"Selagi aku pegang pedang nie, kau jangan berani nak jadi raja!"
Jadi, kita masih bertahan walau hati rasa sakit nak pecah.
apalah nak bermadah-madah pulak kan...hermn...yer...aku dah termeletup beberapa hari lepas. Rasanya macam gunung berapi kat bawah nie. Tak pun, kalaulah boleh dilihat marah aku yang meletup, mungkin lebih dahsyat lagi...(*perasan*)...
adoi...seriuslah. Prinsip hidup aku senang. Selagi kau tak cari masalah dengan aku, aku okey jer walaupun kau dah bergaduh dengan kawan aku tahap 'dewa'....
tapi selagi kau tak buat aku marah, aku boleh layan lagi kau...TAPI... 2 hari lepas, hamba Allah nie dah buat satu kenyataan yang aku rasa 'ditujukan' pada aku. Tak taulah kalau dia tujukan pada orang lain tapi walaupun pada orang lain, aku masih rasa dia tak patut buat kenyataan yang tak berhati perut tue.
apa lagi...aku teruslah mendidih sebab aku tak ada buat apa-apa pun! kenapa nak tuduh aku macam-macam?
aku memang tak faham lah apa yang dia fikir...
disebabkan itu, aku pun meletuplah kat Facebook. Yang tak pernah-pernah mencarut jadi mencarut, kan...
mintak maaflah pada kawan-kawan yang terkejut tengok aku mengamuk di alam maya. Sebab aku tak boleh nak mengamuk secara fizikal. Mak aku dah pesan, jangan sesekali 'sentuh' orang lain...
tengok, mak aku pun dah tau betapa berbahayanya kalau aku mengamuk secara fizikal....haih...
maaflah yer...sebab aku nie memang brutal sikit. pada kawan-kawan yang anggap aku sebaliknya selama nie, maaf sebab dah buat sangkaan anda meleset.
Inilah diri aku yang sebenar. Panas baran. Suka mengamuk. Aku susah nak marah, tapi bila dah marah, habislah!
oh...cuma satu jer yang tak betul. Aku bukan jenis yang mencarut. harap maklum. Bila saat nazak nanti, aku mahu mengucap, aku tak mahu nanti susah nak mengucap sebab asyik mencarut. nauzubillah...
erm...bila 'lava' kemarahan dah menyejuk, rasa macam menyesal pun ada jugak sebab dah meletup...tau tak kenapa? cuba tengok gambar kat bawah nie...
-eh, ada gunung berapi meletus ke? kenapa aku tak rasa pun bahangnya? nak kena lari ke?-
nampak tak apa yang aku maksudkan? orang yang aku marah gila-gila tue buat macam tak tahu jer...agaknya dia fikir positif kot yang aku bukan marah dia....
haih...nampaknya sia-sialah gunung berapi meletup hari tue. Lain kali, sepatutnya aku tak aktifkan gunung berapi. Ambik M-16, terus acu pada sasaran kan? Barulah orang tue sedar siapa yang aku maksudkan sebenarnya...
hermn...terima kasih kepada yang bagi nasihat suruh aku bersabar...
Cukuplah sepanjang hidup aku jumpa orang yang suka sakitkan hati orang lain. Sama ada secara sedar ataupun tidak. Pengalaman aku dah cukup banyak. Hati aku dah banyak terhiris, tertikam, tertembak... hinggakan aku dah lali dengan semuanya. Jadi, bila aku boleh meletup macam tue, maknanya benda nie dah memang teramat teruk. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
3 comments:
hahaha.... nice...
"meletup"la kalo itu bley mendamaikan hati...b'sabarlah selagi terdaya..=)
hahaha...thanx u two...i'll be more patient...^^,
Post a Comment