Entahla kenapa tapi akhir-akhir nie aku sebenarnya rasa bahagia sangat sebab aku baru saja masuk ke rumah baru dan dapat kawan baru. Aku rasa diorang nie memang baik sangat dan yang penting diorang cuma buat hal sendiri. Betul...aku rasa lega bila dah tak ada orang yang nak menyibuk pasal hal kehidupan aku. Ops, maaflah kalau terkasar bahasa tapi sekarang aku gembira...
Kalau nak tau, kehidupan aku dulu agak teruk (bila difikir-fikirkan balik la...) sampai aku terfikir kenapa aku boleh berada dalam situasi tue? Kadang-kadang aku rasa pelik, macam mana aku boleh hidup dalam keadaan tue untuk satu tempoh yang agak lama... Aku takde perasaan ke? Sampaikan orang sekeliling sebenarnya rasa pelik tengok aku. Apa sebenarnya yang aku tengah cakapkan? hermn...
Mungkin korang tau macam mana rasanya bila kita berkawan dengan seseorang...bila kita dah rapat dengan orang tue, semua kesilapan dia nampak kecik jer... nampak macam takde apa2 kesan pun... walau sebesar mana kesalahan orang tue, kita tetap maafkan dia sebab dia kawan kita... Dan kita mungkin fikir yang kita dah saling memahami walaupun sebenarnya TAK.
Tapi, itulah...bila kita dah berpisah dan fikir-fikir balik, saat itulah baru kita perasan dan rasa yang diri kita nie bodoh sebab terlalu baik dengan orang tue...huhu...
Aku cakap nie secara umum. Aku cakap berdasarkan pengalaman aku dari kecik sampaila sekarang. Jadi, sesape nak terasa, aku tak tau ape korang nak terasa sebab yang sepatutnya terasa tue AKU. Aku yang rasa semua tue...
Bagi yang tak berkenaan aku mintak maaflah tapi aku cuma sedih dengan diorang yang berkenaan nie. Oh, aku tau...mungkin ada yang akan cakap aku sendiri tak sedar kesalahan aku pada orang lain...lepas tue aku nak menyalahkan orang pulak. Betul tak? Well, aku nak mintak maaf lah kalau aku ada salah tapi aku berani cakap yang aku tau kesalahan aku bila aku buat. Dengar macam aku membesarkan diri? Agak la...tapi sekurang-kurangnya aku sedar!
Tak macam ada sesetengah orang tue, memang tak sedar langsung walau sebanyak mana kesalahan yang dia buat. Ada kes lagi best, dahlah kutuk aku dalam blog dia (memang la dia tak cakap nama tapi aku tau la dia cakap pasal aku...), [eh, nie aku pun kutuk dia dalam blog jugak?] pastu bila jumpa buat-buat baik. Buat-buat nak tanya khabar. Macam takde apa-apa yang berlaku! Bayangkan! Bayangkan! Dahlah tuduh benda yang aku tak buat!
[Istighfar]...haih...dalam hidup nie, aku paling tak suka orang yang menipu! Yang kedua aku tak suka orang yang HIPOKRIT! Weh, kalau kau tak suka orang tue, tak payahlah nak buat-buat baik pulak! Macam pernah dengar ayat nie??? Kalau tak pernah, silalah ambil pengajaran.
Dan wahai pembaca yang budiman, ingatlah nasihat aku nie...JANGAN SEKALI-KALI BERKAWAN DENGAN SESEORANG KERANA KASIHAN...
seumur hidup la menyesal nanti...wallahualam...
2 comments:
ok2. point noted. hahahahaha... btw, aku kat dengkil. esok balik amik ko. ok??
haha...gO.od...guess u noe..^__^
Post a Comment