Saturday, September 10, 2011

Hilangkan bau bawang pada blender


Haa...sekarang semua orang tengah gilakan ice blended! Betul tak? 
Kalau tak betul, senyap je ye hehehehe...

Kalau nak selalu beli kat kedai bukannya murah. Bagi mereka yang nak berjimat dan nak buat sendiri ice blended, perkara utama yang diperlukan adalah BLENDER!

Tapi satu jer masalah dia. Selalunya blender digunakan untuk blend bahan masakan seperti bawang. Cuba hidu blender yang ada kat umah tu, mesti bau bawang kan? Tak pun bau kunyit atau sewaktu dengannya. Walaupun dah basuh, tetap bau jugak kan?

Habis, macam mana nak buat ice blended ni? Tak naklah bau bawang dalam air.

Dan yang paling penting, tak nak beli blender lain. Jimat duit beb!

Caranya mudah jer. Ambik blender, masukkan sabun pencuci yang cair. Jangan banyak sangat. Masukkan air sikit. Suku je. Pastu tutup. Pegi blend selama 3 atau 5 saat. Kemudian, bilas.

Haaa...hilang tak baunya? Mudah je kan?

Sebelum ni aku suka buat jus buah-buahan. Selalunya nak hilangkan bau bawang tu, aku ambik sikit kulit buah tu dan blend. Lepas tu baru aku blend airnya. Tapi aku rasa cara letak sabun lebih cepat. Kalau tak jadi juga, cubalah yang blend kulit buah tu.

Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts