Wednesday, February 22, 2012

Rezeki Ada Di Mana-Mana

Nak dijadikan cerita, I QUIT my job!

Yezza!

Aku berenti keja part-time aku sebagai penterjemah sebab sebenarnya aku memang tak sempat nak buat proposal aku. Kerja terjemahan tu memang makan masa yang sangat lama untuk disiapkan.

Yes, aku terjemah subtitle. Satu cerita yang duration dia satu jam, aku perlukan sekurang-kurangnya 8 hingga 12 jam untuk siapkan! Aku buat kerja lambat ke? No, no, no. In fact, orang yang bagi kerja kat aku tu cakap aku adalah antara yang paling laju buat kerja. (Ops, bukan nak membangga diri. Cuma nak membuktikan, kerja terjemahan memang memakan masa yang lama).

So, aku pun, dengan rasa rendah dirinya hantar e-mel menyatakan aku nak berenti (masa bulan Januari hari tu). Aku bagi alasan, nak fokus pada study dan diorang tak cakap apa-apa. So, starting from that, aku dah tak dapat projek.

Kan aku kerja dengan lecturers jugak. Tapi, bermula dari bulan dua, diorang dah tak bagi aku buat kerja and suruh aku fokus pada proposal. Sebab aku kan kena defend. So, diorang memandang serius perkara ni. Aku tak boleh main2 dah. Kena mula buat kerja.

Mula2 aku rasa okey lah. Aku rasa lega sebab akhirnya aku dapat tumpukan perhatian. TAPI lama2, aku baru perasan yang duit aku makin lama makin habis! Yes, dan aku baru sedar yang aku takde sumber pendapatan sekarang ni!

OH NO!

Sekarang, aku dah present dah pun, cuma tak tau keputusan lagi. Kalo belum baca, boleh klik sini.




Tapi sekarang, yang jadi masalahnya, mana aku nak cekau duit neh? uhuhuhu...it's all about time, you know. Bukan aku tak boleh nak cari kerja lain tapi sebab walaupun dah habis present, aku still kena baiki proposal aku dan sentiasa jumpa supervisor untuk discuss proposal tu...

Masa2 ni mula lah nak rasa menyesal sebab tak jimat duit masa ada duit dulu. Tapi dah tak guna menyesal. Sekarang, aku cuma perlu positifkan diri dan cakap kat diri aku:

"Jangan risau, rezeki tu ada kat mana2. Jangan risau. Doa jer banyak2 semoga dimurahkan rezeki...."

Dan betullah kata orang, kalau kita positif, pasti perkara positif akan datang pada kita! Insya Allah...

Apakah perkara itu? Erm, aku akan bagitau lepas confirm kan semuanya...Jangan risau. Nanti aku akan link kan pada post yang akan datang.

Cuma kena ingat! Sentiasa positif!

Baca sambungan Rezeki Ada di Mana-Mana

Sunday, February 19, 2012

Defence of Proposal!

Hai semua!

Yes, macam blogger2 lain selalu tulis, dah lama aku tak update...kan?

hehehehe...i'm so sorry. 
(tapi tak tau la sebenarnya ada orang tunggu tak aku update hahahaha perasan sendiri jer nih)

sebenarnya dua, tiga minggu lepas aku sibuk menyiapkan proposal (yang aku duk bising tak siap2 tuh) sebab aku kena bentangkan dah menda alah tu. Pembentangan kertas kerja ni digelar sebagai defence of proposal. Kenapa ada perkataan defence?

Sebab masa present tu, kita kena pertahankan kenapa kita nak buat tajuk tu. Kena yakinkan panel-panel penilai kenapa kajian kita tu penting kepada masyarakat, penting kepada bidang kita.

So, nak dijadikan cerita, minggu lepas aku kena buat mock defence dulu. Mock defence ni belum dinilai. Kita cuma present dan ada ramai audience. Lepas present, orang akan tanya soalan dan bagi pendapat mengenai kajian kita. So, dari situ, kita akan perbaiki untuk defence yang sebenar!

Yang sedihnya, masa mock defence, ramai orang dah takde dalam hall tu sebab aku yang last. So, x ramai yang bagi komen dan pendapat. Tapi takpelah...aku tetap perbaiki proposal aku berdasarkan cadangan supervisor.

Masih ingat tentang Salina? Kalau tak pernah baca, bolehlah klik di sini. Kan mula2 aku sepatutnya kaji Salina, lepas tu supervisor cadangkan aku kaji LIMA novel! Walaupun agak terkejut, aku buat jer apa yang dia suruh. Maknanya aku tulis dalam proposal penuh dan hantar kepada panel.

Oh ya, defence of proposal tu baru saja berlangsung hari Jumaat (17 Feb 2012) hari tu. Macam hari tu jugak, aku yang terakhir present. Sebenarnya cuma 3 orang budak Masters yang present hari tu. So, takdela aku tunggu lama sangat.

Masa aku berdiri di hadapan EMPAT orang panel tu, aku fikir "betul ke aku nak defend ni?" sambil tangan tengah bukak slides dan bersedia untuk present.

So, bila aku start, aku cakap jer apa2 berdasarkan slides yang aku dah buat. Sebenarnya, aku tak praktis sangat untuk present kali ni huhu...selalunya sebelum present, aku akan praktis dalam 10 kali tapi kali ni aku hanya praktis 2 kali!

Nasib baik aku dapat present dengan lancar.Masa present aku maintain eye-contact dengan semua panel. Tak semena-mena aku dapat kekuatan untuk cakap jer...mungkin berkat doa, alhamdulillah.

Pastu, tibalah sesi soal jawab.

OH NO!!!!!

Ini yang aku tak suka ni! Rupa-rupanya tajuk aku tu tak cukup untuk meyakinkan mereka ini! huhuhu...aku tau, mungkin salah satu sebabnya adalah takde sorang pun panel tu dari bidang aku, terjemahan! Tapi diorang semua dari bidang bahasa laa...tapi jenuhla aku nak terangkan kenapa aku pilih teori itu dan kenapa aku nak buat kajian tu...

Sampai satu tahap, seorang dari mereka cakap kat aku..

"I'm sorry, Aziemah but I'm not convinced"

Oh my! Rasa nak terjatuh masa tu! Rasa macam halilintar memanah bumi! Tapi aku tabahkan diri sebab dia sebenarnya dari bidang bahasa dan teknologi. So, aku cuba lagi explain dan cuba yakinkan dia dan panel lain.

Kemudian, diorang cakap kenapa nak buat sampai LIMA novel? Itu terlampau banyak. Bayangkan SATU novel sahaja dah 500 mukasurat! Okey, itu buatkan aku LEGA sebab diorang suruh kurangkan jadi DUA!

Lepas hampir 45 minit sesi itu...aku dilepaskan. Fuh! Lega!

Tapi...lepas keluar dari bilik tu, aku rasa TAK PASTI sangat...aku memang tak pasti sama ada aku lepas ataupun tidak. Kawan aku yang 2 orang lagi macam yakin ajee...

Aku pulak memang TAK PASTI 100%. Agak sedih laa tapi aku boleh nampak, dalam tu tadi, 2 panel macam menyebelahi aku dan 2 panel macam mempersoalkan kajian aku.

So, tak tau lah...berserah saja. Kalau tak lepas, bulan Mei kena present balik. Kalau lepas, aku boleh teruskan kajian aku dan mula kumpul data.

Tapi, aku nak sangat lepas kali ni sebab aku nak habiskan pengajian aku dalam tahun ni jugak! Amin...

-hehehehe baju yang sama aku pakai untuk present di conference. After present terus rasa lapar sangat. Tapi sambil makan masih terasa resah memikirkan presentation itu-

p/s: semoga aku lepas. Amin! Berkat doa korang semua. Nanti aku bagitau keputusannya. Thank you!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts