Friday, August 5, 2011

Korang Pernah Tersalah Makan @ Minum Tak?


hahaha....hari nie baru rasa macam nak menulis. 2, 3 hari nie duk leka baca blog orang je...maklumla, blog mereka tue comel lagi banyak maklumat...apa2 pun, belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT BERPUASA bagi yang beragama Islam! ^___^



hermn...rasa macam baru je semalam kan puasa tahun lepas? (ayat biasa la beb) hehehe...

sempena bulan Ramadhan yang mulia nie, aku nak kongsikan sikit pengalaman aku masa puasa...

mula2, mase aku mula belajar puasa masa darjah 2 ke darjah 3, tak ingat, aku ngan adik aku pi la bermain kat belakang rumah. Masa tue ada sejenis pokok nie, aku memang tak tau apa nama dia, tapi masa tue dia berbuah. Kecik2 je buah tue. Pastu kitorang berdua yang tak ingat tengah puasa nie, pi la bantai buah tue.

"Sedaplah buah nie...." Kitorang makan dengan gembiranya.
Pinjam gambar dari sini

Sekali jiran tegur, tak puasa ke?

Alamak! Aku ngan adik aku da makan agak banyak kot, tapi takdela sampai kenyang pun.

Pastu kitorang teruskan je puasa sebab takut kena marah ngan mak. (Padahal kalau tak ingat, memang kena teruskan jugak puasa walaupun da makan kenyang pun....)

Sekali jiran tu mengadu ngan mak kitorang. Mujurlah kitorang kecik lagi. Tak kena marah...yeay...

Satu lagi, masa aku belajar kat matrik. Kat asrama, meja belajar ada sebelah katil. Dan menjadi amalan aku, aku akan letak botol air (yang besar punya) betul-betul sebelah kepala. Sebab sebelum tidur dan lepas bangun tidur, aku akan terus teguk je air tue....dahaga beb.


Kalau student tu biasala tidur lepas Subuh kan...pukul 8 baru bangun nak pi kelas...Nak dijadikan cerita, satu pagi di bulan puasa, celik je mata, rasa dahaga giler padahal tak ingat dah sahur. Terus aku minum air tue dekat suku botol jugakla...pastu tak sedar lagi tue tengah puasa.

Bangun dari katil, ambik tuala, jalan-jalan....nak pulas tombol pintu baru ingat bulan puasa!

Apa nak buat, rezeki di pagi hari dapat minum...hehehe...

Bagi mereka yang belum tahu, kalau tengah puasa tapi kita memang tak ingat yang kita puasa, makanlah banyak mana pun, walaupun sampai kenyang, puasa tak batal...jadi, kena jugak teruskan berpuasa bila dah ingat balik...

Sesungguhnya orang yang meninggalkan puasa tanpa rukhsah, maka dia tidak akan dapat menggantikannya sekalipun dia berpuasa sepanjang tahun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts