Wednesday, August 24, 2011

Ye Ke Jalan Cerita Korea Sama Je???

Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal benda nie...(Mukadimah sama jer setiap kali hehehe)

Okey, sebelum aku teruskan, aku mengaku, AKU ADALAH PEMINAT giler CERITA KOREA! Puas hati hahaha. So, aku memang tak puas hati kalau ada orang kutuk-kutuk cerita Korea dan jugak mamat-mamat jambu Korea!


Eh, aku bukan tengok cerita Korea je tau. Semua cerita aku layan jer...Hollywood? Bollywood? (dulu-dulu la kan)...Indon, Filipina, Thailand, Melayu, Cina...eh, pendek kata semua aku layanlah!

Okay, so what's the point aku tulis pasal aku tengok semua cerita pelbagai bangsa nie? Aku nak bidas cakap orang: CERITA KOREA, JALAN CERITA DIA SAMA JER...


Selalulah ada sorang perempuan miskin, terjumpa lelaki kaya yang 'dingin'. Pastu kawan lelaki kaya nie tetiba nak kat pompuan nie...blablabla

Hahaha Kalau nak tahu, memang pun jalan cerita diorang sama jer. Aku pernah tertengok kat KBS World. Diorang ada satu AKADEMI PENULISAN. Khas untuk orang belajar buat skrip dan sebagainya. Dan pengajar dia sendiri cakap (dalam bahasa Korea la kan):

"Plot untuk setiap cerita memang sama. Cuma kami mahu lihat kreativiti penulis itu untuk mengolah ceritanya supaya jadi lebih menarik."


Hah, puas hati?? Sukalah tue bila ada fakta yang menyokong jalan cerita Korea sama jer. Tapi walaupun sama, tetap menarik hati tau!

Haaa! Satu lagi, ingat cerita Korea je ke sama? Cerita lain pun SAMA jer lah. Tak nampak ke?

Kalau cerita Bollywood, selalulah pasal cinta terhalang disebabkan kasta yang berlainan. Tau tak kasta tu apa? Alah, senang cerita orang kaya dengan miskin.

Kalau cerita omputih pulak, memang sama! Sangat sama sampai aku pun dah meluat nak layan Hollywood ni. Bila orang cakap cerita tu best, cerita ni best, best pada apa? Effect jer lebih!

Kalau cerita yang ada kaitan dengan masa lampau, mesti nak ada sorang orang tua yang ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Orang tua tu pulak, kadang2 cakap takde butir bicara sebab dah takde gigi atau suara dah terketar-ketar sebab tua sangat. Ada tu, dekat nak mati baru nak cerita hal sebenar.

Tak caya? Cuba tengok contoh dalam Forbidden Kingdom. Eh, nyampah lah cite ni! Dahlah citer kungfu, tetiba hero dia orang putih? Pantang betul aku tengok cite kungfu bukan orang cina yang heronya!


Citer Indon lagilah sama jalan ceritanya! Sama lah dengan citer Filipina. Hatta, cerita Melayu pun. Habis? Kenapa orang tetap tengok? Sebabnya, kita nak tengok macam mana kreativiti penulis skrip dan pengarah mengolah cerita tu. Arasto? Faham tak?

Lagi satu, cuba tengok realiti kehidupan. Hidup kita dengan orang lain takdelah beza sangat. Sama jer jalan ceritanya. Lahir, besar, pergi sekolah, belajar, kerja, kahwin, dapat anak, dapat harta, mati. Apa yang berbeza? Pengalaman kita. Apa yang kita lalui itulah yang berbeza. Jalan cerita? Tetap sama!

Haha..mamat jambu korang cakap? Jambu ke? Sekurang-kurangnya, diorang tu walaupun nampak lembut, tetap masuk ARMY. Army diorang bukan macam PLKN kita. Diorang betul-betul masuk tentera. Angkat senjata. Masuk hutan. So? Apa yang jambu tentang diorang? Secantik-cantik Lee Jun Ki tu pun masuk army jugak. Korang ada?



Eh, aku tau. Itu yang korang BENCI sangat kan? Sebab gadis Melayu selalu bandingkan Lelaki Korea dengan Lelaki Melayu! Apalah nak benci sangat? Tak luak pun gadis Melayu kat sini. Bukannya kitorang pergi Korea untuk kahwin dengan diorang pun.

Kalau pun Lee Jun Ki tu nak kahwin dengan aku, aku pun tak berani kot. Budaya diorang lagi dahsyat dari kita. Nak kena belajar bahasa lagi semua..oh!

So, jangan bimbang yer lelaki2 di Malaysia. Tak luak pun kalau kitorang minat giler kat mamat Jambu Korea dan cerita yang dilakonkan mereka...

Eh, betul ke kalau Lee Jun Ki nak kahwin dengan aku, aku tak nak??? eh eh..jap jap haahahaha


Aku betul-betul harap lepas nie korang bukalah mata dan minda tu sikit.

Parachute works best when it is opened.
Mind works best when it is used.

Wordless Wednesday: Balik Kampung yeay!




Mungkin blog ini akan sunyi buat seketika ^^,

Tuesday, August 23, 2011

Mimpi Paling Scary di Bulan Puasa



Haaaa...semua orang dah sibuk nak buat persiapan untuk raya! Baiklah, sebelum bulan Ramadhan yang mulia nie berakhir, aku nak share satu mimpi yang sangat mengerikan di bulan puasa. Memang ngeri wa cakap lu!

Mimpi apa? Hantu?


BUKAAAAAAANNNNN hahaha



Mimpi paling SCARY di bulan puasa ADALAH

*


*

*




MAAAAAAAKAAAAAAAAAANN!

hahaha...jangan marah...tapi memang scary lah mimpi neh! Kan tengah puasa tapi dalam mimpi kita tau yang makan boleh batalkan puasa tapi aku takleh nak control diri dari makan dalam mimpi tue....memang perasaannya macam betul2 makan...risau giler ingatkan dah batal puasa. Nasib baik mimpi...fuuuhhh!

Banyak kali pulak mimpi makan tuh. Ada satu kali, aku mimpi, kenyataan dia macam ni tau:

"Bulan puasa memang tak boleh makan tapi boleh makan buah..."

Aiyark..fatwa mana mimpi aku pakai entah haha

Mujur aku jenis yang tak berjalan dalam tidur. Kalau tak, kenyang jer bila da bangun hahaha

Apa Beza 'Affect' Dan 'Effect'????

Hai, terima kasih sebab buka post ini. Dan tahniah diucapkan sebab nampaknya anda mahu belajar. ^^, (Nota: Post ini akan dibuat dalam bahasa rojak)

Ok...aku sebenarnya dah lama nak tegur orang pasal benda nie tapi risau kalau tegur direct nanti ada yang rasa tak puas hati. So, apa sebenarnya beza Affect dan Effect ni?

Aku nampak ramai orang kita yang selalu tersalah guna dan confused antara dua perkataan nie dan yang paling kerap orang guna adalah effect!

Ok, Affect sebenarnya adalah VERB. Dan Effect adalah NOUN.


AFFECT = VERB = (memberi kesan)
EFFECT = NOUN = (kesan)


So, kalau nak cakap, takde kesan pun pada aku:


"It does not affect me"
"It has no effect on me"


Faham tak? Erm..camne ek. Ok, yang mana yang boleh tambah 's' dan boleh ditukar kepada past tense, present tense? Jawapannya verb iaitu affect.


"It affected me" (Ia telah memberi kesan pada saya)


Nampak? Kalau noun iaitu Effect boleh ditambah 's' tapi untuk menunjukkan plural (kata majmuk).


"Effects on students" (Kesan-kesan kepada pelajar-pelajar)


Alah...kalau rasa susah, boleh try Google atau tanya direct kat sini pun boleh. Apa yang penting, kena faham konsep verb dengan noun. Ok?

Lepas ni, tak nak dah tertukar-tukar eh? Tak nak dah nampak:

"It effects me"

It's wrong dear!

Wallaaa...Good luck!

Friday, August 19, 2011

Aku dan Pensyarah...


"Honestly, what have you been doing?"

