Thursday, September 29, 2011

Gara-gara TERMAKAN sayur jeruk....


Di suatu hari yang indah, aku dan 2 orang rakan pergi ke satu restoran.
hahaha..macam ayat karangan tak?

Masa tu dah malam. Kitorang penat sangat sebab petang tu pergi jogging. Malam pulak pergi swimming. Memang lapar habis lah.


Lepas tu, kitorang pun buat keputusan nak makan kat restoran ala-ala Arab gitu. So, aku pun pesan la nasik yang ala-ala Arab.
First time nak makan nasik Arab sebenarnya nie...

Tapi aku wat cam aku dah biasa la kan. Takkan aku nak bising aku tak penah makan kot. Malu la beb huhu...

Masa tengah makan tu..aku perasan ada timun jeruk. Aku tak makanla sebab aku tak suka timun jeruk. Then, aku ambikla sayur kat sebelah dia. Sayur apa? Kubis bunga atau nama englishnya cauliflower. Macam dalam pic kat bawah ni.

Masuk jer mulut, aiyark! MASAM GILA GILA MASAM MASAM MASAM...
rupanya sayur tu pun jeruk jugak!
aku tak boleh nak ludah balik sebab kitorang kan tengah makan.

aku pun berlagak cool...makan n telan jer menda alah tu...

BALIK jer..aku rasa DAHAGA sangat. banyak giler aku minum air sampai kawan tegur:

"Eh, minum air lagi?"

Aku tak terfikir apa-apa. Aku ingatkan sebab aku bersenam banyak sangat.

MALAM tu, masa tido, TEKAK rasa perit giler...nak minum air jer kerjanya. Esoknya, suara terus tak nak keluar. Sepanjang hari aku minum air jer...Air sejuk aku elakkan. Minum air suam jer....

DUA HARI keadaan yang sama berterusan. Memang perit la tekak. Hari ni pun suara tak nak elok lagi. Tapi rasa perit tu dah beransur hilang.

Itulah penangan SAYUR JERUK dalam nasik Arab...

Sunday, September 25, 2011

Tahajjud Cinta (Drama Review)



Haa..ada sape2 tak tau pasal citer nie?
Inilah citer yg ditayangkan hari Jumaat, 9 malam kat TV3.

Citer nie, sebelum ditayangkan pun dah banyak kontroversi. Hebat tak? Kan... Tapi, walaupun banyak tentangan dan bantahan, tayangan cerita nie tetap diteruskan...

Dan disebabkan kontroversinya, aku takde hati langsung nak tengok. Lagipun takde TV lor (masa tu lah)...

Tapi satu hari tue, tergerak pulak hati nak bukak Tonton. Dan akhirnya aku tengok citer nie dari Episod 1 hinggalah 6 (nonstop)...ok

Mula-mula rasa macam menyampah jugak...sebab tengok ustaz Shauki tu macam bawak ajaran sesat jer...then tengok pulak babak bercinta antara lelaki berserban dan wanita berpurdah kat padang pasir.

Baiklah, semua orang boleh menilai sendiri berdasarkan kaca mata dan ilmu masing-masing. Yang jelas, ada lah sikit yang tak kena dengan cerita nie...

Tapi lama-lama aku tengok, sebenarnya cerita nie ada lebih dari sekadar yang kita nampak. Okey, okey, lebih dari sekadar yang AKU nampak...

Sebenarnya dia pasal nak memperjuangkan hak wanita dan nak menyedarkan lelaki dan juga wanita tentang hak masing-masing. Aku suka bila mereka berhujah menggunakan dalil-dalil agama.

Tau tak dalil tu apa? Dalil nie macam bukti untuk setiap apa yang kita lakukan dan katakan. Contohnya hadis dan ayat-ayat al-Quran.

Well, sekarang dah sampai Episod 10. Memang dramatik habisla cerita nie...

Si anak perempuan yang terpaksa berkahwin dengan seorang ustaz yang dah ada 3 orang isteri (sebenarnya 4 tapi dia dah ceraikan sorang)...Dia terpaksa kahwin dengan ustaz tue sebab ayah dia terlalu taksub dengan keberkatan yang mereka akan dapat dari ustaz tue...uishhh..taktaulah kalau aku jadi dia, apa aku akan buat...(arghh tak rela...)

lagi bezt ayah dia tak nak ngaku anak kalau gadis tue tanak kahwin....huhu

Erm...try lah tengok hehe...(i bet, lelaki maybe suka dalil2 yg dikeluarkan ustaz tue...)

kat youtube pun ada...

Saturday, September 24, 2011

Aku dan Pensyarah Lagi


"What is happening to her now?"

She asked another lecturer, pointing at me. She didn't ask me though I was there.

"I mean, her masters. Why? What's happening to her?"

Aku sengih macam kerang busuk kat situ.

