Apa ke halnya nak cerita sebelum raya nih? Orang lain dah sibuk letak gambar raya. hahahaha. Sorry lah sebab sebelum ni memang tak sempat nak menulis. Kenapa? Ni nak cerita la ni hehehehe
Nak dijadikan cerita, sebaik sahaja tamat Defence of Proposal-Kali Kedua hari tu, aku terus buat keputusan nak balik rumah. Aku dah penat memerah otak untuk benda ni. Lagipun sebenarnya hati tak tenang sebab atuk aku sakit teruk kat kampung.
Sebenarnya, dah dekat dua bulan dia sakit. Biasalah, sakit orang tua. Umur pun dah 70 tahun. Tapi, sakit dia kali ni agak berat sebab dia tak lalu nak makan. Bayangkan, selama sebulan tu, dia memang tak makan. Dia cuma bertahan dengan susu. Lepas tu, nenek aku akan masak bubur nasi, blender nasi tu, dan dia akan hisap dengan straw. Itu je makanan dia hari-hari. Disebabkan dia tak makan, dia takde tenaga untuk bangun. Kira macam terlantar la kan.
So, aku cepat2 nak balik tengok keadaan dia macam mana. Masa aku sampai, memang terkejut tengok dia. Kurus kering dan pucat. Tak pernah aku tengok dia sakit macam tu sekali. Dulu masa dia masuk ICU pun, tak nampak teruk macam tu. Memang jelas nampak tulang, macam dah tak ada isi. huhu
Lagi satu, aku beria-ia sangat nak balik sebab takde orang muda kat rumah yang boleh tolong jaga atuk dan nenek aku. Semua orang kerja dan belajar. So, tinggal aku sorang aje lah yang macam available. Sebab atuk aku dah lama sakit, lama-lama nenek aku pun semakin tak sihat. Ya lah, dia sorang jer yang jaga atuk. Malam2 yang bangun urut atuk aku, dialah.
Atuk aku ada jugak penyakit lelah. Kadang2, waktu malam dia tak dapat nak tidur. Kadang2 dia sesak nafas. Lepas urut belakang, barulah lega. Disebabkan tak cukup rehat, nenek aku pun hampir2 jatuh sakit.
Erm, aku takdela cakap balik nak jaga atuk dan nenek sebab sebenarnya aku tak pandai jaga orang sakit. Aku cuma boleh tolong bawak diorang pegi klinik, beli makanan, bawak nenek pergi beli sayur dan lauk mentah. Macam tu je lah. hehe
Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum puasa, atuk aku masuk hospital untuk kali ke-3. Kata doktor, atuk aku dah lemah sangat. Darah dia pun tak macam orang normal dah. Sebab dia makan ubat tapi tak makan makanan lain. So, ada penyakit lain datang iaitu banyak garam dalam darah. Tapi, sebenarnya lepas 4 hari duduk hospital baru doktor dapat kesan penyakit atuk aku tu.
Kesian jugak kat nenek aku sebab dah 4 hari tidur kat hospital. Aku pulak, hari2 ulang-alik pergi sana. Belikan makanan, bawak baju bersih, ambik baju kotor. Itu je lah yang aku mampu buat. Nak tidur kat hospital, takkanlah anak dara nak duduk kat wad lelaki. Tak eloklah.
Kebetulan pulak adik bongsu aku pun demam. Mak aku pulak kena ikut lawatan sekolah sebab dia kena bawak budak. Terasa macam tak cukup kaki tangan. Eh, aku tulis ni bukannya nak mengeluh ke apa, cuma nak menceritakan pengalaman yang aku lalui. Cuma nak berkongsi, ok?
Lepas doktor kesan penyakit tu, diorang pun cuba lah cuci darah atuk aku. Tapi lepas 2 hari, takde perubahan. Atuk aku terus dihantar ke hospital Kota Bharu. Sebelum tu, di hospital Besut. Dia dihantar sehari sebelum puasa. Kebetulan, nenek aku dah tak larat sangat. So, dia tukar giliran dengan mak aku. Mak aku pun ikut sekali naik ambulans pergi hospital tu dan bermalam di sana.
Dua malam mak aku kat sana. So, sahur hari pertama, aku dengan adik2 kat rumah dan mak aku kat hospital. Agak sedih sebab mak aku tak sahur sekali kat rumah. Orang lain kata, "Ala relakslah, bukannya apa2 pun. Orang lain lagilah, tak balik kampung, duduk kat perantauan, okey jer." Ya lah kan tapi sebenarnya aku sedih sebab aku dah ada kat rumah tapi tak dapat sahur sekali jugak. Itulah, kadang2 aku ni sentimental terlebih sikit. Nak buat macam mana huhu
Ditakdirkan, lepas dihantar ke sana, akhirnya atuk aku dibenarkan keluar. Fuh..seminggu jugak duduk hospital. Harap2 lepas ni dia sihatlah. Slowly, atuk aku pun semakin pulih. Tapi lama jugak dia nak sihat balik. Ya lah, dah hampir 2 bulan sakit, dah kurus kering, perlukan masa untuk pulihkan semangat dia balik.
Ditakdirkan, dekat2 hari raya, dia dah okey. Selera makan pun dah kembali. Cuma banyak benda yang dia mengidam. Paling dia suka makan masa bulan puasa hari tu adalah siput sedut.
Masa hari raya pertama, tersangatlah ramai orang datang melawat sebab diorang tau atuk aku sakit. Memang tak menang tangan. Rasa macam buat kenduri pun ada hehehe..
Syukurlah atuk aku dah sihat. Dua hari lepas dia dah buka kedai balik setelah 2 bulan tak berniaga. Semalam dia dah start drive balik. Walaupun aku agak ragu2 nak bagi kunci kereta (padahal tu kereta dia hehehe), tapi aku bagi jer lah. Senang dia nak pegi kedai.
So, itu ajerlah cerita aku sebelum raya.
Ramai kawan2 jeles sebab diorang kata aku cuti lama. Lebih sebulan duduk kat rumah. Tapi diorang tak tau, hari2 aku sibuk ke sana ke mari. Tapi takpelah, takkan nak cerita kat semua orang kan? Sekarang atuk aku dah sihat, baru aku cerita hehehe
So, sebab dia dah sihat, aku dah boleh balik Shah Alam balik. Tapi apa pulak yang menanti kat sana? huwaaa...tak nak balik sana boleh tak? Duduk kampung lagi best! Paling tak tahan kat sana adalah cuaca yang panas. Redha ajerlah huhu
Thursday, August 30, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Hai semua! Haa...kepada kaum wanita, mesti biasa pakai lipbalm atau lipstik kan? Kebanyakan orang yang tak pakai mekap pun mungki...
-
KEBAIKAN atau * KEBAIKKAN? KEBURUKAN atau * KEBURUKKAN? KEMASUKAN atau * KEMASUKKAN? Sebagai ahli bahasa, saya rasa sangat geram bila bahasa...
-
Hai, terima kasih sebab buka post ini. Dan tahniah diucapkan sebab nampaknya anda mahu belajar. ^^, (Nota: Post ini akan dibuat dalam bahasa...
-
Hai semua! Mesti korang pernah nampak produk ni kan? Kalau yang biasa pegi Watsons tu mesti ada. Haaa...kali ni aku nak kongsi a...
-
AMARAN! Saya bukan jual produk kecantikan. Saje nak share pengalaman saya sendiri. Sama macam ramai orang lain, saya salah seorang yan...
-
Hahahahahaha....pelik tak soalan aku kali ni? Pernah tak korang rasa dianiayai diri sendiri? Maknanya, lebih kurang badan korang sabo...
-
Aku tau, ramai orang hairan kenapa aku boleh tahan tak tidur waktu malam. Nak tau tak, aku sendiri pun hairan hahaha... Bila fikir-fikir b...
-
haha...pesal tetibe plak tajuk aku nie? ada pape ke? xderlah...sebenarnya da lama ada idea nak tulis menda nie, cuma belum berkesempatan lag...
-
Waaaahhh! Dah lama rasanya tak pergi Langkawi! Kali terakhir aku pergi sana 6 tahun lalu. Tahun 2004. Masa tue aku pergi untuk Wilderness Ad...
-
Dah lama sebenarnya nak tulis pasal kucing...tapi terpaksa tangguhkan sebab internet lambat. Sekarang dah ada internet laju, bolehlah letak ...
1 comment:
Can I use some of the content from your site on mine? I will make sure to link back to it :)
Post a Comment