(Aku sengih...bukan sebab aku tak faham tapi sebab aku tatau nak jawab apa)

"You only stay at home right? Or did you go anywhere?"

(Aku angguk. Kemudian geleng...)

"You only stay at home right?"

(Beliau mengulangi soalan sambil memandang tepat ke arah aku yang dah tak berani nak angkat muka...)

"Yes, yes. I didn't go anywhere. I just stay at home and doing the works that you gave me."

(Dia pandang aku. Aku tau dia geram sebab aku hanya menumpukan pada kerja admin dan bukannya buat proposal seperti yang dia harapkan)

"So, what actually you have been doing? Other than that work?"

(Ah sudah! Apa aku nak kelentong ni. Dalam kepala terbayang aktiviti-aktiviti aku selama ni. Tengok movie, baca blog orang sampai berjam-jam, download movie lagi, tengok movie lagi, baca buku cerita, komik, novel tapi satu research article pun aku tak baca. Takkan aku nak bagitau dia semua tu??? Mampuslah jawabnya)

"Aziemah, I know you have not been reading. So, what actually did you do?"

(Soalan sama yang jelas memerangkap aku...aku terperangkap dengan tindakan aku sendiri. Takut dia tanya lagi, aku pun jawab dengan memandang ke meja)

"Thinking."

"Thinking? Only thinking? Not reading?"

"Yes. I only think but..."

(Dia melepaskan keluhan. Nampak gaya macam aku sudah tidak boleh diselamatkan melainkan aku sendiri yang berubah. Tapi masalahnya, aku dah takde semangat untuk meneruskan pengajian ni. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab kami kena berdikari sendiri. Aku perlukan bimbingan! Tapi aku tau dia sibuk dan aku tahu dia tak dapat nak bimbing aku kalau aku sendiri tak berusaha.)

(Lagipun, aku juga terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan harian, duit sewa bulanan, blablabla... Jadi, aku kekurangan masa untuk semua itu, sebenarnya. Menonton movie semua tu hanyalah pada waktu rehat aku. Pada waktu aku stress membuat kerja yang banyak...)

(Tiba-tiba dia menyambung kata-katanya. Aku tersentak dari lamunan)

"I understand you need money. I know you have to work but you shouldn't neglect your study."

(Ah, terasa dia boleh membaca fikiranku. Aku tau bukan niat dia untuk membuat aku rasa tertekan. Sebenarnya dia ambil berat perihalku. Aku faham sangat.)

"Yes. Okay, I understand."

(Aku memandang dia sambil tersengih. Rasa nak menangis pun ada. Disebabkan kebodohan sendiri yang tak tau nak mendisiplinkan diri.)

(Soalan cepu mas yang dia tanya aku...)



Sekarang aku perlukan masa untuk memotivasikan diri kembali. Terlalu banyak tekanan yang aku terima. Pernah terdetik untuk berhenti tapi aku tahu, keadaan di luar sana juga sukar. Jadi aku harus menghadapinya juga.

huhu...rindu zaman dapat biasiswa. tak payah fikir pasal duit...

Wednesday, August 17, 2011

Hari Minggu - Sogo - Mid Valley

Dah ramai yang pesan pada aku, jangan pergi SOGO masa hujung minggu, ramai orang.

"Ah, ramai mana sangat la orang tu." Aku fikir. Sebab aku dah banyak kali pergi tempat yang ramai orang. Jadi, rasa macam mungkin boleh je kot nak pergi. Aku dengan Aida pun memulakan perjalanan kitorang pada suatu pagi Sabtu.

Tujuannya, nak cari kasut raya!


Aku ni kalau bab cari kasut raya memang susah. Susah nak berkenan. Itu yang kena cari awal-awal tu.

Dari KL Sentral kena turun kat Masjid Jamek dulu.


Bergambar dulu.

Aku suka tengok gambar ni. Background kat belakang tu macam gambar lain hehe


Mana nak pergi lepas nie. Sebenarnya kitorang tak tau jalan. Main redah aje. Biaselah, aku ngan dia memang suka mencuba haha...dulu masa pergi Times Square pun sama. Kitorang main redah aje. Cuma jangan malu bertanya, barulah tak sesat jalan ^^,


Ha...kitorang tak makan yer. Saje naik atas ni sebab nak ambik gambar kat air terjun buatan tu. Masa nie dah penat dah sebab perjalanan nak sampai SOGO nie rasa macam jauh giler.



Walaupun dah pernah bergambar kat sini, tetap nak ambik lagi hehe


Kat belakang tue orang tengah sibuk pilih baju. Peliklah, barang kat sini bukannya murah pun. Mahal-mahal belaka.



Menjelang tengah hari, semakin ramai orang bersesak-sesak di sini. Aku pun dah naik pening cari kasut raya tak jumpa.


Akhirnya, aku jumpa yang berkenan tapi takde saiz la pulak. Tinggal saiz 4 jer. Hish...nasib tak baik betul la. Orang semakin ramai. Kitorang buat keputusan untuk tinggalkan aje tempat nie. Plan awalnya nak shopping sampai malam tapi tak tahan lah. Tak sampai 2 jam pun kitorang kat sini.


Wah, rasa lega sikit bila dah sampai Mid Valley. Baru rasa boleh bernafas sikit.

Ada lagi decoration ala Arabic gitu. Bulan puasa la katakan.




Sebenarnya tengah tunggu orang, tak sampai-sampai. Itu yang ambik gambar beria tu. Snap snap





Dah jumpa orang tue baru pergi cari balik kasut raya. Dah tau jenama dia, ESARLI. Pergi la cari kedai dia terus tapi malangnya, design yang aku nak tu memang takde. Puas aku round kedai tu dua 3 kali, tak jumpa jugak.



Takpelah, nak pergi tengok kat The Gardens kot kot ada yang berkenan.

Oh, 2 orang nie ex-classmate dan jugak ex-housemate dulu. Sebelah kiri tu Jaja n sebelah kanan tu Raiza. Kali terakhir jumpa Raiza masa konvo bulan 10 tahun 2010. Dah lama tak jumpa dia. Tapi tak boleh nak lepak lama-lama dengan diorang. Aku n Aida dah penat. Nak makan-makan pun tak boleh. Baru pukul 4 masa ni huhu




Dari tadi takde orang nak tolong ambikkan gambar aku n Aida berdua hehe



Akhirnya, ada jugak gambar yang ok yang ada dua2 hehe


Aku suka gambar nie...


Ni ada orang bagi hadiah untuk birthday. hehe Trimas pada orang yang berkenaan. Ops ops bukan my boyfriend ye...



Setelah perbincangan hangat di Facebook, kami telah meletakkan nama dia sebagai MEYMOT hasil gabungan comey dan comot haha




Haa...rupa-rupanya Aida duk bawak benda nie dalam beg dia. Lepas berbuka baru dia bagi jam nie, juga sebagai hadiah birthday! Maknanya aku dapat 2 hadiah hari nie hehe. Seronok!

Oh, kasut raya! Akhirnya jumpa jugak. Kitorang pi cari kat Jusco kat Mid tue. Sebanyak-banyak kasut kat situ, memang susah aku nak berkenan. Akhirnya jumpa jugak lah satu. Takpelah, tak perlu tunjuk kat sini. Tak cantik sangat pun. Janji selesa.

Sampai Shah Alam betul-betul sebelum azan Maghrib. Memang miracle lah sebab selalunya kitorang tak balik awal macam nie. Tapi sebab hari nie sangat penat, dahsyat memang dahsyat huhu

Book Review: True Singapore Ghost Stories


For fans of horror stories like me, it's just not enough to only watch horror movies. I would also read about them.

Just for fun, you know. Don't take it seriously. It's not that I want to find the ghosts but just that I would like to know what other people had experienced and what they have to share with us.

So, I found this book entitled True Singapore Ghost Stories edited by Russell Lee.

Haa, why is it edited and not written by him? Because it is actually a collection of stories that readers write and send to him. So, Russell Lee and a team of ghost writers would collect and edit the stories and publish them.

For me, this book is unique because it is about real encounters with ghosts and spirits! Of course you can say there may be people who created the story and it is not true at all. That is why you have to read with an open mind and make sure you have the knowledge of what to believe and what not to believe.

One more, you have to bear in mind that satans and genies will appear according to our beliefs. Can you see how Western ghosts and Malay ghosts differ? This is because they will appear following our beliefs and imagination!

So, my advice, don't imagine too much. These ghosts only like to tease with us. And don't disturb them. Then, we will live in peace.

Oh, this True Singapore Ghost Stories actually have 21 series already. I only have some of them but I'll get the rest soon. Though the title is Singapore, but there are many stories revolving around Malaysia too.

It is written fully in English but of course not the formal English. Just our Singaporean and Malaysian English.

Happy reading!

Read more about this book at this SITE. (no more adfly, I promise)

Tuesday, August 16, 2011

5 Sebab Tak Boleh Nak Tidur Malam


Aku tau, ramai orang hairan kenapa aku boleh tahan tak tidur waktu malam. Nak tau tak, aku sendiri pun hairan hahaha... Bila fikir-fikir balik, aku tak macam nie dulu. Aku jadi insomnia bermula masa aku sekolah menengah. Lebih tepat lagi, masa di tingkatan 4.

Sebab-sebab aku mula tak boleh nak tidur malam adalah:


1. Kerja rumah (homework) tak siap.


Masa form 4, kan baru start belajar add math. Kerja rumah add math punya la banyak. Mula-mula dapat catch up lagi sebab awal-awal kan senang, tapi lama-lama makin susah pulak bagi otak aku. Kena pulak masa prep (waktu study budak asrama), bebudak suka buat bising. Aku tak boleh nak fokus. Jadi, kononnya balik asrama nak buatlah atas katil time semua orang dah tido.

Berbekalkan suluhan lampu dari koridor, aku pun buatlah. Tapi tak lama dah ngantuk. Tidur atas buku. Bukan main la mimpi dapat buat. Siap semua! Senang gila! Bila aku sedar esoknya, terkejut beruklah tengok buku latihan kosong lagi.

Sejak dari hari tue, bila ada homework banyak, aku rela tak tidur untuk buat. Aku dah tak sanggup kena denda berlari sebab tak siap kerja (hahaha...yep, pernah kena denda berlari kat tengah dataran dengan kawan-kawan).


2. Tak dapat jawab exam.


Huish...yang ni lagilah dahsyat! Nak study Biologi, Kimia, Fizik bukan senang. Aku nie jenis yang kena baca dari kulit buku depan ke kulit buku belakang baru boleh ingat apa nak jawab. Tak taulah kenapa. Suka hati lah nak cakap aku bodoh ke apa tapi aku tetap kena baca. Kalau tak baca tak boleh nak ingat.


Jadi, banyaklah yang aku kena baca, kan? So, mana nak sempat habis baca kalau esok exam baru aku nak baca malam ni. huhu, aku pulak jenis yang tak boleh study awal-awal, confirm tak ingat punya.


Ada banyak kali dah, aku tak sempat habis baca buku sebab tidur awal. Tidur pukul 11 malam, konon nak bangun balik, harapan tinggal harapanlah...confirm terbangun pukul 5.30 jugak. Lepas tu, terus kena bersiap sebab kena kosongkan asrama.


Dan sebab tidur awal jugaklah aku tak sempat habis baca untuk Fizik dan Biologi untuk SPM aku sendiri!!!! huwaa..dan 2 subjek inilah yang aku tak dapat A! Memang frust gila lah weh.

Sejak dapat result SPM, aku berjanji pada diri sendiri, kalau ada exam, biarlah tak tidur, asalkan aku dapat markah tinggi dalam ujian atau exam. Lepas jawab boleh tidur jugak, kan?


3. Kawan-kawan buat bising


Ni lagi satu sebab. Dulu kan duduk ramai-ramai kat asrama. Rasa macam tidur awal memang tak guna la rasa sebab mesti tersedar bila kawan-kawan buat bising. Bayangkan tengah best tidur, tiba-tiba bila diorang balik bilik, ketawa nak pecah asrama, yang duk bergayut kat telefon lagi...blablaba.

Akhirnya? Baiklah tunggu diorang tidur dulu baru aku boleh tidur. Buat orang nak mengamuk jer bila tersedar dari tidur.

psst..aku pernah mengamuk kot sebab diorang buat bising. Bunyi taip mesej pun aku marah. Takleh blah kan tapi mengganggu gila la beb.


4. Ada orang tidur kat tempat aku


Huwarghh..ini yang tension! Ye la. Taulah dia katil atas kan. Malas nak panjat naik. Jadi, dia tidur tempat aku dulu sebab dia nampak macam aku tengah syok study atau tengok movie.

Masalahnya, habis study mestila aku nak tido jugak kan. Aku nampak dia tidur lena, takkan aku nak kejut suruh dia bangun tidur tempat sendiri? So, aku biar je lah.

Aku pernah cuba tidur tempat dia tapi memang tak bestlah tidur tempat orang weh. Dahlah bantal dia semua dia angkut pi tido ngan dia. Bantal aku pun dia guna. Hish, masalahnya aku tak sampai hati nak kejut dia. So, aku pun tak tido la sampai la dia bangun pukul 9 pagi.

Banyak kali lah jugak dia buat macam tu. Walaupun aku ada bagi hint tidurlah tempat sendiri tapi dia buat2 tak faham, terpaksalah aku tak tidur sepanjang malam sebab nak tidur tempat sendiri.

Kadang2 tue aku tidur atas lantai je terus kalau tak larat sangat.

Lama-lama aku jadi terbiasa tak tidur malam huhuhu


5. Kena 'ganggu'



hermn..biasalah kan kalau duduk asrama nie. Kena tindih tue perkara biasa dah. Tapi sekali kena tindih, esoknya memang penat sepanjang hari weh. Sakit badan.

Aku pernah terbaca pasal kes kena tindih ni sebenarnya lumpuh sementara masa tidur. Bukan kena tindih dengan hantu. (Percaya sangat dengan hantu...)

Tapi masalahnya, lumpuh ke kalau kau memang rasa benda tu duduk atas kau dan badan kau terbenam masuk dalam tilam? Cuba terangkan. Dan bagi orang yang dapat petanda awal kehadiran makhluk tu macam bulu roma meremang ke (sebab benda ni kan cas negatif dia tinggi, itu yang boleh rasa tu), nak nafikan lagi orang kena tindih?

Lagi satu, kalau tak kena tindih, mimpi lawan dengan hantu. Memang bengang la kalau mimpi macam ni. Sebab apa? Sebab confirm esoknya aku takde mood sebab penat giler badan (duk melawan hantu sepanjang malam punya pasal). Adoi...terpulanglah pada korang nak percaya ke tak. Tapi inilah yang berlaku.


Disebabkan semua benda nilah aku jadi takut nak tidur waktu malam. Hati tak tenang. Kalau balik kampung, rasa senang sikit nak tidur malam sebab takde apa nak fikir. Kadang-kadang sebab takut kena marah bangun lambat hehe...

Apa-apa pun, sekarang aku tetap berusaha untuk tidur malam. Paling biasa aku buat, tidur pukul 8 malam, bangun pukul 12 malam. Lepas tue, aku buatlah apa-apa macam study ke, buat kerja, tengok movie, tulis blog, blabla...

Sebab kalau aku nak tidur pukul 11 ke 12 ke, aku secara automatik akan tersedar jugak pukul 3 ke 4 ke...huhu

Monday, August 15, 2011

Movie Review: I Am Number Four


Honestly, I wasn't interested in this movie when I watched the trailer
BUT then I watched this movie out of boredom.

AND
I think this movie is quite good!

Not bad
(well, maybe because I was bored and I was in the mood to watch a movie)
BUT seriously, it did attract my attention...

So, it's worth it to watch
I AM NUMBER FOUR

Just that it has typical storyline. At first, the hero didn't know what was his power. Then, he discovered his power and found a girlfriend and began to rebel to his protector. Means that he was tired to follow to all the rules that he abode since he was a child. Then, just at that time, the bad people came and he lost his protector. blablabla...

In conclusion, you have to watch the movie to know the story hahaha...

Rating: 6.5/10

psst...starting from now, I'll rate movies out of 10. It is easier than using 5...

And I have to agree, some people do not have the same taste for movies.
So, feel free to critic.

Friday, August 12, 2011

What's your favorite scent?

not so sure...as long as it smells fresh...

You are welcome to ask anything ^__^

What music are you listening to today?

Fur Elise (Beethoven); Bad Woman (FT Island); Every Day I Love You (Boyzone); Mr Simple (Super Junior)....and many more!!!

You are welcome to ask anything ^__^

Aku Sangat Suka Kucing

Dah lama sebenarnya nak tulis pasal kucing...tapi terpaksa tangguhkan sebab internet lambat. Sekarang dah ada internet laju, bolehlah letak gambar kucing sebanyak-banyaknya...hahaha


Aku suka giler ngan kucing. Mungkin sebab dia manja...well, kucing memang manja dengan aku haha... Mana-mana aku pergi, kalau ada kucing, mesti aku nak tegur dia.

Kat rumah dah ada banyak kucing yang bersilih ganti. Ada yang dibawak balik, ada yang datang sendiri, ada yang hilang, ada yang mati...macam-macam ada. Jadi, aku nak perkenalkan kucing-kucing yang pernah ada kat rumah aku.....jeng jeng jeng

1. Cik Teh

haha...taulah, tak kreatif langsung bagi nama kucing. Kucing nie dinamakan Cik Teh sebab bulu dia putih bersih...(walaupun sebenarnya dia jantan...) hehe


Cik Teh nampak jer macam nie tapi sebenarnya dia agak berat. and hobi dia? Dia suka gigit kaki orang...ish ish...nanti kalau dia lalu sebelah masa aku tengah masak ke, tengah basuh pinggan atau tengah makan, tak semena-mena dia gigit kaki...memang bezt la...hahaha sakit dowh, bukan main2...and bukan semua orang boleh riba dia sebab dia memang akan gigit sesape jer...


Masa nie Cik Teh dah tua...satu hari tue, dengar khabar dia tak balik-balik rumah dah 2 minggu. Dia bukan jenis yang tak balik rumah. So, kami anggap dia dah mati. Kan orang kata, kalau kucing sakit, dia takkan balik rumah sebab dia tak nak tuan dia sedih....huhu

Kami tetap sedih di atas kehilangan Cik Teh...

2. Kira

Masa nie rumah aku takde kucing and tetiba aku rasa rindu giler nak bela kucing. Yerla, tengah cuti sem, takde kucing, boringnyer...satu hari, aku ternampak kucing nie kat dewan orang ramai. Manja giler...siap datang duduk kat kerusi sebelah lagi...dahlah warna oren (aku suke giler kucing oren)...apa lagi, aku kidnap lah...haha sebab tengok dia macam takde tuan jer...

Dia diberi nama Kira sebab masa nie aku dengan adik tengah giler tengok cerita Death Note...haha...telinga dia tak macam kucing lain. Telinga dia straight ke depan...



Kira sangat suka duduk dekat peralatan elektrik. Tak taulah kenapa...suke sangat duduk dekat-dekat....

tapi...satu je perangai dia yang tak boleh nak ubah. Dia akan duduk jer dalam rumah. Takkan keluar pun dari rumah. Maknanya? Kencing dalam rumah...adoii...harap jer comel. Mungkin sebab tue dia kena buang kot? Tapi kitorang tetap jaga dia and cuba latih dia keluar.


Tengok...aku tengah wat keja, dia boleh naik and pi tido kat laptop? ish ish....


Satu malam, aku letak dia kat luar sebab nak suruh dia kencing kat tanah...pagi esoknya, cari2 dah tak ada...mungkin ada orang lain kidnap kot sebab comel sangat...huhu...tengoklah ekor dia, belang2...comel sangat...takpelah...sini bukan tempat dia...2 minggu jer sempat bela dia tapi rindu sangat dekat Kira..huhu


3. Cik Tam and Black

Satu hari, tiba-tiba ada sekor kucing corak tak cantik sangat masuk survey dalam rumah. Mula2 nak halau tapi mak cakap biar je...alih2 dia turun balik, naik bawak anak sekor warna hitam legam...ah, takkan nak bela kucing huduh nie? haha..boleh tak aku fikir macam tue tapi akhirnya kitorang bela jugak...



Mak dia aku panggil Cik Tam sebab hitam macam tue and anak dia aku panggil Black sebab all-black...haha...sama jer maksud hitam dengan black kan? kan? ape la tak kreatifnya aku bagi nama tapi aku tak suka nak bagi nama orang kat kucing...takkan nak panggil abdul ke apa kan? haha...nama buah lagi la pelik...



2 beranak nie memang menikus...tengoklah dua-dua ekor duk perhatikan hamster yang tengah bahagia bermain dalam sangkar tue...



Black ingat dia boleh ambik kot hamster tue hahaha....Bila aku keluarkan hamster and bagi kat Cik Tam, dia lari weh...haha tak tipu punye...tapi Black tak lari...mujur dia tak terkam hamster tue...


Tengok la...macam nie la tiap-tiap malam...kan hamster aktif waktu malam...haha...memang rasa terhibur tengok gelagat dua ekor nie....



Satu hari Cik Tam beranak 3 ekor. Anak dia sume warna lain2...yang peliknya, sekor warna putih haha...tapi sume anak dia dah tak ada...2 ekor mati and sekor lagi kena buang sebab selalu berak and kencing dalam rumah...


tapi maybe Cik Tam tak kisah pun sebab dia lagi sayangkan Black. Nampak sangat dia duk jaga Black. Kadang-kadang Cik Tam wat tatau je ngan anak2 kecik yang mintak susu. Ish, Cik Tam Cik Tam...


Cik Tam suka duduk atas kain baru atau atas beg...hermn...satu hari dapat berita sedih. Ada jiran nampak dia dilanggar kereta. Aku cakap mungkin kucing lain kot, tapi Cik Tam takde balik pun sejak hari tue...huhu Cik Tam, kau di dalam kenangan...




Akhirnya? Ini jerlah yang tinggal kat rumah aku...si Black! haha...aku sayang sangat kat dia! Ada sekali masa dia kecik, dia demam...maybe sebab patah kaki ke tatau la...hampir 3 hari dia tak makan dan setiap hari, dia makin tak boleh nak bergerak...



Aku sampai menangis cakap janganlah mati Black...huhu...hampir2 nak bagi dia telan Panadol. Akhirnya, aku ambik dia, pegi basahkan muka dia, sebab badan dia memang panas, suap air kat dia, bagi dia makan sikit2...lama2 dia sihat balik...suka giler aku masa tue....uhuhu



Tengoklah...dah membesar sekarang. Hitam sehitamnya...haha..hari tue dia bawak balik awek and awek dia ngah bunting tapi yang tak beztnya...dia suke kencing merata. Apa lagi, terus dibuanglah...sayang memang sayang sebab itu zuriatnya hehe...tapi dah merata-rata dia kencing...kesian kat Black sebab balik2 dia cari awek dia, tapi tak jumpa...nampak jugak dia macam sedih tapi takpe Black, kucing betina bukan sekor, kan? hahaha



Nie masa Black kecik lagi....comey kan? hahaha... Lagi satu dia nie unik. Well, apa yang uniknya? Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata hahaha...


Dia macam okey je duduk dalam bekas nie..takde tanda2 nak keluar pown haha


"Apelah tuan aku nie...takpelah, pura2 suka untuk buat dia gembira..."


Nie masa dia lagi kecik...mase sebelum dia demam kot...

Aku paksa dia terjun ikut tingkap nie..yerla..kucing jantan kena berani, kan? haha...tinggi kot tingkap nie..kesian dia takut...


Black pun macam Kira jugak, suka duduk dekat orang buat kerja...

Tengoklah...dia naik atas meja, pegi tidur kat atas buku tue...adoi...sabor jer lah...

Haa...nie favourite spot dia dari kecik sampaila sekarang...ada orang ke, takde orang ke, dia tetap akan pegi duduk kat sofa nie untuk berehat dan tidur....

haha...Black! I love you!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Popular Posts