Monday, October 31, 2011

My Quote - What You See Is Not Always What It Is


This is my favourite quotation when I get mad of people who think they know about my life. It's simple. What you see is not always what it is.

Do you think what you see is what I am? Oh no no...

Please, don't think you see me like this, then, you think I AM LIKE THIS!

There's so much more of myself that I don't have to show to you.

At least, I know myself better than you.

Yes, I totally cannot accept your words of wisdom. Thank you but just keep it to yourself.

I'd rather listen to my mother's nag than to your few words of wisdom.

Movie Review - 2 Alam (2010)


2 Alam? Apa sebenarnya maksud 2 Alam? Apa maksud dia sebenarnya?

Itulah yang aku tertanya-tanya dan sebenarnya aku nak tengok sangat cerita ni masa dia keluar tahun 2010 dulu.

Lepas tu, banyak giler kontroversi cerita ni sebab penerbit dia, Dr Rozmey cakap cerita ni bakal pecah panggung hingga RM40 juta.

Jelas sekali, dia mendapat kritikan yang sangat sangat hebat dan dahsyat dari semua orang terutamanya pihak media.

Disebabkan itulah, dari aku nak tengok tak jadi nak tengok. Tapi akhirnya, baru-baru ini aku dapat tengok jugak kat youtube hahaha.

Tak perlulah aku nak cerita kronologi cerita dia kan...nanti pandai-pandailah korang tengok sendiri. Aku cuma nak komen dari segi sinematografi jer (eh, betul ke apa aku tulis ni? ah, lantaklah)

Meh, aku nak cakap ikut nombor:

1. Mula-mula sekali, aku tak suka orang yang nyanyi lagu Salam Terakhir tu...sebab aku peminat Sudirman. Jadi, aku rasa tak boleh nak terima orang lain nyanyi lagu dia (macam main-main jer)...dan yang paling mengejutkan, orang tu adalah penyanyi terkenal!

2. Aku tak suka muzik dia yang macam seram masa babak yang ada jenazah tu. Aku rasa tak kena sangat muzik tu dengan cerita ni. Tapi, sebab nak tahu kenapa, aku pun tanya ngan encik google. Oh, rupa-rupanya genre dia cerita seram. Tapi aku rasa cam tak kena kot. Maybe kalau dia cakap lebih kepada keinsafan dan muzik dia kena, baru ok!

3. Macam tak logik pulak, pondan tu boleh jadi penyanyi terkenal. hadoi hahaha...seriuslah. Kalau cakap pelakon ke, maybe acceptable kot.

4. Ada babak yang macam tak perlu ada pun. Contoh, flashback lepas si Amy masuk surat khabar (pengakuan: saya lelaki). Tak taulah sebenarnya dia menyesal ke apa...

Okey okey...macam tak adillah pulak. Asyik kutuk jer kan? Confirm korang dah meluat baca komen kat website lain pasal movie ni. Semua mengutuk cerita ni! Seriuslah weh...kenapa asyik nak kutuk jer? Inilah orang kita. Asal ada orang nak cipta kejayaan, dikutuknya habis-habisan. Bukannya nak tolong orang yang baru nak naik ni.

Waaahh, habislah aku kena fire lepas ni sebab back-up Dr Rozmey tapi sebenarnya kan, cerita ni SANGAT BEST!!!

Cuba, cuba korang letak tepi semua elemen sinematografi yang aku cakap kat atas tu. Tengok pada jalan cerita dia...aku pun boleh rasa insaf tengok cerita ni tau tak...

Yerlah, babak kat katil tu memangla tak perlu. Tapi tengokla kat babak jenazah tu. Ada banyak pengajarannya. Apa dia? Malas aku nak tulis. Tulis panjang2 tapi kalau tak hayati jugak cerita tu, tak guna jugak.

Opss...sorry. Jangan marah kalau aku terkasar bahasa. Tapi, korang faham tak apa konsep 2 Alam tu? Satu alam masa dia hidup. Satu lagi lepas dia mati.

Oh, korang kutuk2 sangat sebab takut dengan bayangan dosa sendiri ke?

Huwaaahh...panas nih. Memang panas! Yerla, aku pun ada dosa. Sebab tu aku cakap aku rasa insaf tengok cerita ni okey? Dia mengingatkan kita pada kematian.

Janganlah sebab Dr tu nak bangga diri yang cerita dia boleh pecah panggung, korang tak nak tengok langsung nilai yang ada dalam cerita ni?

Well, well, sebenarnya rasa nak tulis banyak lagi tapi takut korang dah penat nak baca.

Jadi, apa kata korang tengok dulu cerita ni dan mari kongsi apa pendapat korang?

Rating: 6/10



Movie Review - Real Steel (2011)


I just watched this movie at the cinema.

Well, actually I'm not really into action movie BUT then I heard everyone was talking about this movie and they really liked it. So, I decided to watch it too (after a few months not going to cinema).

At first, I thought the starting was not very interesting. Well, maybe because I was tired and sleepy. But then, the story developed very well.

I really LOVE that kid namely Max or his real name Dakota Goyo (you can read about him here) because he is very sweeeeeeeeettttt!!!!

Well, seriously...you got to watch this movie!

It makes you want to box too hahaha

Rating: 9/10


Wednesday, October 26, 2011

Jualan Gudang Kumpulan Utusan 2011


Hai!

Kepada mereka yang gilakan buku, ada berita baik!

Kumpulan Utusan sedang mengadakan jualan gudang untuk buku-bukunya.

Maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh : 21 - 30 Oktober 2011
Tempat : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, No. 1 & 3, Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Kuala Lumpur
Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang


Sorry sebab lambat bagitau. Terlampau sibuk minggu nie. Apa-apa pun, masih sempat untuk anda pergi dan melihat-lihat ^^,



Aku Tak Suka Jumpa Doktor Gigi!!!


Betul! Kalau dari dulu, masa aku kecik2 lagi, bila ada soalan:

"Perkara apa yang paling kamu takutkan?"

Aku akan jawab dalam hati, sorang2:

"Jumpa doktor gigi!"

Kenapa? Sebab aku paling takut nak cabut gigi. Sebab aku terlampau takut, selalunya mak aku yang akan cabut gigi aku. Tapi sebelum nak cabut tu, punyalah aku meraung, menangis, dengan air mata membasahi pipi (hahaha)...barulah mak aku dapat cabut jugak.

Betul betul betul. Aku takut sangat nak jumpa doktor gigi a.k.a dentist.

Tapi semalam, sebab gusi aku dah bengkak, aku ingatkan sebab ada serpihan gigi susu yang sebabkan bengkak, NAK TAK NAK terpaksalah aku pergi jumpa jugak.

Setelah sejam menunggu (sebab kat luar ribut, system down), aku dipanggil masuk.

"Apa masalah awak?"

Doktor tu tanya. Macam garang je bunyinya. So, aku pun bagitaulah konon ada gigi lain kat gigi geraham aku. Dia pun check.

"Ni bukan gigi lain ni. Gusi awak bengkak sebab ada makanan tersekat kat situ. Awak tak flos gigi?"

Dia tanya lagi dengan nada yang garang.

"Alamak, kantoila pulak."

"Ni, nampak ada makanan?"

Dia tunjuk kat aku. Masa tu aku dah nampak darah. Ah, sudah!

"Gigi awak ada karanglah. Saya cucilah."

Dalam hati aku, okey. Macam mana dia nak cuci ni? Sekali.....

jeng jeng jeng

bbbzzzzzzzz....bunyi mesin dia.

ALAMAK! NGILUNYA! Sakit jantung aku dengar bunyi mesin tu.

Pastu aku rasa nak lari tapi tak boleh. Terpaksalah aku tahan bunyi mesin tu. Rasa ngilu tu rasa macam nak pecah jantung aku aaaarrrkkk....

Bukannya sakit pun masa dia cuci gigi tapi sebab aku ngilu sangat, aku hanya mampu tahan jer lah. Pegang tangan sendiri kuat2 sambil2 fikir:

"Apalah dosa aku..huhu. Bila nak habis ni?"

Lepas beberapa minit, akhirnya selesailah proses yang menyakitkan 'jantung' itu. Aku bangun jer dari tempat duduk, dia suruh berkumur.

ALL I CAN FEEL WAS BLOOD!
Aku ludah jer, sumer keluar darah!

Darah lagi, lagi darah...

Pastu, aku cakap terima kasih. Aku jalan keluar, terus pergi toilet. Ludah, keluar darah lagi huhu

Eh, aku bukan nak takutkan korang! Jangan salah faham yer...Aku cuma nak cakap, rajin-rajinlah jaga kesihatan gigi kita. Dan jangan lupa flos gigi.

Jangan jadi macam aku, gusi bengkak sebab ada makanan. Pastu ada karang gigi lagi. Yerla, aku kan takut jumpa doktor gigi, dah lebih 5 tahun aku tak servis gigi hahaha...

Yang penting, sekarang:

GIGI AKU DAH BERSIH GILER! Gusi pun tak bengkak dah...

psst..kalau korang student uitm, baik pegi check gigi and cuci awal2...semua free oooo...jangan tak tau pulak. Rugi kalau tak guna peluang nie...

Friday, October 21, 2011

Mimpi Indah - Sweet Dreamzzz


Sebenarnya dah 2 minggu aku sibuk kat fakulti sebab tolong pensyarah nak propose program baru. Serius, memang banyak giler keja. Hari2 keja dari pagi sampai petang. Semalam lagi penat sebab aku pi awal.

Balik umah, tunggu Maghrib. Pastu terus pengsan hehehe.

Pastu aku pun mimpi. Kalau aku tido, memang selalu mimpi. Tak sah kalau tak mimpi. Tidur dalam bas ke, dalam kelas ke, sumer mimpi hahaha.

Tadi, mimpi aku ada banyak episod. Mimpi punya mimpi (yang aku tak ingat dah apa dia), tiba-tiba sampai satu episod aku ngah melambai kat sorang lelaki (kononnya boyfriend akula dalam mimpi tu).

Masa tu lebih kurang aku kat jeti. Dia baru naik bot nak pegi mana entah. Kiranya aku say goodbye lah.

Pastu, aku nak baliklah. Aku nak langkah dari jeti tu, aku berpaut pada seseorang (sebab tebing tu tinggi)...

jeng jeng jeng...

Aku tengok kaki dia. Aku tak tengok muka dulu. Yang aku ingat, dia pakai seluar putih, baju putih. Then, aku angkat muka.

"Eh, N!"

Dia sambut tangan aku, tolong aku naik, dia senyum tengok aku.

Aku pun konfius. Tadi boyfriend aku baru pegi, tetiba aku dah jumpa dia pulak.

........

End of mimpi aku.

Hermn, aku tak tau kenapa tapi aku rasa macam mimpi tu satu petunjuk pulak kat ak. haha. Sebab sebelum tido, aku mmg tak teringat kat sesapa pun. Lagi2 bila aku sibuk lately macam ni.

Yang pasti, sedikit sebanyak aku rasa bahagia jumpa N dalam mimpi hahahaha...

Tuesday, October 18, 2011

Pizza Hut (Versi Bagus)


Kali ni aku rasa bertanggungjawab pulak nak bersihkan nama baik Pizza Hut selepas luahan hati aku dalam tulisan sebelum ni. Bagi mereka yang tak pernah baca lagi entri sebelum ni, sila buka kat sini.


Bukannya apa, aku cuma nak cakap, ada tempat yang bagus dan ada tempat yang teruk.

Jadi, aku nak cuma nak bagitau ada satu tempat yang memang aku puas hati sangat bila pergi makan kat sana. Nak tahu kat mana?

Pizza Hut KLCC!

Amacam? Ada orang dapat layanan buruk tak kat sini? Sebab layanan yang aku dapat memang BAGUS lah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain yang aku tak puas hati tu.

Lagi satu, kitorang order Pizza Hut yang 10 layer tu kan, memang banyaklah topping dia. Puas hati makan. Kalau kat Seksyen 7, inti tak banyak. Makan tepung jer rasa huhu.

Kesimpulannya, nak makan Pizza tengok tempat dulu heeeheee....

Sunday, October 16, 2011

Suka Top-Up Melalui CIMB Clicks???


Perhatian!

Sabar, sabar...jangan panik. Aku bukannya nak cakap pasal scam ke apa tapi aku nak bagitau pada mereka yang suka top-up melalui CIMB Clicks pasal satu benda yang MUNGKIN diorang tak tau.
Apa dia?

Korang perasan tak kalau korang nak top-up tu, dia dah tolak AWAL-AWAL sebanyak RM1 dari akaun korang?

Nak tau apa jawapan mereka bila aku bagitau perkara ni?

