Friday, December 23, 2011

Kenapa Jerawat Keluar Time Kita Sibuk???

Sempena study week yang sedang dan akan berlangsung tak lama lagi, tetiba aku teringat...asal dekat exam jer, jerawat mesti banyak keluar. Benda ni jadi tak pada korang?

Tak pun, kalau sekarang, time ada banyak kerja jer...tengah sibuk2 siapkan kerja (contohnya sibuk selama seminggu), tetiba ada jerawat.

Terfikir tak kenapa?

Haaa...sebab kita tertekan. Alaa...semua orang tau kan? Nak exam atau nak kena hantar kerja, mestilah stress!



Okey, kalau stress, mesti keadaan hormon berubah. Oh, aku tak dapat nak buktikan kat sini tapi aku rasa itulah yang aku baca.

So, mungkin sebab tu lah JERAWAT akan muncul time kita tengah sibuk tu.






Ambik contoh, korang study malam2. Contohnya dari pukul 9 malam hingga 2 pagi. Stay up la kan.

Okey.

Sepanjang masa korang duk baca buku tu, perasan tak muka korang semakin berminyak? Tak percaya? Cuba test nanti. Lepas 2 jam atau 3 jam korang baca buku, cuba sentuh kulit muka. Mesti berminyak kan? Kalau yang tak berminyak tu untung laaa...tapi kalau yang berminyak ni, apa korang buat?

Korang biar je ke?

Dulu, sebelum aku cukup matang, aku biar jer...sebab kadang2 tak perasan pun muka berminyak. Sebab tu lah jerawat senang naik! Sebab muka kotor. Minyak tu atau dipanggil sebum tu, menyekat liang pori dan menyebabkan jerawat.

Sebenarnya sebum tu berfungsi untuk kekalkan kelembapan kulit kita. Tapi kalau keluar berlebihan, terutamanya masa kita tengah stress, boleh sebabkan banyak jerawat.

Jadi, apa nak buat?

Cuci muka, itu penting hehehee.

Betul. Itu je petua yang sebenar-benarnya. Rajin-rajinkan diri basuh muka. Kalau boleh pakai pencuci muka. Lepas cuci muka, lap bersih-bersih. Selain mengelakkan jerawat, cara ni boleh menyegarkan korang untuk terus membaca.

Tak kiralah lelaki atau pun perempuan. Pencuci muka tu penting. Cari yang biasa2 aje pun takpe. Janji ia membersihkan muka.

Sekarang, kalau aku buat kerja lama-lama, dalam 2 atau 3 jam sekali, aku akan pergi basuh muka. Sebab tu muka aku dah kurang jerawat sekarang.

Kalau jerawat keluar jugak?

Maknanya kena cari alternatif lain. Mungkin kena jaga pemakanan. Jangan makan makanan berminyak dan pedas banyak sangat.

Aku dah lama kurangkan makan sambal belacan. Hasilnya, muka kurang berminyak.

Okey, selamat mencuba!

Selamat study dan selamat bekerja!





Kalau stress sangat, ada kucing memang best hehehe



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts