Sunday, October 2, 2011

Nota Pendek


3 hari, bermula hari Jumaat sampai hari nie pergi seminar pasal nak tulis RESEARCH...

sebelum ni memang dah ada seminar yang sama tapi tu lain. tu pihak pengurusan pasca-siswazah yang buat. Kali ni fakulti yang buat.

LAGI BEST!

sebab ada MAKANAN FREE! seminar yang sebelum ni, takde. dahla bosan, pastu tak faham. rasa macam takde kaitan langsung pun ada.

TAPI KALI NI...

lain! barulah dapat FAHAM dan dapat kaitkan dengan apa yang aku nak buat sebenarnya.

Well, hari ni rasa semangat giler nak tulis PROPOSAL tapi tiba-tiba ngantuk pulak hehehe. Ya lah, dari pagi sampai petang duk menadah telinga.

Rasa macam nak pergi tidur kejap. Then, bangun balik untuk mulakan HIDUP BARU!

Tolong doakan aku dapat siapkan tesis dengan cepat dan habis masters nie cepat2 ye...Amin.

Dah tak larat nak fikir nak cari duit untuk tampung belanja hari-hari huhuhu nak kerja cepat2

Satu pesanan ikhlas dari aku untuk mereka yang tengah buat degree sekarang dan ada intention untuk sambung masters, simpanlah duit biasiswa atau pinjaman korang dari sekarang. Sebab masa masters nanti, kita tak tau sama ada kita masih larat nak buat pinjaman atau akan dapat biasiswa lagi...^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts