Sejak kebelakangan nie, aku perasan...makin ramai rakan2 di facebook yang mula share status, gambar dan video yang boleh dikatakan Islamik.
Baguslah...
Ya, betullah. Aku tak main2. Aku betul2 kata, memang baguslah diorang buat macam tu. Menggunakan facebook sebagai ruang untuk berdakwah.
Bukankah manusia itu sentiasa di dalam kerugian? Jadi, haruslah kita sentiasa saling ingat-mengingati.
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Cuma satu sahaja aku mahu ingatkan dan tegaskan...
Cakap jangan hanya sebarang cakap.
"Ilmu tanpa amal itu ibarat pokok tanpa buah"
Boleh faham apa yang aku cuba sampaikan?
Hermn...tiada niat apa2 di sini. Hanya ingin berkongsi pendapat dan pandangan.
Oh, mungkin ada yang akan cakap:
Tak semua manusia sempurna. Mereka juga masih memperbaiki diri sendiri.
Baguslah kalau macam tuu...
Cubalah perbaiki mana yang patut ya...
Sebab aku pernah melihat mereka yang hanya tahu bercakap dan menasihat, malah memaksa, tetapi diri sendiri tidak pernah mengikut jalan yang benar. Nauzubillah...
Mereka ini bukan tidak tahu...mereka tahu, malah lebih arif dari kita ini...tetapi apakah mereka telah membutakan mata, hati...memekakkan telinga...dan berpaling tadah???
Apa yang hanya termampu kita buat adalah berdoa semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah daripada Allah.
Ingat! Hidayah harus dicari! Jangan merasa selamat dengan keadaan sekarang hinggalah kita mati kerana kita tidak tahu, apa yang mungkin terjadi nanti.
Sekian, wassalam. Sedikit nukilan buat rakan pembaca.
*Jangan dinilai orang dari luarannya kerana kita tidak pernah tahu hatinya*
No comments:
Post a Comment