Aku selalu fikir, bestnya kalau duduk kat overseas.
Kenapa?
Diorang senang2 jer boleh buat garage sales.
Bila diorang rasa barang2 kat rumah diorang banyak sangat dan diorang perlukan ruang, diorang wat jualan kat depan rumah jer!
Eh, betul ke tak eh? Ni semua pengaruh TV la nie...
Semua tu aku nampak dalam TV hehehe...biasa ler..aku suka tengok rancangan realiti orang putih (tak kira la dari US atau UK), pasal kebersihan rumah dan renovation.
Dari rancangan Oprah Show, baru aku tau istilah Hoarder. Tau tak apa dia?
Maknanya, orang yang ada terlampau banyak barang dan tak boleh nak buang semua tu. Padahal rumah dia dah terlampau penuh sampai takde tempat nak duduk! Fuyooohh!
Bila aku tengok rancangan diorang, baru aku tau ada jugak orang macam nie! Serius! Memang takde tempat nak lalu pun! Diorang nak lalu ke, pijak jer barang2 tu...
Diorang ada masalah terlalu sayangkan barang2 diorang tu.
Bila tengok rancangan camni, terfikir pulak aku:
"Am I a hoarder???"
Sebab aku pun ada perangai camtu...
Aku memang suka beli barang baru tapi barang lama tak berganti pun. Makin lama almari aku makin penuh (sebab aku suka beli baju) huwaaaa....
Apa nak buat nie? Sebab tu aku fikir, kan best kalau boleh buat jualan garaj?
Tapi tak semua orang boleh handle jualan macam ni. Kalau boleh pun, tak ramai yang boleh datang...
Sebab orang kita akan fikir, barang2 lama dan yang dah guna, kenapa nak beli? (aku pun fikir macam tu jugak sebenarnya hehehe...nanti lagi bertambah barang kat rumah aku)
TAPI...
Lama2, aku tengok, makin banyak barang yang aku beli tapi sebenarnya aku tak guna pun. Ada yang memang tak pakai langsung. Rugi, memang rugi...
Nak bagi baju2 kat adik2 atau kawan2, diorang semua lagi besar dari aku...aih, susah jugak.
So, satu hari, aku terfikir untuk JUAL barang2 ni kat blog kedua aku.
Serius, niat aku hanya satu:
Aku nak ada orang guna barang2 tu dan nak kosongkan almari aku
(huwaaa...barang aku tersangat banyak dan rumah ni sangat sempit *dusyum buat aku*)
So, kalau ada sesiapa yang terbaca post ni, anda dijemput untuk jenguk2 blog kedua aku...Ada banner sebelah kanan atas nie yang bernama "Personal Blogshop."
Oh, dah tentulah barang2nya hanya untuk girls sahaja sebab tu barang yang aku beli untuk diri sendiri tapi tak pakai...Sorry boys...tapi mungkin anda nak jenguk untuk beli untuk adik2 ke...
Basically, ni macam jualan garaj lah bagi aku...tapi secara online lah kan...so, semua barang hanya ada 1 unit dan akan ada selagi takde orang beli...hehehe..
Kalau korang tengok link tu, tu baru sikit, ada lagi barang aku nak tambah sebenarnya...termasuklah novel2 yang aku tak pernah baca (gatal sangat beli banyak2 tapi tak sempat baca). Kalau nak tengok, silalah follow blog tu. Sebab aku tak nak lah guna blog ni untuk promote barang...wokey?
Thank you for your support ^^,
Basically, ni macam jualan garaj lah bagi aku...tapi secara online lah kan...so, semua barang hanya ada 1 unit dan akan ada selagi takde orang beli...hehehe..
Kalau korang tengok link tu, tu baru sikit, ada lagi barang aku nak tambah sebenarnya...termasuklah novel2 yang aku tak pernah baca (gatal sangat beli banyak2 tapi tak sempat baca). Kalau nak tengok, silalah follow blog tu. Sebab aku tak nak lah guna blog ni untuk promote barang...wokey?
Thank you for your support ^^,
AKU TAK NAK JADI MACAM NI!!!!
p/s: nak beli barang tu, kena sentiasa beringat dan berwaspada. jangan ikut sangat naluri suka shopping tu...huhhuhu
No comments:
Post a Comment