haih...sape cakap bulan puasa takde hantu? ade je... ^_^
kalau tak silap aku, ayat yang cakap syaitan kena ikat tue sebenarnya bermaksud pengaruh syaitan tak kuat sangat di bulan yang mulia nie...hermn...
banyak pendapat sebenarnya tentang ayat nie.
ada yang cakap memang takde syaitan bulan puasa nie. semua kena ikat. ada yang cakap, ia hanya sekadar kiasan. ada yang cakap, syaitan yang pangkat tinggi je kena ikat....jadi, aku tak berani nak buat kesimpulan kat sini...nanti tak pasal jadi ajaran sesat pulak...hermn...
tapi yang aku tahu dan pasti...masih ada yang mengamalkan sihir di bulan Ramadhan nie....nauzubillah! tak reti-reti nak berhenti dan bertaubat ke wahai manusia?
tak tau ke yang mengamalkan sihir tue bermakna kau telah menyekutukan Allah? tak guna kau duk pakai tudung, kopiah, puasa....kalau kau masih nak dengki kat orang....
eh...aku bukan cakap pasal aku. aku cuma cakap secara umum dan dari apa yang aku nampak pernah dan sedang berlaku di alam realiti...
"eleh, entah2 orang tue memang sakit. dikatakan pulak orang sihirkan dia..."
"tak payah nak fikir benda macam ni lah. karut semua tue. berdosa."
"benda nie, lagi kita fikir, lagi dia jadi...takyah nak percaya sangat..."
baiklah. pertama sekali, aku nak cakap yang perbuatan dan amalan sihir nie memang wujud. ada lagi dinyatakan dalam al-Quran. ok? ada bantahan?
ok. kalau orang tu memang sakit yang boleh dijelaskan dari segi perubatan, takpelah. memang patutlah kalau nak cakap karut untuk percaya ada orang yang sihirkan...tapi...tapi?
hermn...susah nak cakap kalau orang tak nak percaya benda-benda macam nie. tapi semua tahu kan yang ada sesetengah orang yang boleh nampak, rasa, dan tahu kewujudan makhluk2 nie? tahu kan? jadi, adakah kita mahu menidakkan mereka? terpulang pada masing2...
aku percaya, ada 2 sebab kenapa orang tak nak percaya benda nie:
1-sebab dia tak pernah kena, tak pernah lalui, tak pernah lihat, ahli keluarga dia tak pernah alami benda2 macam nie. jadi, susah untuk diterima akal, kan? terutamanya bagi yang memegang prinsip "seeing is believing" (takde depan mata, tak nak percaya)....kalau nampak betul2, baru padan muka.
2-sebab dia dah terlalu trauma dengan benda2 macam nie hinggakan dia menidakkan kewujudannya. well, yang nie, kesian la jugak...pengalaman menjadikan dia begitu. nak buat macam mana....
ah...apa2 pun, aku cuma nak berpesan...saje, mana tahu kalau ada yang di luar sana yang sememangnya mengamalkan ilmu sihir, tolonglah berhenti! tolonglah berhenti buat naya kat orang lain.
cukup-cukuplah dengki kat orang tue...teruskan hidup sendiri. tak payah nak dengki dengan kejayaan orang lain. tak payah! diri sendiri tu, usahalah biar berjaya sama-sama. tak payah nak jatuhkan orang lain. sama-sama mengecapi kejayaan kan manis rasanya?
lagi-lagi di bulan Ramadhan yang mulia nie....
LAKNATLAH ORANG YANG MENGAMALKAN SIHIR!
Mari kita doa sama-sama supaya mereka ini diberikan hidayah oleh Allah supaya bertaubat.
Juga mari kita doakan orang2 yang disihir itu dilindungi dan disembuhkan hendaknya.
Amin...
No comments:
Post a Comment