Semalam aku dikunjungi seorang rakan yang memang dah lama tak jumpa. Mula-mula aku ingatkan dia dah kahwin dan sibuk menguruskan rumah tangga sampai telefon pun tak dapat.
Rupa-rupanya dia sekarang sedang sibuk menguruskan satu bisnes dalam bidang kesihatan dan kecantikan yang aku anggap agak berjaya.
Tengah berborak panjang tue, tiba-tiba aku terceritalah pasal aku pergi temuduga dan syarikat tue hanya menawarkan RM 1,800 untuk gaji bulanan. Dan aku cakap, aku jangkakan gajinya RM 2,500 yang bagi aku agak tinggilah untuk orang yang baru keluar universiti.
Tiba-tiba, dia dengan selambanya cakap, RM2,500 tue takde ape tau.
Hah? Terkejut dengan respons dia tapi aku tanya kenapa?
Dia cakap, tengoklah keadaan ekonomi kita sekarang. Mampu ke nak hidup dengan banyak tue? Kalau orang bujang pun dah rasa semput, apakan pulak orang yang dah kahwin?
Ya tak ya jugak.
Kemudian, cerita cerita lagi. Terkeluarlah pulak cerita pasal aku pernah jumpa orang pangkat tinggi dengan gaji RM15,000 sebulan dan aku cakap banyaklah...kayalah orang tue...blabla...
Nak tau dia cakap apa?
Kau rasa RM15k tue banyak ke? Aku yang baru keja nie pun RM**k sebulan.
Waaahhh! Sekejap aku ternganga luas (giler)...
Memanglah...dia kan orang bisnes. Duit ribu-ribu tue memang biasalah. Tapi jangan ingat cara dia cakap tue macam berlagak. Tak.
Sebenarnya dia nasihat aku supaya mula tambah duit poket sendiri. (Dia tak ajak aku join bisnes apa2 ok)...
Dia kata:
Duit yang kita ada sekarang nie nampak jer macam banyak...tapi sebenarnya, satu hari nanti kau akan terkejut bila sampai masa kau nak beli rumah, kereta...blabla...
Masa tuelah kau akan terkejut.
Kau kena mula buat sesuatu sebelum kau habis belajar.
Aku tanya: Macam mana?
Dia jawab: INVEST!
Kau melaburlah dengan mana2 institusi. Banyak institusi kat negara nie yang kau boleh masuk dan melabur. Contohnya ASNB, bank-bank...
Belum sempat aku cakap apa-apa dia dah potong...
Ya, memang kau makan RIBA! Tapi ada cara untuk CUCI duit tu...
Kita tak boleh nak lari dari riba sebab sistem yang kita guna tue Yahudi.
Jadi, kita kena bijaklah!
Aku boleh nampak yang dia memang betul-betul ikhlas nasihat kat aku dan aku nampak apa yang dia cakap tue memang betul pun.
Dia tambah lagi:
Azie, kalau kita takde duit, macam mana kita nak buat kebajikan? Jangan jadi macam satu kaum kat negara nie, jangankan nak beli rumah, nak sewa rumah dan nak makan pun tak lepas. Setiap malam diorang tidur kat padang airport dan pagi2 sebelum pukul 7.30 diorang dah kena kemas khemah dan pergi kerja.
Kalau macam tue punya cara, macam mana nak beribadat? Nak bersedekah?
Nak tolong orang-orang yang tidak bernasib baik?
MONEY MAKES THE WORLD GOES ROUND!
Oh, dia cakap...
mujurlah umur kau belum 30 tahun.
Aku nasihatkan kau cepat rancang sekarang untuk beli rumah sebab lepas umur 30 tahun, semuanya lain. Bayaran lain, pinjaman lain, dah tentu lebih susah...
Kawan2 kat Malaysia, nie nasihat untuk anda sekali...
Selamat Berpuasa!
Semoga kita dimurahkan rezeki dan sentiasa di jalan yang lurus...
2 comments:
takutnya...
kalau x cukup duit mmg scary kan...huhu
Post a Comment