*Eh, mana ada...takdelah. Dia tak tolak.

*Betul ke? Tak perasan pun...

*Takde. Dia tolak top-up jerlah.

Disebabkan jawapan diorang ni, aku pun jalankan eksperimen banyak kali.

Mula-mula aku check balance akaun, then aku ingat betul-betul jumlahnya. Contoh balance RM51 (hehe sikitnya...)

Pastu pergi prepaid reloads. Pilih ada scroll down, from account. Dari situ dia akan cakap "From account ****blabla*** RM50."

Nampak tak?????? Sebelum korang top-up lagi dia dah ambik RM1.

So, what's the point aku bagitau korang pasal benda ni? Singgit jer pun. Itu pun nak kecoh.

Well, korang fikirlah sendiri. Nasihat aku, kalau nak top-up kat cimbclicks, top-up banyak2 terus. Wat rugi jer top-up sikit2...hahaha

Aku cuma nak kongsi jer.

Berita gembira: Maybank2u tak tolak RM1. Aku baru perasan. Tapi kalau ada yang kena tolak jugak, marilah kongsi kat sini.

Saturday, October 15, 2011

Tutorial Make-Up (Video)

Sebenarnya, aku suka sangat tengok orang make-up. Bagi sesetengah orang, diorang tak suka orang make-up ni tapi aku still ngan pendirian aku hahaha. Jahat jugak aku neh.

Okeylah, aku tengah blogwalking tadi. Tiba-tiba blog ni letak video youtube pasal make-up. (Blog dia kat sini). Then, aku bukak tengok mmg bagus giler dia bagi tutorial make-up.

Nama dia Michelle Phan. Sebenarnya aku dah banyak tengok tutorial kat Youtube. Aku rasa setakat ni dialah yang paling BEST! Cara dia lain dari yang lain. Tak caya? Trylah tengok yer.

Lagipun muka dia ala-ala Asia gitu. Aku tak berapa suka tengok orang putih make-up. Sorrylah yer hahaha. Aku tak tau dia orang mana. Maybe American kot.


Monday, October 10, 2011

Gaya Hidup Sihat


hahaha..nak tulis pendek je malam ni.

Sekarang aku dah rajin jaga kesihatan. Petang-petang pergi jogging kat tasik Shah Alam kat Seksyen 7 tu.

Ops..okey, bukan jogging. Jalan-jalan jer. Tapi jalan dengan laju lah. Mula-mula buat memang tak larat lah. 1 round pun dah pancit. Tapi sekarang, 3 round pun dah boleh!

Haha..tapi kalau nak lari memang tak laratlah...Rasa terbakar semua lemak kat badan. Kalau terserempak kat tasik tu, tegur2lah yer ^^

Then, kalau malam, kalau larat lagi, aku pergi swimming kat UiTM. Di UiTM, pool dia tak campur. Ada jadual lelaki dan perempuan, gilir-gilir.

Lepas swimming, mesti lapar giler. Makan...dah penat bolehlah tidur. Sejak aku mula bersenam ni, rasa ringan jer badan. Rasa sihat jer. Sebelum ni aku tak pernah bersenam sebab aku tak nampak kebaikan dia pada aku hehehe. Tapi sekarang aku dah berubah.

Lagi satu, aku berusaha nak baiki waktu tidur. Ya lah, selama ni aku suka tak tidur malam. Aku sedang cuba ubah untuk tidur waktu malam dan bangun awal. Yang ni aku tak boleh nak ubah lagi sebab bila aku dapat ubah pun, tetap dia balik pada habit yang asal.

Hermn..apa2 pun, marilah amalkan gaya hidup yang sihat! ^^,

Thursday, October 6, 2011

Blog Kedua ^__^

Salam pembaca semua...

Setelah sekian lama, aku dapat ilham untuk buat blog kedua dan blog ni bukan blog biasa tau.

Blog ni untuk jual barang2 yang aku dah terbeli tapi tak boleh nak pakai huhuhu

Nak tau apa maksud aku? Silalah berkunjung ke blog ini:


Kalau tak berminat nak beli pun, silalah follow sebab mungkin in the future ada barang yang boleh menarik perhatian sebab barang-barang tu tak tau apa dan bila akan ditambah lagi...^^,

Segala sokongan anda amatlah dihargai. Trimas!

Wednesday, October 5, 2011

Kebaikan atau Kebaikkan?

KEBAIKAN atau *KEBAIKKAN?

KEBURUKAN atau *KEBURUKKAN?

KEMASUKAN atau *KEMASUKKAN?


Sebagai ahli bahasa, saya rasa sangat geram bila bahasa tidak digunakan dengan betul terutamanya dalam iklan-iklan di TV, papan iklan, atau media bertulis.

Saya tidak kisah dengan penggunaan bahasa di dalam blog kerana kita semua tahu ia adalah untuk bacaan santai dan tidak formal.

Apa yang jadi masalah adalah bila ia terjadi pada media yang pada saya, ia sepatutnya formal dan pasti akan dapat mempengaruhi orang yang membacanya.

Manakan tidak, kita menganggap jika ia ada di mana-mana, pasti ia betul walaupun sebenarnya tidak!

Saya juga hampir-hampir keliru dengan penggunaan ini kerana ia ada di mana-mana dan disiarkan secara berleluasa. Malah, tidak ramai kawan saya yang menyedarinya menyebabkan saya terpanggil untuk membuka Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengesahkan apa yang saya tahu.

Dan nak tahu apa jawapan kita untuk tiga perkataan itu?

KEBAIKAN

KEBURUKAN

KEMASUKAN

Dan saya cuba cari jika ada perkataan *kebaikkan, *keburukkan, atau *kemasukkan. Malangnya, tiada satu pun yang tercatat di dalam kamus itu. Jika ia tiada, bermakna ia sepatutnya tidak wujud.

Sila betulkan saya jika saya tersilap.

Bahasa sentiasa berubah tetapi setakat yang saya tahu, tiga perkataan yang digunakan berleluasa di papan iklan dan di TV ini tidak wujud dalam Kamus Dewan.

Jadi, rakan pembaca sekalian, mulai hari ini, marilah gunakan bahasa yang betul.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Nak Makan Pizza? Tengok Tempat Dulu...

haaa...sekarang ada trend terbaru kalau aku dan kawan2 nak makan Pizza (Hut). Kenapa?

SEBAB:

Ada tempat yang layan best dan ada yang memang TERUK la

Sebelum aku terus menulis, aku nak puji dulu Pizza Hut yang memang ada servis yang bagus macam yang ada di Kuala Terengganu, Tesco Shah Alam, Plaza Masalam...

Tahniah diucapkan sebab dapat layan pelanggan dengan baik.

TETAPI ada satu tempat ni, memang dari dulu lagi, dari masa aku ngah wat degree lagi, memang layanan dia TERUK GILA!

yerla, tau la kan tempat tu student selalu pergi. So, dia layan tak layan je bebudak yang nak makan Pizza neh. Kalau family yang pergi, bukan main baik lagi kan layan...

MASALAHNYA:

Kitorang bukannya takde duit nak bayar! Kalau takde duit, takdela kitorang nak pergi makan Pizza tuh! Dahla SERVICE CHARGE and GOVT TAX mahal nak mampos!

Weh, sedarlah sikit yang pelanggan jugak bayar gaji korang. Kalau customer tak puas hati tapi diorang still bayar service charge tu (which is no choice), korang agak-agakla kan:

HALAL KE DUIT YANG KORANG DAPAT TU???

(hermn...siapalah aku untuk cakap duit gaji korang halal ke haram kan? cuma aku nak mengingatkan)

back to the topic...

korang nak tau tak tempat yang aku maksudkan?
(sebelum tu, bukan niat aku nak burukkan ya tapi ini cuma satu teguran)

Pizza Hut kat SACC Mall, Shah Alam!

Kalau student UiTM dan Unisel mungkin biasa kan? Amacam layanan? Mungkin korang dapat layanan baik tapi aku selalu dapat layanan teruk.

Kenapa aku pergi lagi walaupun dilayan teruk?

Sebab aku berfikiran positif. Aku fikir mungkin diorang dah berubah. Mungkin pekerja dah berubah. Mungkin juga layanan akan berubah.

TAPI TIDAK SAMA SEKALI!

Baru dua hari lepas, aku pergi lagi lepas dah berbulan2 aku tak pergi. Kronologi kisahnya:

1) Sampai. Cari2 tempat duduk. Meja kosong tapi takde pinggan mangkuk sudu garfu. Aku ambik sendiri menu sebab nampak macam takde orang.

2) Dah decide nak makan apa, takde pulak staff. Nak tekan, baru perasan benda nak tekan2 tu takde. Pindah meja. Ada satu keluarga baru sampai sebelah kitorang. Tadi tak duk situ sebab kotor.

3) Sekali kitorang dah pindah meja, tekan CALL. Staff datang tapi ambik order keluarga tu dulu. Pelik tak?

4) Okey. Sampai turn kitorang. Rasa nak makan pasta. "Hari ni semua pasta takde. Ada pizza je." Ok. Aku mintak lasagna. Mujur ada.

5) Belek ke belakang menu sebab aku tak nak air Pepsi. "Air ni semua takde. Ada soft drinks jer." Pulak dah... Geram, kawan aku tanya: "Ada function ke?" Rupa-rupanya memang ada function.

Tapi korang pelik tak? Kenapa kalau ada function, semua orang lain takleh nak order apa diorang nak dari menu? Kalau ada function, tambahlah jumlah makanan, kan? (Memang senang aku cakap, tapi kalau nak buat bisnes, buatlah betul2)

6) Okey. Aku mintak 7Up jer. Bila semua makanan kitorang sampai, tiba2 breadstick kena tukar jadi garlic bread. Dahla masa hantar tak bagitau pon kenapa. Bila tanya baru nak cakap breadstick dah habis. Dahlah ganti jadi kurang dari yang sepatutnya...

7) Aku cakap kat kawan2, sabar2. Tup tup...sekali kitorang ternampak pekerja yang layan kitorang tadi duk bawak air yang KONONNYA TAKDE tu! Hah??????

WHAT THE HELL IS GOING ON!!!????

Tadi cakap takde air tu? Sekali dia yang bawak keluar kepada pelanggan lain yang datang sebelum dan selepas kitorang. Weh, ko ingat kitorang tak nampak ke apa kau bawak tu?

Ya Allah! Aku tak tau dah nak cakap apa. Pelik memang pelik.

8) Akhir sekali, dah kenyang (walaupun sakit hati), tiba masa nak bayar. Kalau nak panggil, tak tau la zaman bila nak datang kan..So, kitorang terus pergi kaunter. Ada sorang ni, dah tengok kat kitorang tapi dia buat tak tau jer..Dekat 5 minit jugakla duk berdiri depan kaunter tu...

TAK NAK DUIT KE???

Adoi...aku tak faham lah apa yang diorang ni fikir sebenarnya. Orang nak bayar pun buat tak tau? Kalau dalam game Burger tu, lambat ambik bayaran, customer blah jer terus..hish

So, kawan2...bermula hari ni dan seterusnya,

I BAN PIZZA HUT SACC MALL

(cakapla apa korang nak cakap tapi aku tak nak bayar SERVIS YANG TERUK)

Sunday, October 2, 2011

Nota Pendek


3 hari, bermula hari Jumaat sampai hari nie pergi seminar pasal nak tulis RESEARCH...

sebelum ni memang dah ada seminar yang sama tapi tu lain. tu pihak pengurusan pasca-siswazah yang buat. Kali ni fakulti yang buat.

LAGI BEST!

sebab ada MAKANAN FREE! seminar yang sebelum ni, takde. dahla bosan, pastu tak faham. rasa macam takde kaitan langsung pun ada.

TAPI KALI NI...

lain! barulah dapat FAHAM dan dapat kaitkan dengan apa yang aku nak buat sebenarnya.

Well, hari ni rasa semangat giler nak tulis PROPOSAL tapi tiba-tiba ngantuk pulak hehehe. Ya lah, dari pagi sampai petang duk menadah telinga.

Rasa macam nak pergi tidur kejap. Then, bangun balik untuk mulakan HIDUP BARU!

Tolong doakan aku dapat siapkan tesis dengan cepat dan habis masters nie cepat2 ye...Amin.

Dah tak larat nak fikir nak cari duit untuk tampung belanja hari-hari huhuhu nak kerja cepat2

Satu pesanan ikhlas dari aku untuk mereka yang tengah buat degree sekarang dan ada intention untuk sambung masters, simpanlah duit biasiswa atau pinjaman korang dari sekarang. Sebab masa masters nanti, kita tak tau sama ada kita masih larat nak buat pinjaman atau akan dapat biasiswa lagi...^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts