha...itulah aku. then, aku cakap aku sibuk, kelas ada hari2...
adoyai, aku memang suka tidur kalau penat sangat. aku rela tak makan. aku lebih rela skip makan dan balik tidur...
walaupun macam ni, aku still rasa istilah sibuk tu masih relevan digunakan dalam situasi aku ni. yerlah, kita cuma nampak kelas 2 jam. kita tak nampak benda tersirat yang lain macam perjalanan nak pegi ke kelas tu, persiapan...dan macam2 lagi.
jadi, apa yang kita nampak tu bukanlah itu semuanya. ada lagi benda lain yang kita tak nampak. (What you see is not always what it is - Aziemah, 2011)
jadi, mari sibukkan diri haha...sibuk2 pun, jangan lupa solat yer...^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Hai semua! Haa...kepada kaum wanita, mesti biasa pakai lipbalm atau lipstik kan? Kebanyakan orang yang tak pakai mekap pun mungki...
-
KEBAIKAN atau * KEBAIKKAN? KEBURUKAN atau * KEBURUKKAN? KEMASUKAN atau * KEMASUKKAN? Sebagai ahli bahasa, saya rasa sangat geram bila bahasa...
-
Hai, terima kasih sebab buka post ini. Dan tahniah diucapkan sebab nampaknya anda mahu belajar. ^^, (Nota: Post ini akan dibuat dalam bahasa...
-
Hai semua! Mesti korang pernah nampak produk ni kan? Kalau yang biasa pegi Watsons tu mesti ada. Haaa...kali ni aku nak kongsi a...
-
AMARAN! Saya bukan jual produk kecantikan. Saje nak share pengalaman saya sendiri. Sama macam ramai orang lain, saya salah seorang yan...
-
Hahahahahaha....pelik tak soalan aku kali ni? Pernah tak korang rasa dianiayai diri sendiri? Maknanya, lebih kurang badan korang sabo...
-
Aku tau, ramai orang hairan kenapa aku boleh tahan tak tidur waktu malam. Nak tau tak, aku sendiri pun hairan hahaha... Bila fikir-fikir b...
-
haha...pesal tetibe plak tajuk aku nie? ada pape ke? xderlah...sebenarnya da lama ada idea nak tulis menda nie, cuma belum berkesempatan lag...
-
Waaaahhh! Dah lama rasanya tak pergi Langkawi! Kali terakhir aku pergi sana 6 tahun lalu. Tahun 2004. Masa tue aku pergi untuk Wilderness Ad...
-
Dah lama sebenarnya nak tulis pasal kucing...tapi terpaksa tangguhkan sebab internet lambat. Sekarang dah ada internet laju, bolehlah letak ...
No comments:
Post a Comment