"OH NO! I'M TRAPPED! HELP ME!" (hatiku menjerit)



Aaaaaaaahhhhh....mintak maaf sangat sangat sangat wahai pensyarahku... aku pun tak tau kenapa dengan aku nie...huhu macam PELARIAN dah lagaknya.

aku memang nak sangat siapkan kerja aku yang bernama TESIS ni tapi...tapi...

ah, aku tak nak bagi alasan!

All I can say is I'm sorry...

If I were you, I will be mad too....

-I PROMISE I WILL CHANGE-

Thursday, September 22, 2011

What the smurf i'm talking about?



smurf-xactly, when the trailer for this movie was being played, i've no smurf intention to watch it. This is because before this i've watched its cartoon and it was quite boring.

but then, i happened to watch THE SMURFS and it is smurf FUN!

hahaha...what the smurf i'm talking about?

smurf smurf smurf

the thing that i like the most about this movie is the evil orange cat!
hahaha...that cat is the funniest!

the phrase that i like is when the cat says:
"are you dead?" hahahaha

u gotta watch this smurf movie!

Rating: 9/10

Saturday, September 17, 2011

Johnny English Reborn (2011) - Bezt Giler! hahaha


Masa trailer untuk cerita nie keluar, memang nak tengok sangat-sangat! 
Sebab kalau trailer dah lucu, cerita dia mestila lagi lucu kan? 
(Boleh pulak aku stereotype macam ni kan? hahaha)

Cerita nie mula ditayangkan 15 Sept. 2011.
So, tadi aku pun ajakla housemate pergi tengok.

Waah! Panggung memang penuhlah cakap....

Memang betullah tekaan aku! Cerita nie memang kelakar, lucu, funny!!!
Mula-mula pun dah kelakar giler!
Serius, memang tak rugi aku bayar RM14 pun hahaha 
(nak tunggu hari Rabu untuk RM8 rasa macam lambat lagi hehe)

Then, tadi bila aku google nak cari gambar (untuk buat post ni), rupa-rupanya ada lagi satu cerita Johnny English tahun 2003 punya. Apa lagi, download ler. Tak sabar nak tengok. Rowan Atkinson jugak berlakon. (Ketinggalan betul aku ni kan? hehe)

Rating: 9/10

Nape rating aku tak penuh? Kelakar tue kelakar tapi ade jugak slack dalam cite ni. Apa dia? Korang kena tengok sendiri. Sebab ramai yang jarang nak setuju dengan pendapat aku kalau bab-bab movie ni...

Selamat Menonton!

Tuesday, September 13, 2011

Sometimes it's good to be ANONYMOUS

Yeah...sometimes I think it's quite good to be anonymous. Being someone whom people do not recognize.

Not that you can SAY EVERYTHING you like or WRITE ANYTHING that you want BUT at least you can write peacefully without the fear that people would be hurt by the words.

My original aim of writing this blog is to SHOW the readers what things are improper in this life. BUT now I can't write everything that crosses my mind because I know some readers would feel it is so rude for me to write like that.

Oh no no...I'm not saying YOU! Actually I want to write about this thing that I've never talked about but I couldn't because some of them have somewhat blood relationship to me... So, I know, if I wrote about this thing, a cold war would occur! huhuhu...

yeah, sometimes it's good to be anonymous...

Saturday, September 10, 2011

Hilangkan bau bawang pada blender


Haa...sekarang semua orang tengah gilakan ice blended! Betul tak? 
Kalau tak betul, senyap je ye hehehehe...

Kalau nak selalu beli kat kedai bukannya murah. Bagi mereka yang nak berjimat dan nak buat sendiri ice blended, perkara utama yang diperlukan adalah BLENDER!

Tapi satu jer masalah dia. Selalunya blender digunakan untuk blend bahan masakan seperti bawang. Cuba hidu blender yang ada kat umah tu, mesti bau bawang kan? Tak pun bau kunyit atau sewaktu dengannya. Walaupun dah basuh, tetap bau jugak kan?

Habis, macam mana nak buat ice blended ni? Tak naklah bau bawang dalam air.

Dan yang paling penting, tak nak beli blender lain. Jimat duit beb!

Caranya mudah jer. Ambik blender, masukkan sabun pencuci yang cair. Jangan banyak sangat. Masukkan air sikit. Suku je. Pastu tutup. Pegi blend selama 3 atau 5 saat. Kemudian, bilas.

Haaa...hilang tak baunya? Mudah je kan?

Sebelum ni aku suka buat jus buah-buahan. Selalunya nak hilangkan bau bawang tu, aku ambik sikit kulit buah tu dan blend. Lepas tu baru aku blend airnya. Tapi aku rasa cara letak sabun lebih cepat. Kalau tak jadi juga, cubalah yang blend kulit buah tu.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts